Stesen Kereta Api

Stesen kereta api, stesen keretapi atau depoh ialah kemudahan pengangkutan rel atau tempat di mana kereta api biasanya berhenti untuk mengambil/menurunkan para penumpang dan mengangkut barangan atau kedua-duanya sekali.

Ia biasanya terdiri daripada sekurang-kurangnya satu platform, satu trek dan bangunan stesen yang menyediakan perkhidmatan sampingan seperti penjualan tiket, bilik menunggu dan perkhidmatan bagasi/kargo. Lazimnya terdapat pengangkutan awam lain yang berhubung dengan stesen kereta api seperti bas dan teksi.

Stesen Kereta Api
Stesen kereta api di Malaysia.

Sejarah

Stesen Kereta Api 
Stesen Bakar Street di London, ialah stesen bawah pertama di dunia.

Depoh pertama yang direkodkan di dunia ialah The Mount on the Oystermouth Railway (kemudian ia dikenali sebagai Swansea and Mumbles) di Swansea, Wales. Perkhidmatan penumpang dimulakan pada tahun 1807, walaupun kereta api itu ditarik menggunakan larian kuda dan bukannya menggunakan enjin lokomotif. Stesen dua tingkat Mount Clare di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat, yang kekal sehingga kini menjadi sebagai muzium, merupakan stesen pertama yang menwarkan perkhidmatan penumpang sebagai perhentian Kereta Api Baltimore dan Ohio yang ditarik kuda pada 22 Mei 1830.

Kemudahan

Stesen Kereta Api 
Mesin tiket di Stesen MRT Surian.

Stesen kereta api biasanya mempunyai kakitangan pejabat jualan tiket, mesin tiket automatik, atau kedua-duanya, walaupun pada beberapa laluan kereta api tiket dijual di atas kereta api. Kedai serbaneka juga boleh dijumpai di stesen kereta api. Stesen yang lebih besar biasanya mempunyai kemudahan makanan segera atau restoran. Di sesetengah negara, stesen juga mungkin mempunyai bar atau pub. Kemudahan stesen lain mungkin termasuk: tandas, bagasi, kauter hilang dan jumpa, papan berlepas dan ketibaan, kereta bagasi, bilik menunggu, perhentian teksi, ruang bas dan juga tempat letak kereta. Stesen yang lebih besar cenderung mempunyai rangkaian kemudahan yang lebih luas termasuk juga pejabat keselamatan stesen. Stesen asas mungkin hanya mempunyai platform, walaupun ia mungkin masih dibezakan daripada perhentian (bahasa Inggeris: halt), tempat perhentian yang mungkin tidak mempunyai platform.

Pencapaian

Stesen Kereta Api 
Stesen Shinjuku.
  • Stesen Shinjuku ialah stesen tersibuk di dunia, terletak di Tokyo, Jepun dengan 3.5 milion penumpang per hari.

Lihat juga

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Coleford, I. C. (October 2010). Smith, Martin (penyunting). "By GWR to Blaenau Ffestiniog (Part One)". Railway Bylines. Radstock: Irwell Press Limited. 15 (11).
  • Reade, Lewis (1983). Branch Line Memories Vol 1. Redruth, Cornwall: Atlantic Transport & Historical Publishers. ISBN 978-0-90-689906-9.

Pautan luar

Tags:

Stesen Kereta Api SejarahStesen Kereta Api KemudahanStesen Kereta Api PencapaianStesen Kereta Api Lihat jugaStesen Kereta Api RujukanStesen Kereta Api Bacaan lanjutStesen Kereta Api Pautan luarStesen Kereta ApiBarangBasKereta apiPengangkutan relTeksi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Razarudin HusainJosiah HoganErnie ZakriSlot TiaraAsmidarMyKadR.A. KartiniBukit TaburRukun solatSudirman (penyanyi)Hari GuruRuhainiesTakdir Yang TertulisHulu SelangorJenis air untuk bersuci dalam IslamPakatan Harapan1Frekuensi radio di Negeri SembilanAnwar IbrahimClaude FennerYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Khir RahmanKedah TuaSyasyaParlimen MalaysiaKadazan-DusunSumazauRizky NazarPitt HanifPasir GudangHari GawaiUthman bin AffanCibaiLaman UtamaFadhlina SidekPerakNasi goreng (Nusantara)Geografi IndonesiaBatik Air MalaysiaHael HusainiHantu Kak Limah Balik RumahNabi Sulaiman a.s.Kuala TerengganuGoogleBruce GilleyJattSabah F.C. (Malaysia)Bangunan Sultan Abdul SamadRemy IshakMohammed Hanif OmarAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaSunan MuriaSifat-sifat AllahNicol Ann DavidLapangan Terbang Sungai BesiJambatan Pulau PinangKuantanAyat kursiAbu Bakar as-SiddiqEllie SuriatyMetamfetaminaPilihan raya umum Malaysia 2022Jangan Menangis Cinta (drama)Tunku Aminah Maimunah IskandariahFattah AminElizabeth TanAngel (penyanyi)KKN di Desa Penari (filem)Amir AhnafSejarah MalaysiaSheriffBruneiParti Rakyat India MalaysiaCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahTaoismeBaju MelayuBandaraya MelakaJalaluddin Hassan🡆 More