Spesies Ceroboh

Spesies ceroboh merupakan frasa dengan beberapa takrifan.

Takrifan pertama menggambarkan frasa dalam bentuk spesies bukan tempatan (contoh, tumbuhan atau haiwan) yang memberi kesan buruk kepada habitat yang ia ceroboh secara ekonomi, persekitaran atau ekologi. Ia telah digunakan dalam bentuk ini oleh organisasi kerajaan termasuk juga kumpulan pengekalan seperti IUCN.

Spesies Ceroboh
Kudzu, spesies ceroboh Jepun di tenggara Amerika Syarikat, tumbuh di Atlanta, Georgia, A.S.

Takrifan kedua meluaskan rangkuman untuk memasukkan kedua-dua spesies tempatan dan bukan tempatan yang menduduki sesuatu tempat dengan banyaknya.

Takrifan ketiga merupakan sambungan kepada takrifan pertama dan kedua dan mentarifkan spesies ceroboh sebagai "sebaran luas spesies bukan tempatan". Takrifan ini dipertikaikan sebagai terlalu meluas dan bukan semua spesies bukan tempatan sebenarnya mempunyai kesan buruk kepada persekitaran angkat mereka. Satu contoh kegunaan luas ini akan merangkumi dakwaan bahawa ikan emas biasa (Carassius auratus) adalah penceroboh. Sungguhpun ia biasa terdapat di luar kawasan asalnya, ia hampir tidak pernah hadir dalam jumlah yang merosakkan.

Disebabkan kekaburan takrifannya, frasa spesies ceroboh sering kali dikritik sebagai istilah tidak jitu dalam bidang ekologi. Rencana ini berkenaan dua takrifan yang awal; untuk yang ketiga, lihat spesies dikenal.

Keadaan yang mendorong pencerobohan

Pakar sains mencadangkan beberapa mekanisma bagi menerangkan spesies ceroboh, termasuk: mekanisma berasaskan spesies dan mekanisma berasaskan sistem ekologi, kemungkinannya, ia merupakan gabungan beberapa mekanisma yang menyebabkan keadaan ceroboh berlaku kerana kebanyakan pokok dan haiwan yang dipindah tidak menjadi ceroboh.

Mekanisma berasaskan spesies

Mekanisma berasaskan spesies menumpu kepada persaingan. Sementara semua spesies bersaing untuk terus hidup, spesies ceroboh kelihatannya mempunyai ciri khusus atau gabungan ciri-ciri khusus yang membenarkannya mendahului spesies tempatan. Kadangkala ia hanyalah mempunyai keupayaan untuk membesar dan membiak lebih pantas berbanding spesies tempatan; sering kali pula ia lebih rumit, membabitkan gabungan ciri-ciri interaksi.

Beberapa ciri telah dikenal pasti oleh penyelidik sebagai jangkaan keupayaan spesies untuk menceroboh. Sebagai contoh bagi tumbuhan, keupayaan bagi membiak kedua-dua aseksual (tumbuhan) termasuk seksual, pertumbuhan pantas, kematangan seksual awal, kadar pembiakan tinggi, keupayaan menyebar anak pokok secara meluas, ketahanan kepada keadaan persekitaran yang luas, (phenotypic plasticity) yang tinggi dan allelopathi merupakan keupayaan yang mungkin membantu tumbuhan ceroboh bagi segar dan membiak dipersekitaran baru.

Kajian menunjukkan bahawa ciri tertentu menandakan sesuatu spesies sebagai berpotensi ceroboh. Satu kajian menunjukkan bahawa dari senarai spesies ceroboh dan bukan ceroboh, 86% spesies ceroboh boleh dikenal pasti dari ciri-ciri sahaja. Kajian mendapati bahawa spesies ceroboh cenderong mempunyai hanya sebilangan kecil subset ciri ceroboh dan kebanyakan ciri ceroboh ini turut terdapat bagi spesies bukan ceroboh juga menunjukkan bahawa pencerobohan sepsies membabitkan hubungan rumit yang tidak mudah dikategorikan. Ciri-ciri spesies ceroboh biasa termasuk pertumbuhan pantas, pembiakan pantas, keupayaan menyebar yang tinggi, keupayaan menyesuaikan dengan keadaan semasa (phenotypic plasticity), ketahanan kepada keadaan sekeliling yang luas, keupayaan untuk hidup bergantung kepada jumlah makanan yang luas, pembiakan asexual, dan hubungkait dengan manusia. Peramal tunggal terbaik bagi sifat ceroboh, bagaimanapun, adalah samaada spesies tersebut pernah menjadi spesies ceroboh ditelpat lain. Biasanya spesies perlu terus hidup pada kepadatan polupasi kecil sebelum ia menjadi spesies ceroboh di tempat baru. Pada kepadatan penduduk, ia sering sukar bagi spesies diperkenal bagi membiak dan kekal ditempat baru, tetapi sering kali tindakan manusia seperti sesuatu spesies mungkin dipindahkan kesesuatu tempat beberapa kali sebelum ia bertapak. Pola pergerakan manusia yang berulang, seperti kapal berlayar pergi dan balik dari pelabuhan, atau kereta dipandu ke hulu ke hilir lebuhraya, membenarkan sesuatu spesies untuk mempunyai banyak peluang bagi bertapak (juga dikenali sebagai tekanan “propagule”).

Spesies yang diperkenalkan mungkin menjadi ceroboh sekiranya ia mampu mengatasi spesies tempatan bagi sumber seperti baja, cahaya, ruang fizikal, air, atau makanan. Sesetengah spesies apabila diperkenalkan kepada persekitaran baru yang tiada saingan atau pemangsa yang terdapat pada persekitaran asal mereka membebaskannya untuk membiak dengan pantas. Ekosistem di mana kesemua sumber yang ada telah digunakan sepenuhnya oleh spesies tempatan boleh di modelkan sebagai sistem jumlah-sifar (zero-sum), di mana sebarang kelebihan bagi penceroboh merupakan kerugian pada spesies tempatan. Bagaimanapun kelebihan persaingan sebelah pihak (unilateral) (dan kejadian, spesies tempatan pupus dengan peningkatan populasi spesies ceroboh) bukanlah kebiasaan. Spesies ceroboh seringkali wujud serentak bersama spesies tempatan bagi tempoh yang lama dan perlahan-lahan keupayaan saingan lebih baik spesies ceroboh menjadi jelas apabila populasinya semakin besar dan lebih padat. ini sering kali berlaku selepas ia menyesuaikan diri dengan tempat barunya.

Spesies Ceroboh 
Lantana tumbuh di ladang citrus yang ditinggalkan; Moshav Sdey Hemed, Israel

Spesies ceroboh mungkin mampu menggunakan sumber yang sebelumnya tidak terdapat bagi spesies tempatan, seperti sumber air dalam yang dicapai melalui akar taproot, atau keupayaan untuk hidup pada jenis tanah yang dahulunya tidak didiami. Sebagai contoh, barb goatgrass (Aegilops triuncialis), boleh dijumpai dikawasan ia diperkenalkan di California pada tanah serpentine, yang mempunyai keupayaan mengekalkan air yang rendah, kurang baja, kadar Mg/Ca yang tinggi, dan kemungkinannya ketoksid logam berat. Populasi tumbuhan pada tanah ini cenderung menunjukkan kepadatan rendah tetapi goatgrass mampu tumbuh padat pada tanah ini mengatasi spesies tempatan yang tidak menyesuaikan diri dengan baik pada tanah serpentine. Spesies ceroboh samaada tumbuhan atau haiwan, dari kawasan lain mengatasi saingan spesies tempatan lain yang tinggal dikawasan tersebut.

Pemudahan merupakan mekanisma dari masa sesetengah spesies mampu menukar persekitaran mereka melalui faktor kimia atau faktor abiotik (abiotic), biasanya dengan menghasilkan sesuatu yang melemahkan spesies lain yang bersiang dengannya, membenarkan spesies itu untuk membesar dan membiak. Salah satu mekanisma pemudahan tersebut adalah alelopati, juga dikenali sebagai persaingan kimia. Dalam alelopati sesuatu tumbuhan atau bakterium akan merembes bahan kimia yang mennjadikan tanah di sekelilingnya tidak dapat didiami, atau membantut, spesies saingan.

Satu contohnya adalah knapweed (Centaurea diffusa). Rumpai yang berasal dari Eropah Timur ini telah merebak menerusi sepanjang barat Amerika Syarikat. Ujian menunjukkan bahawa 8-Hydroxyquinoline, sejenis bahan kimia yang dihasilkan pada akar C. diffusa, mempunyai kesan negetif hanya kepada tumbuhan yang tidak berobah bersama C. diffusa. Tumbuhan tempatan asal yang turut mengubah pertahanan dengan itu C. diffusa tidak kelihatan dalam habitat asalnya sebagai pesaing yang amat berjaya. Keputusan ini menunjukkan bahawa adalah sukar bagi menjangka samaada sesuatu spesies akan menjadi ceroboh hanya dengan melihat tabiatnya pada habitat asal, dan menunjukkan potensi bagi senjata baru bagi membantu penjajahan ).

Pertukaran dalam kuasa kebakaran merupakan satu lagi cara pembantu. Bromus tectorum, yang berasal dari Eurasia, adalah amat bersesuaian kebakaran. Ia bukan hanya merebak dengan pantas selepas kebakaran, tetapi turut meningkatkan ulangan dan kepanasan (haba) kebakaran, dengan membekalkan sejumlah besar serpihan kering semasa musim kebakaran kering di barat Amerika barat. Di kawasan di mana ia merebak, ia telah menukar kuasa kebakaran tempatan dengan banyaknya sehinggakan tumbuhan asal tidak mampu hidup kebakaran yang kerap, dengan itu membenarkan B. tectorum untuk berkembang semakin lanjut dan mengekalkan penguasaan pada kawasan ia diperkenalkan.

Pemudahan turut berlaku pabila sesuatu spesies mengubahsuai sesuatu habitat dan pengubahsuaian itu memberi kelebihan kepada spesies lain. Sebagai contoh, kupang zebra meningkat kerumitan habitat pada dasar tasik dengan memberikan ceruk dan rekahan bagi haiwan tidak bertulang belakang (invertebrat). Ini meningkatkan lagi kerumitan, bersama zat yang dibekalkan oleh permakanan-tapis kupang meningkatkan kepadatan dan kepelbagaian masyarakat invertebrat bentos (benthic).

Mekanisma berasaskan sistem ekologi

Dalam sistem ekologi jumlah sumber yang ada dan berapa banyak sumber tesebut digunakan oleh organisma, menentukan kesan tambahan baru ini kepada sistem ekologi. Dalam sistem ekologi stabil wujud keseimbangan dalam penggunaan sumber yang ada.

Apabila berlaku perubahan pada sistem ekologi, seperti kebakaran yang menyingkir sejumlah besar tumbuhan pada sesuatu kawasan, perwarisan semulajadi akan menyokong rumput dan tumbuhan renek, tetapi dengan pengenalan spesies yang mampu membiak dan merebak lebih pantas di kawasan terbuka berbanding spesies tempatan, keseimbangan berubah dan sumber yang dahulunya mungkin digunakan oleh spesies tempatan kini digunakan oleh penceroboh, dengan itu memberi kesan kepada sistem ekologi dan menukar komposisi organisma dan penggunaannya pada sumber yang ada. Data menunjukkan bahawa nitrogen dan phosphorus sering kali merupakan faktor pengekang bagi keadaan sedemikian.

Setiap spesies mempunyai peranan dalam ekologi tempatannya; sesetengah spesies memainkan peranan yang luas dan pelbagai sementara yang lain amat khusus. Peranan ini dikenali sebagai ceruk ekologi. Sesetengah spesies ceroboh mampu memenuhi ceruk yang tidak digunakan oleh spesies tempatan, dan ia turut mampu mencipta ceruk yang tiada sebelumnya.

Apabila pertukaran berlaku kepada ekosistem, keadaan bertukar yang memberi kesan interaksi spesies dinamik dan pembangunan ceruk. Ini mampu menyebabkan spesies yang jarang menggantikan spesies yang lain, kerana ia kini mampu menggunakan sumber tersedia yang lebih banyak yang tiada sebelumnya, contohnya adalah kesan tepi. Pertukaran ini mungkin menguntungkan pengembangan spesies yang tanpa pertukaran tersebut mungkin tidak mampu menempati kawasan dan ceruk yang tidak wujud sebelumnya.

Mekanisma ini menggambarkan situasi di mana ekosistem yang dibincangkan mengalami sejenis bentuk gangguan, yang menukar asas ekosistem.

Ekologi

Spesies Ceroboh 
Pied Currawong

Sungguhpun spesies ceroboh sering kali ditakrifkan sebagai spesies dibawa masuk yang telah merebak luas dan menyebabkan kerosakan, sesetengah spesies tempatan pada sesuatu kawasan mampu, melalui pengaruh kejadian alam seperti pertukaran pola hujan jangka panjang atau pengubahsuaian oleh manusia pada habitat sekeliling untuk meningkat jumlahnya dan menjadi penceroboh.

Kesemua spesies di Bumi melalui tempoh jumlah poopulasi meningkat dan merosot, dalam kebanyakan kes diikuti dengan pengembangan dan pengucupan kawasan taburannya. Campur tangan manusia pada muka bumi adalah besar. Perubahan Anthropogenic pada persekitaran mungkin membolehkan pengembangan sepsies kekawasan muka bumi di mana ia tidak pernah dilihat sebelumnya dan dengan itu spesies tersebut mungkin digambarkan sebagai ceroboh. Pada asasnya, seseorang perlu mentakrifkan "tempatan" dengan berhati-hati, kerana ia merujuk kepada taburan geografik sesuatu spesies, dan tidak selaras dengan sempadan politik manusia. Samaada peningkatan disedari dalam jumlah populasi dan pengembangan taburan geografik merupakan alasan mencukupi bagi menganggap spesies tempatan sebagai ceroboh memerlukan takrifan umum istilah tersebut tetapi sesetengah spesies tempatan dalam sistemeko yang terganggu mampu merebak secara meluas dan menyebabkan kerosakan dan dalam ertikata tersebut menjadi ceroboh. Sebagai contoh Monterey Cypress adalah jarang dan terancam tempatan (endangered endemic) wujud secara semulajadi hanya dua tempat di California. Ia bagaimanapun dihapuskan sebagai spesies ceroboh esotik hanya pada jarak 50 batu (80 km) dari tempat asalnya.

Ciri ekosistem yang diceroboh

Pada tahun 1958, Charles S. Elton menyaranklan bahawa ekosistem dengan kepelbagaian spesies yang tinggi kurang berkemungkinan diganggu oleh spesies ceroboh kerana kurangnya ceruk yang ada. Semenjak itu, pakar ekologi lain telah menunjukkan ekosistem yang diceroboh dengan banyaknya, walaupun berkepelbagaian dan menegaskan bahawa ekosistem dengan kepelbagaian spesies yang tinggi lebih terdedah kepada penjajahan. Akhirnya, perdebatan ini kelihatannya bergantung kepada skala spatial yang mana kajian pencerobohan dilakukan, dan isu betapa kepelbagaian menjejaskan komuniti kepada pencerobohan kekal terbuka. Kajian berskala kecil cenderung menunjukkan kaitan negetif antara kepalbagaian dan pencerobohan, sementara kajian berskala besar cenderung menunjukkan kaitan positif. Keputusan kedua mungkin disebabakan spesies asing atau ceroboh menggunakan sumber yang semakin banyak tersedia dan interaksi spesies lebih lemah secara keseluruhan yang biasa apabila jumlah contoh besar digunakan.

Spesies Ceroboh 
Ular perang (Boiga irregularis)

Pencerobohan lebih mungkin sekiranya ekosistem adalah sama dengan tempat asal organisma. Ekosistem kepulauan mungkin terdedah kepada pencerobohan kerana spesies asal berhadapan dengan sedikit pesaing dan pemangsa yang kuat sepanjang kewujudannya, atau kerana jaraknya dari spesies koloni menjadikan ia lebih berkemungkinan mempunyai ceruk yang terbuka. Satu contoh fenomena ini adalah kepupusan populasi burung di Guam oleh penceroboh brown tree snake. Sebaliknya juga, ekosistem yang diceroboh mungkin ketiadaan pesaing semulajadi dan pemangsa yang mampu mengekang spesies yang diperkenalkan seperti tempat asal mereka, yang dapat dilihat dalam contoh di Guam. Akhir sekali, ekosistem yang diceroboh sering kali mengalami gangguan, biasanya disebabkan manusia. Gangguan tersebut mungkin memberikan spesies ceroboh, yang tidak berubah bersama ekosistem, peluang bagi bertapak dengan kurang saingan dari spesies yang lebih sesuai

Vektor

Spesies bukan tempatan mungkin mempunyai banyak vektor, termasuk yang semulajadi, tetapi kebanyakan speseis dianggap ceroboh dikaitkan dengan kativiti manusia. Tambahan kawasan semulajadi adalah biasa bagi kebanyakan spesies, tetapi kadar dan keluasan tambahan buatan manusia bagi spesies ini cenderung jauh lebih besar berbanding tambahan secara semulajadi, dan jarak yang sesuatu spesie mampu berpindah bagi menduduki tempat baru juga lebih jauh dengan bantuan manusia.

Spesies Ceroboh 
ketam Chinese mitten

(Eriocheir sinensis)]]Salah satu pengaruh manusia dalam memperkenalkan spesies baru merupakan manusia prasejarah memperkenalkan tikus Pasifik (Rattus exulans) ke Polynesia. Hari ini, spesies asing datang dari tumbuhan hortikultur samada dalam bentuk tumbuhan itu sendiri atau haiwan dan biji benih yang dibawa bersama mereka, dari haiwan dan tumbuhan yang dibebaskan dari perdagangan haiwan peliharaan. Spesies ceroboh juga datang dari organisma mencuri naik kenderaan dari pelbagai jenis yang boleh dibayangkan, bagi beberapa vektor yang tidak sengaja. Sebagai contoh, air pemberat yang di ambil di laut dan dilepaskan di pelabuhan merupakan sumber utama kehidupam laut esotik. Kupang zebra air tawar ceroboh, tempatan pada laut Hitam, Caspian dan Azov, kemungkinannya diangkut ke Laut Besar melalui air pemberat yang di bawa dari kapal menyeberang laut.

Spesies turut diperkenalkan dengan sengaja. Sebagai contoh, untuk lebih rasa seperti di "rumah", koloni Amerika membentuk "Acclimation Societies" yang melepaskan brurung tempatan di Eropah sehingga ia bertapak di persisiran timur Amerika Utara.

Ekonomi turut memainkan peranan utama dalam pemgenalan spesies esotik. Kekurangan dan permintaan bagi ketam Chinese mitten merupakan penjelasan bagi kemungkinan kenapa spesies asing dibebaskan di perairan tempatan.

Kesan

Kesan ekologi

Penjajahan spesies biologi menukar sistem ekologi dalam pelbagai cara. Di seluruh dunia, dianggarkan 80% spesies terancam mampu terjejas akibat persaingan dengan atau menjadi mangsa kepada spesies ceroboh. Pimentel turut melaporkan bahawa spesies yang diperkenalkan, seperti jagung, gandum, padi, dan tanaman makanan lain, dan lembu, ayam, dan haiwan ternakan lain, kini membekalkan lebih dari 98% dari sistem makanan Amerika Syarikat pada nilai sekitar $800 bilion setahun." Apabila spesies mudah menyesuaikan diri dan umum diperkenalkan pada persekitaran yang telahpun mengalami aktiviti manusia, sesetengah spesies tempatan mungkin sukar untuk terus hidup sementara spesies yang lain meningkat.

Spesies Ceroboh 
Penyelidik mengumpul contoh Eurasian Watermilfoil dari tasik di Wisconsin.

Pembersihan tanah dan penempatan manusia memberikan tekanan besar kepada spesies tempatan dan habitat terganggu cenderung kepada penjajahan yang memberikan kesan buruk pada spesies tempatan. Spesies ceroboh yang berkait rapat dengan spesies tempatan jarang mempunyai potensi untuk mengawan silang dengan spesies tempatan. Kesan buruh campuran telah mendorong kepada kemerosotan malah kepupusan spesies tempatan.

Pencemaran genetik

Baka tulin berubah secara liar semulajadi khusus di kawasan tertentu boleh terancam dengan kepupusan secara mendadak melalui proses pencemaran genetik contoh, kacukan tidak terkawal, (introgression) dan penengelaman genetik yang mendorong kepada sekata atau penggantian genotaip tempatan akibat haiwan atau tumbuhan ceroboh mempunyai kelebihan jumlah / lebih sesuai secara biologi.

Kesan ekonomi

Kos ekonomi akibat spesies ceroboh boleh dipisahkan menjadi kos langsung akibat kehilangan pengeluaran pada pertanian dan pembalakan, dan kos mengurus spesies ceroboh. Anggaran kerosakan dan kos pengawalan spesies ceroboh di Amerika Syarikat sahaja berjumlah lebih $138 billion setiap tahun. Tambahan kepada kos ini, kos ekonomi boleh berlaku akibat dari kehilangan pendapatan dari kegiatan rehlah In addition to these costs, economic losses can occur due to loss from recreational and tourism revenues. Kos ekonomi penjajahan, apabila dikira sebagai kerugian pengeluaran dan kos pengurusan adalah rendah kerana ia biasanya tidak mengambil kira kerosakan persekitaran. Sekiranya nilai kewangan dapat dinilaikan kepada kepupusan spesiesm kehilangan kepelbagaian bio biodiversity, dan kehilangan perkhidmatan ekosistem, kos dari kesan spesies ceroboh akan meningkat dengan banyaknya. Contoh berikut dari sektor ekonomi berlainan menunjukkan kesan penjajahan biologi.

Pertanian

Rumpai pada pertanian menyebabkan penurunan dalam hasil tuaian. Kebanyakan spesies rumpai diperkenalkan secara tidak sengaja bersama biji benih tanaman dan bahan tumbuhan import. Kebanyakan rumpai dipadang ragut bersaing dengan tumbuhan ragut tempatan, adalah toksid (contoh., leafy spurge, Euphorbia esula) kepada lembu atau kurang sesuai dimakan disebabkan duri dan tajam (contoh., yellow star thistle, Centaurea solstitialis). Kehilangan ragut akibat rumpai ceroboh di padang ragut berjumlah hampir $1 bilion di Amerika Syarikat sahaja. Kemerosotan dalam khidmat pendebungaan dan penurunan penghasilan buah telah dilihat akibat jangkitan lebah madu (Apis mellifera another invasive species to the Americas) oleh spesies ceroboh kutu varroa. Rodent yang diperkenalkan (tikus , Rattus rattus dan R. norvegicus) telah menjadi haiwan perosak serius di ladang dengan memusnahkan bijirin yang disimpan.

Perhutanan

Pembebasan tanpa sengaja spesies perosak hutan dan pathogen tumbuhan mampu menukar ekologi hutan dan memberi kesan negetif kepada industri pembalakan. Kumbang badak (Asian long-horned beetle - Anoplophora glabripennis) pertama kali diperkenalkan ke Amerika Syarikat pada 1996 dan dijangka menjangkiti dan memusnahkan berjuta ekar hutan kayu keras. Tiga juta dolar telahpun dibelanjakan dalam usaha menghapuskan kumbang perosak ini dan melindungi berjuta pokok di kawasan yang diserang.

Woolly adelgid menyebabkan kerosakan pada hutan fir spruce matang dan memberi kesan negetif kepada industri pokok Krismas. Fungi chestnut blight (Cryphonectria parasitica) dan penyakit Dutch elm (Ophiostoma novo-ulmi) merupakan dua panthogen tumbuhan yang mempunyai kesan serious kepada kesihatan hutan.

Rehlah dan pelancongan

Spesies ceroboh mampu memberi kesan ke atas aktiviti rehlah seperti memancing, memburu, merentas desa, pemandangan hidupan liar, dan rehlah berasaskan air. Ia memberi kesan negetif sejumlah besar pada persekitaran yang penting bagi kegunaan rehlah, tetapi tidak terhad kepada kualiti dan kuantiti air, kepelbagaian tumbuhan dan haiwan, dan kepelbagaian spesies. Eiswerth seterusnya menyatakan bahawa "hanya amat sedikit penyelidikan yang telah dilakukan bagi menganggar kadar kerugian ekonomi pada skala spatial seperti daerah, negeri, dan (watersheds)." Eurasian Watermilfoil (Myriophyllum spicatum) di sesetengah bahagian Amerika Syarikat, memenuhi tasik dengan tumbuhan menyukarkan aktiviti memancing dan menaiki bot.

Kesan kesihatan

Ancaman kepada biodiversiti

Pencerobohan biotik merupakan satu dari lima faktor utama kehilangan biodiversiti sejagat dan semakin meningkat akibat pelancongan dan globalization. Ia merupakan ancaman khusus akibat sistem air tawar yang tidak dikawal dengan mencukupi, sungguhpun kuarantin dan peraturan air pemberat telah memperelokkan keadaan dari aspek lain.

Dalam sejarah, pengenalan secara sengaja spesies asing telah dilakukan tanpa menghirau kesan selain mendapat haiwan, ikan, atau tumbuhan yang diingini di tempatan atau cubaan salah rancang bagi mengawal perosak tempatan. Di kawasan dengan haiwan dan tumbuhan endemik, khusus dan terasing seperti Australia, New Zealand, Madagascar, Kepulauan Hawai, dan Kepulauan Galapagos, spesies yang diperkenalkan yang berjaya bertakap di ekologi yang digunakan oleh haiwan tempatan bersaing bagi sumber terhad atau memburu spesies tempatan, yang sesetengahnya tidak mampu menyesuaikan diri kepada persekitaran yang bersaing dan akhirnya pupus.

Ketika spesies yang lebih mudah menyesuaikan diri dan umum diperkenalkan kepada persekitaran yang terjejas akibat aktiviti manusia, sesetengah spesies tempatan mungkin terjejas sementara yang lain berkembang dalam ekosistem yang bertukar. Salah satu ancaman utama kepada biodiversiti adalah penyebaran manusia ke kawasan yang dahulunya terasing dengan pembukaan tanah dan penempatan memberi tekanan besar kepada spesies tempatan. Pertanian, ternakan dan perikanan juga mendatangkan perubahan kepada spesies asal tempatan yang mungkin mengakibatkan spesies tempatan yang dahulunya tidak merbahaya menjadi perosak akibat pengurangan pemangsa semulajadi.

Kawalan

Kawalan spesies ceroboh mungkin membabitkan penghapusannya atau menghad ia pada kawasan khusus. Dalam kedua kes, mat;amatnya adalah bagi menghalang penyebaran selanjutnya ke sistem yang belum diceroboh. Pengurusan jenis ini boleh dilaksanakan pada beberapa skala, dari pemilik rumah yang bertindak dilaman rumahnya sehingga agensi kerajaan besar yang melaksanakan pendekatan kebangsaan. Keputusan bagi menghapuskan atau mengekang spesies bergantung kepada beberapa faktor, termasuk, tetapi tidak terhad kepada jenis habitat, ciri-ciri organisma, medan spatial penyebaran, masa yang ada bagi pengawalan, dan kos. Faktor ini turut memainkan peranan bagi menentukan teknik kawalan khusus yang mana perlu digunakan.

Pengawalan mekanikal

Kawalan mekanikal membabitkan penyingkiran spesies ceroboh dengan menggunakan tangan atau mesin. Seringkali, kaedah ini berkesan bagi mengawal populasi kecil dan boleh disasarkan secara khusus, mengurangkan kerosakan kepada tumbuhan dan haiwan bukan ceroboh. Kawalan mekanikal memerlukan banyak pekerja dan memerlukan pelaboran masa yang lama, kerana rawatan perlu dilakukan beberapa kali bagi memastikan kejayaan. Kaedah kawalan biasa bagi tumbuhan termasuk dicabut menggunakan tangan, memotong, girdling, dan membakar. Bagi kawalan haiwan ceroboh, teknik seperti memburu, menjerat, dan pembinaan halangan fizikal seperti pagar, atau jaring akan digunakan.

Pengawalan kimia

Sebatian kimia boleh digunakan bagi menghalang penyebaran spesies ceroboh. kaedah kawalan ini mampu menjadi amat berkesan di kawasan kecil dan besar, tetapi sering kali dikritik kerana kemungkinan pencemaran sumber air dan tanah dan tidak mampu mensasar sasaran khusus yang boleh mengakibatkan kematian spesies tumbuhan dan haiwan yang diingini. Selain itu, spesies sasaran mungkin menjadi kebal kepada bahan kimia selepas jangka masa tertentu, menjadikan kaedah ini tidak berkesan. Racun rumpai (Herbicides) merupakan bahan kimia yang digunakan bagi mengawal tumbuhan ceroboh dan bergantung kepada spesies sasaran, boleh disembur secara langsung kepada tumbuhan, pada tanah dipangkal pokok, malah pada tanah sebelum biji benih bercambah. Bagi haiwan, racun perosak (pesticides) digunakan bagi mengekang pertumbuhan dan pembiakan atau membunuh serangga ceroboh perosak. Satu bentuk lain bagi kawalan kimia merupakan penggunaan pheromone penarik bagi menarik serangga mengawan kedalam perangkap.

Pengawalan biologi

Kawalan biologi membabitkan pembebasan spesies khas untuk menghad penyebaran spesies ceroboh. Dengan penyelidikan betul, kaedah pengawalan ini selamat pada persekitaran dan berjaya. Bagaimanapun ia tidak berkesan sekiranya spesies yang dibebaskan tidak terselamat atau kesannya pada spesies ceroboh tidak sebesar yang dijangkakan. Juga, spesies yang dipilih tidak sentiasa merupakan organisma tempatan, meningkatkan kemungkinan lebih banyak spesies ceroboh. Serangga pemangsa, dikenali sebagai pemakan rumpai, boleh dibebaskan bagi mengawal tumbuhan ceroboh. Sama juga, tumbuhan boleh dijangkiti dengan organisma penyebab penyakit, seperti fungi, bakteria, dan virus, membunuh atau merentat keluaran pembiakannya. Haiwan ceroboh boleh dikawal dengan membebaskan pemangsa atau organisma parasit (terutama bagi kes serangga ceroboh) atau dengan penyebaran penyakit dengan cara yang sama bagi tumbuhan. Tambahan lagi, serangga atau ikan jantan spesies ceroboh yang dimandulkan boleh dibebaskan agar selepas mengawan, haiwan betina akan bertelur telur "mati" atau telur yang menjadi dewasa mandul. Terdapat kejadian di masa lalu apabila kawalan biologi diperkenal khusus pada sesuatu kawasan bagi mengawal spesies asing telah mempunyai kesan negetif kepada ekosistem. Contoh yang baik adalah apabila mongoose digunakan sebagai pemangsa biologi di Hawai bagi mengawal populasi tikus yang dibawa masuk; malangnya mongoose turut memburu spesies haiwan tempatan dan telornya.

Halangan

Menghalang spesies ceroboh bertapak sentias menjadi kaedah pengawalan yang terbaik. Menghentikan spesies merosakkan pada tahap ini adalah sukar. Banyak kerajaan cuba menghad kemasukan spesies ceroboh kekawasan mereka melalui pemeriksaan penghantaran perkapalan antarabangsa, pemeriksaan kastam, dan peraturan kuarantin yang betul. Menyediakan senarai spesies yang selamat dan berpotensi menjadi masalah boleh membantu dalam mengawal kemasukan spesies ceroboh. Orang awam juga boleh menyertai pengawalan spesies perosak dengan mendapat ilmu mengenainya dan membuat keputusan berpengetahuan.

Rujukan

Tags:

Spesies Ceroboh Keadaan yang mendorong pencerobohanSpesies Ceroboh EkologiSpesies Ceroboh KesanSpesies Ceroboh Ancaman kepada biodiversitiSpesies Ceroboh KawalanSpesies Ceroboh RujukanSpesies Ceroboh Bacaan lanjutSpesies Ceroboh Pautan luarSpesies CerobohIUCN

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

PenyelenggaraanDoa IftitahInflasiHubungan seksAliff Dalam 7 DimensiESenarai Surah Al-QuranMalek MccroneRinggitBaby ShimaPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021KabungSenarai bank di MalaysiaPantang larang MelayuKatedral St PaulBaju kebayaPenanda wacanaIsrafilAstrolabOptimismeCampaSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaAlgeriaOne Cent ThiefDe FamShakira (drama)Daerah di SabahSultanah ZanariahIkan bandarayaUndang-undang MalaysiaIntegritiKata adjektifSultan JohorTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahAmyra RosliSenarai kaum di MalaysiaBahasa LampungLelaki ItuTanah Melayu BritishZarina ZainoordinOnn Hafiz GhaziTuakFolikel buluStadium Nasional Bukit JalilSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirM. NasirIman TroyeKobe Jae ChongAnna JoblingLondonPolitik balas budiIjazah sarjanaPertubuhan Keselamatan SosialKedahNajib RazakPembukaan Kota MekahJudiPeristiwa 13 MeiSelangorNora DanishHari Raya AidiladhaKhalid Mohamad JiwaPolisComorosPeroduaSyahadahShideeFarid KamilKuih takoPlagiatHarissa AdlynnTauhid RububiyahKorban KasihPeristiwa Kampung MedanRaja berperlembagaanSarimah AhmadJessica MilaPenjajahan Jepun di Tanah MelayuJenayah kolar putih🡆 More