Sl Benfica

Sport Lisboa e Benfica ataupun dikenali sebagai Benfica ataupun secara ringkasnya SLB merupakan kelab bola sepak Portugal yang berpangkalan di ibu negara Portugal, Lisbon.

Kelab bola sepak ini bermain di liga teratas negara itu, Primeira Liga dan kelab ini merupakan juara terkini.

Benfica
Fail:SL Benfica logo.svg
Nama penuhSport Lisboa e Benfica
GelaranBenfiquistas (penyokong)
As Águias (Helang)
Os Encarnados (Merah)
Diasaskan28 Februari 1904
(120 tahun yang lalu)
 (1904-02-28)
sebagai Sport Lisboa
StadiumEstádio da Luz
(Kapasiti: 65,647)
PresidenLuís Filipe Vieira
PengurusJorge Jesus
LigaPrimeira Liga
2022–23Pertama
Tapak sesawangLaman kelab
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Warna tuan rumah
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Sl Benfica
Warna tempat lawan
Sl Benfica Musim semasa

Benfica diasaskan pada 28 Februari 1904 dan ia merupakan salah satu kelab Tiga Terbesar (Portugis:Três Grandes) di Portugal bersama pesaing terdekat, Sporting Lisbon dan Porto. Benfica antara kelab yang paling banyak diminati di Portugal dan merupakan peratusan terbesar di negaranya berbanding kelab Eropah lain (47%). Dengan mempunyai 235,000 ahli (sehingga Februari 2014), Benfica merupakan kelab kedua terbesar di dunia di belakang Bayern Munich. Kelab ini merupakan kelab ke-26 terkaya di dunia dengan nilai €109.2 juta. Warna kelab ini adalah merah dan putih dan nama samaran kelab ini adalah Águias (Helang) ataupun Encarnados (Merah) manakala penyokong memanggil kelab ini sebagai Benfiquistas. Sejak 2003, Benfica bermain di stadium halamannya iaitu Estádio da Luz yang menggantikan stadium lama yang telah berusia 49 tahun.

Benfica merupakan kelab paling berjaya berbanding mana-mana kelab Portugal yang lain yang telah memenangi kejohanan domestik sebanyak 71 kali dan jumlahnya termasuk pentas Eropah ialah 73 kali. Benfica merupakan rekod terbesar kelab Portugal yang menjuarai 33 gelaran liga. Pada 2014, Benfica menjuarai tiga kejohanan domestik tiga kali berturut-turut iaitu Primeira Liga, Taca de Portugal (Piala Portugal) dan Taca da Liga (Piala liga). Selain itu, kelab ini juga memenangi Supertaca dan menjadi kelab yang memenangi empat kejohanan domestik dalam masa setahun. Benfica juga memegang rekod Eropah yang banyak memenangi liga domestik.

Pada peringkat antarabangsa, Benfica menjuarai Liga Juara Eropah ataupun Piala Eropah pada 1961 dan 1962. Benfica telah mencapai 10 kali perlawanan akhir peringkat Eropah dan pada kedudukan tujuh pasukan UEFA pernah ke perlawanan akhir. Pada 2009, kelab ini kedudukan ke-9 "Kelab Eropah Abad Ini" oleh IFFHS (Statistik dan Sejarah Bola Sepak Persekutuan Antarabangsa). Pada Januari 2015, kelab ini kedudukan ke-12 pada Kedudukan Dunia Kelab oleh IFFHS.

Penghargaan

Domestik

  • Primeira Liga
    Juara (38) (rekod): 1935–36, 1936–37, 1937–38, 1941–42, 1942–43, 1944–45, 1949–50, 1954–55, 1956–57, 1959–60, 1960–61, 1962–63, 1963–64, 1964–65, 1966–67, 1967–68, 1968–69, 1970–71, 1971–72, 1972–73, 1974–75, 1975–76, 1976–77, 1980–81, 1982–83, 1983–84, 1986–87, 1988–89, 1990–91, 1993–94, 2004–05, 2009–10, 2013–14, 2014–15, 2015–16, 2016–17, 2018–19, 2022–23
  • Taça de Portugal
    Juara (26) (rekod): 1939–40, 1942–43, 1943–44, 1948–49, 1950–51, 1951–52, 1952–53, 1954–55, 1956–57, 1958–59, 1961–62, 1963–64, 1968–69, 1969–70, 1971–72, 1979–80, 1980–81, 1982–83, 1984–85, 1985–86, 1986–87, 1992–93, 1995–96, 2003–04, 2013–14, 2016–2017
  • Taça da Liga
    Juara (5) (rekod): 2008–09, 2009–10, 2010–11, 2011–12, 2013–14
  • Supertaça Cândido de Oliveira
    Juara (5): 1980, 1985, 1989, 2005, 2014

Eropah

    Juara (2): 1960–61, 1961–62

Pautan luar

Tags:

Sl Benfica PenghargaanSl Benfica Pautan luarSl BenficaLisbon

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Premier SarawakRinggitRadio Televisyen MalaysiaAbdullah bin Ahmad BadawiPenanda wacanaUthman bin AffanPasukan Khas LautAl-QuranSunan MuriaPiala Asia B-23 AFC 2024Usul al-FiqhProton WajaSenarai raja-raja MelayuJenis darahPeristiwa 13 MeiSunan KalijagaGunung KinabaluGeografi JohorSenarai saluran AstroSunan BonangElly MazleinBaju kurungGerakan Aceh MerdekaRaysha RizroseCinta Buat DaraBandaraya MelakaSultan Mizan Zainal AbidinBandar TaipingFarah AhmadNabi Ibrahim a.s.Asmara (drama)Tunku Ismail ibni Sultan IbrahimBadmintonPronoKanun KeseksaanAzad JasminAliff AzizTengku Permaisuri NorashikinPulau TiomanPerang UhudTunku Aminah Maimunah IskandariahPerempuan Itu (drama)Perang Dunia PertamaSlot LestaryI.D.Mahkamah MalaysiaMira FilzahJep SepahtuJabatan Akauntan NegaraSeks oralEtnik MelayuSingapura Dilanggar TodakR.A. KartiniKamal AdliMaya KarinBahasa MelayuMuhyiddin YassinZaki AzemanNabi Musa a.s.Slot AkasiaMasya-AllahNabi Nuh a.s.Abdul Rahman HashimRedza RosliJudiQistina RaisahPendidikan di MalaysiaSherry AlhadadForest CityCabang dan mazhab IslamAnna JoblingAngel (penyanyi)Shiqin KamalKuantanNur (drama)Perang BadarM. NasirAnugerah Aidilfitri🡆 More