Rittmeister

Rittmaster (Jerman: Rittmeister, secara harfiah: riding master, cavalry master, atau pakar kuda, kapten kavalri) ialah sejenis pangkat pegawai bertauliah kavalri dalam tentera darat Jerman, Austria-Hungary, Norway, Sweden, Denmark, dan beberapa negara lain.

Rittmeister lazimnya memimpin skuadron (sebuah unit bersaiz kompeni dipanggil "trup" di Amerika Syarikat, berbanding dengan skuadron kavalri AS yang bersaiz batalion lebih besar), dan setaraf dengan pangkat Hauptmann (atau kapten dikebanyakkan cawangan tentera darat).

Rittmeister
Rittmeister dalam Karabinier-Regiment Graf Hatzfeld, 1748

Pangkat Ritmeester Belanda, ialah pangkat pegawai utama skuadron dalam unit-unit kavalri Tentera Darat Diraja Belanda.

Pangkat Norway, rittmester/rittmeister, ialah pangkat pegawai dalam unit armor dan infantri mekanis Tentera Darat Norway. Ejaan ritmester digunakan oleh Norway sehingga tahun 1907.

  • Svensk: ryttmästare
  • Denmark: ritmester
  • Norway: rittmester (bokmål; ejaan ritmester digunakan sehingga 1907) atau rittmeister (nynorsk)
  • Jerman: Rittmeister (sehingga 1951)
  • Estonia: rittmeister

Tentera Darat Poland, Finland, Lithuania, dan Rusia menggunakan istilah setempat untuk pangkat yang sama.

  • Poland: rotmistrz,
  • Suomi: ratsumestari,
  • Lithuania: rotmistras,
  • Rusia: ротмистр (rotmistr).

Didalam Tentera Darat Poland (dari abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20) rotmistrz memerintah sebuah formasi dipanggil rota. Bagaimanapun, rotmistrz dari askar hussar ialah komander antara 100 dan 180 askar hussar, dengan leftenan hussar sebagai orang keduanya. Istilah Lithuania ialah rotmistras.[perlu rujukan] Pada zaman dahulu, rotmistrz berkhidmat sebagai komander sebuah kompeni infantri atau kavalri, walaupun kadangkala dia akan diberikan tugas pangkat medan buat sementara waktu cth. memerintah seluruh rejimen atau bahkan formasi yang lebih besar. Dalam kavalri, pangkat itu diteruskan sehingga 1945 sebagai gelaran peringkat kompeni. Digunakan untuk komander sebuah trup, ia setara dengan kapten zaman moden.

Pangkat itu juga diterima pakai oleh Rejimen Baru Rusia sebagai rotmistr (ротмистр) dan kemudian diformalkan dalam Jadual Pangkat sebagai jawatan kavalri; sehingga 1798, dan antara 1883 dan 1918, pangkat shtabs-rotmistr (штабс-ротмистр) yang lebih rendah juga wujud, mewakili pangkat Kapten Kanan dan Kapten Muda dalam Pengawal Kavalri Imperial Rusia, Kavalri Tentera, Gendarmerie dan Pengawal Sempadan pada tahun 1914.

Dalam angkatan tentera British dan Komanwel, Riding Master bukan sejenis pangkat. Didalam Rejimen Kavalri Istana seorang Pegawai Waran yang sesuai dengan pangkat Jurulatih Kuda dilantik sebagai Riding Master. Tempoh pelantikan ini ditentukan oleh Leftenan Kolonel memerintah dan, setelah dilantik, Riding Master adalah orang yang mengetuai latihan rekrut dan kuda-kuda Rejimen Kavalri Istana.

Tanda pangkat

Semasa

Bekas

Pemegang pangkat terkenal

  • Ryttmästare Putera Gustaf Adolf, Duke Västerbotten
  • Rittmeister Carl Bolle
  • Rittmeister Bruno Richter
  • Rotmistrz Witold Pilecki
  • Rotmistrz Atanazy Miączyński
  • Rittmeister Manfred Albrecht Freiherr von Richthofen

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Rittmeister Tanda pangkatRittmeister Pemegang pangkat terkenalRittmeister Lihat jugaRittmeister RujukanRittmeisterAmerika SyarikatAustria-HungaryBahasa JermanBatalionHauptmannJermanKaptenKavalriKompeniPangkat tenteraSkandinaviaSkuadron

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Dewan Rakyat MalaysiaShazia RozainiRadius OneAbu Bakar as-SiddiqAisha RetnoBajauFrekuensi radio di TerengganuKota KinabaluTanah Melayu BritishKuih takoNabi Muhammad SAWSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaPerceraian dalam IslamHarris AlifAgama BuddhaMalaysia MadaniHans IsaacSyed Mohd Yusof Syed NasirKarim BenzemaSijil Pelajaran MalaysiaAmin IdrisFrekuensi radio di MelakaSophia AlbarakbahHubungan seksShaheizy SamPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaPulau RedangRaja Zarith SofiahImaginurAmir JahariMaklumatSepak takrawAngkatan Tentera MalaysiaOrang LampungOne Cent ThiefPerang Dunia PertamaThe Legend of Zelda (permainan video)Universiti MalayaBaby ShimaTauratSharnaaz AhmadIntegritiSains sosialCendolKabungKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaKL GangsterErysha EmyraPandu PuteriRaihanYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanSemenyihSingapura dalam MalaysiaBumiputeraDugongNazim OthmanPuteri Gunung LedangJangan Menangis Cinta (drama)Kumpulan Wang Simpanan PekerjaMuhamad Akmal SalehPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalMuhammad bin Idris al-SyafiiNabi Sulaiman a.s.Jabatan Imigresen MalaysiaMuhyiddin YassinSunan Gunung JatiNanako MatsushimaBabiFrekuensi radio di SelangorAmelia HendersonAhli Sunah WaljamaahFrekuensi radio di KelantanQiamullailMetamfetaminaKanun KeseksaanNekbatNora DanishSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3🡆 More