Perayaan Duan Wu

Perayaan Duan Wu (Hanzi : 端午节 ; Mandarin : Duan Wu Jie ; Bahasa Inggeris : Duan Wu Festival) adalah salah satu hari perayaan tradisional kepada masyarakat Lingkungan kebudayaan Asia Timur Perayaan ini merupakan hari cuti di Taiwan, Hong Kong, dan Macau .

Mulai 2008, ia menjadi hari cuti di Republik Rakyat China .

Perayaan Duan Wu
Zongzi (粽子): nasi pulut yang dibungkus dengan daun

Nama

Perayaan ini ada banyak nama, termasuk :

Bahasa Melayu Hanzi Bahasa Mandarin Bahasa Inggeris
Perayaan Duan Wu 端午节 Duan Wu Jie Duan Wu Festival

Perayaan Perahu Naga,

Pesta Perahu Naga

龙舟节, 龙船节 Long Zhou Jie, Long Chuan Jie Dragon Boat Festival

Perayaan Zongzi 粽子节 Zong Zi Jie The Rice Dumpling Festival
Bulan Kelima Hari Kelima 五月初五,

双五, 重五, 重午, 端午

Wu Yue Chu Wu,

Shuang Wu, Chong Wu, Chong Wu, Duan Wu

Double Fifth Festival

  • 初(chu) dan 端(duan) bermaksud "permulaan"
  • 五(wu) bermaksud "lima"
  • 午(wu) bermaksud "tengahari", ia berbunyi seperti "lima", 午 juga nama (午月) kepada bulan (月) yang kelima (五月) dalam Kalendar Cina pada zaman lampau yang dikenali sebagai "Kalendar Xia (夏历)"
  • 节(jie) disini berkaitan dengan tempoh, masa, dan waktu, termasuk pesta dan perayaan

Sejarah

Perayaan Duan Wu 
Patung gergasi Qu Yuan (屈原) di hadapan Sungai Bandar Ying (郢都), ibu negara (首都) kepada Negara Chu (楚国) yang sekarang dikenali sebagai Bandar Jingzhou (荆州市), Hubei (湖北省), Republik Rakyat China, sebelum ia dipindah ke tempat baru pada 23 Januari 2014
Perayaan Duan Wu 
Sungai Miluo (汨罗江), berwarna jingga

Terdapat beberapa teori mengenai asal usul untuk "Perayaan Duan Wu". Yang paling terkenal ialah untuk mengingati seorang pada zama dahulu yang bernama Qu Yuan (Hanzi: 屈原; lahir: 343 SM atau 340 SM ; mati: 278 SM) adalah seorang warganegara, golongan bangsawan (贵族), dan penyair (诗人) daripada Negara Chu (楚国) .

Dia adalah seorang menteri yang berbakat dan setia pada negaranya, banyak memberikan ide untuk memajukan Negara Chu, juga disayangi oleh orang rayat. Dia ingin Negara Chu bersatu dengan Negara Qi (齐国) untuk memerangi Negara Qin (秦国). Namun, raja Negara Chu tidak suka Qu Yuan dan dia telah dibuang dari Negara Chu pada tahun 293 SM.

Pada tahun 278 SM, Bandar Ying (郢都), ibu negara (首都) kepada Negara Chu telah dimusnahkan oleh Bai Qi (白起), seorang Jeneral (将军) dari Negara Qin dan semua penduduk bandar telah dibunuh. Berita ini telah menakutkan Qu Yuan karena dia bimbang untuk masa depan Negara Chu dan kemudian bunuh diri dengan melompat ke Sungai Miluo (汨罗江) pada Bulan Kelima Hari Kelima dalam Kalendar Cina.

Rakyat Negara Chu kemudian merasa sedih. Mereka pergi ke sungai tersebut untuk mencarikan Qu Yuan tetapi mereka gagal. Selepas itu, mereka melemparkan nasi pulut yang dibungkus dengan daun (Zongzi 粽子) ke dalam sungai daripada perahu yang telah dicat seperti seekor naga (Perahu Naga 龙舟) supaya haiwan-haiwan yang berada di kawasan sungai tersebut tidak mengganggukan badan Qu Yuan.

Pada tahun 223 SM, Negara Qin telah berjaya untuk menghapuskan Negara Chu dan pada tahun 221 SM untuk Negara Qi. Selepas itu, Ying Zhao Zheng (嬴赵政), raja kepada Negara Qin telah mengisytiharkan dirinya sebagai "Maharaja Mulia Pertama" (Qin Shi Huang) dan Negara Qin direka semula sebagai Empayar Qin. Era empayar ini dikenali sebagai Dinasti Qin oleh ahli sejarah.

Zongzi

Perayaan Duan Wu 
"Jian Zong (碱粽)", juga dikenali sebagai "Jianshui Zong (碱水粽)", "Kicang", mereka lebihi kecil berbanding dengan Zongzi yang lain
Perayaan Duan Wu 
"Kicang Tausa (Kicang dengan pes kacang merah)" yang dijual di Kota Batam, Wilayah Kepulauan Riau, Indonesia
Perayaan Duan Wu 
"Akumaki (灰汁卷き)" dari Wilayah Kagoshima, Kyuusyuu, Jepun
Perayaan Duan Wu 
"Chikayamaki (茅巻き)" dari Jepun

Zongzi ( Hanzi : 粽子 ; Mandarin : Zong Zi ; Bahasa Inggeris : Glutinous Rice Dumpling, Rice Dumpling ; Bahasa Jepun : Chimaki ; Bahasa Vietnam : Bánh ú) yang pada asanya adalah beras pulut yang dibungkus dengan daun, dan kemudian mereka akan dimasak dengan proses pengukusan atau pendidihan.

Kategori

Kategori Zongzi termasuk :

Su Zong

Su Zong (素粽 ; Vegetarian Zongzi): Kategori Zongzi sesuai untuk Vegetarian. Zongzi dalam kategori ini juga dikenali sebagai "Chaicang (Hanzi : 菜粽 ; Mandarin: Cai Zong)".

Jenis Zongzi termasuk :

  • Jian Zong (碱粽): Jenis Zongzi yang berwarana kuning atau jingga dan tanpa isi, juga dikenali sebagai "Jianshui Zong (碱水粽)", "Alkaline Water Dumpling", "Kicang", dan "Kee Chang". Mereka lebihi kecil berbanding dengan Zongzi yang lain.
  • Jian Zong Hong Dou (碱粽红豆): juga dikenali sebagai "Red Bean Alkaline Water Dumpling (红豆碱水粽子)", "Red Bean Kee Chang", "Kicang kacang merah", "Kicang dengan kacang merah", dan "Kicang Tausa (碱粽豆沙)". Versi yang diisi dengan pes kacang merah (红豆).

Rou Zong

Rou Zong (肉粽): Kategori Zongzi yang mempunyai tambahan daging haiwan, termasuk ternakan, buruan, ikan, babi dan/atau krustasia. Zongzi dalam kategori ini terdapat banyak jenis

Zongzi dalam kategori ini juga dikenali dengan banyak nama termasuk "Bakcang", "Bak Cang", "Bak Chang", dan "Bacang", dapat juga ada jenis yang diisi dengan telur dan/atau kacang.

Kawasan

Zongzi istimewa dari segi kawasan termasuk :

Jepun, Ryukyu

Malaysia, Singapura

  • Nyonya Zongzi (Hanzi : 娘惹粽子 ; Bahasa Inggeris : Nyonya Rice Dumpling)
    • Juga dikenali sebagai : Nyonya Zong, Nyonya Chang (娘惹粽), atau Nyonya Bak Chang (娘惹肉粽).
    • Rou Zong, jenis Zongzi yang ada bahagian yang diwarana biru, salah satu masakan Baba Nyonya dari Orang Peranakan (Baba dan Nyonya).

Vietnam

Sambutan

Perayaan Duan Wu 
Contoh majlis sembahyang bagi sesetengah Orang Han dan Orang Vietnam yang berdoa kepada Tuhan, Dewa, Dewi, dan/atau Leluhur mereka semasa "Perayaan Duan Wu"
Perayaan Duan Wu 
Orang Hong Kong, Indonesia, Macau, Taiwan merayakan "Perayaan Duan Wu" dengan aktiviti "berdirikan telur (立蛋)"
Perayaan Duan Wu 
Kashiwa Mochi (柏饼): dibuat dari tepung beras dan isi dengan pes kacang merah, makanan tradisional Orang Jepun untuk "Tango No Sekku (端午の節句)"
Perayaan Duan Wu 
"Beko Mochi" dari Wilayah Hokkaidou, Hokkaidou, Jepun
Perayaan Duan Wu 
Orang Ryukyu perlumbaan Perahu Naga di Okinawa, Jepun

Biasanya perayaan ini berada pada "Bulan Kelima Hari Kelima" dalam Kalendar Cina dan dari Bulan Mei ke Jun dalam Kalendar Gregorius (sejenis sistem untuk era kalendar "Anno Domini") .

Aktiviti

Aktiviti tradisional untuk perayaan termasuk memakan Zongzi dan berlumba Perahu Naga.

Kawasan

Sambutan istimewa dari segi kawasan :

Han

Orang Han ada makan Zongzi dengan minum teh. Minum "Anggur Realgar" (arak beras) untuk mengusir pergi segala penyakit dan roh jahat. Menggantungkan Rumput Ai (艾草) dan Pokok Jerangau (菖蒲). "Berdirikan telur (立蛋)" dalam posisi berdiri diatas lantai atau meja pada waktu tengarhari.

Sesetengah daripada Orang Han berdoa kepada Tuhan, Dewa, Dewi, dan/atau Leluhur mereka semasa "Perayaan Duan Wu".

Indonesia

Dikenali sebagai "Peh Cun (扒船)" dari "Pe Liong Cun (扒龍船 Perahu Naga)" ia bermaksud "mendayung perahu naga (Perayaan Perahu Naga)" oleh Orang Indonesia. Mereka juga merayakan "Perayaan Duan Wu" dengan makan Zongzi dan "berdirikan telur".

Jepun

Pada asalnya dikenali sebagai "Tango (Tulisan Kanji : 端午) atau "Tango No Sekku (Bahasa Jepun : 端午の節句)", selepas tahun 1948, ia dinamakan sebagai Hari Kanak-kanak (Jepun). Walaupun begitu, sesetengah Orang Jepun masih merayakan perayaan ini di kawasan Jepun.

Makanan Tradisional :

Ryukyu

Orang Ryukyu merayakan "Duan Wu" juga dikenali sebagai "Tanuu (Bahasa Ryukyu : 端午 ; Katakana : タンウー)".

Pada Bulan Kelima Hari Keempat dalam "Kalendar Cina" dan dari Bulan Mei ke Jun dalam "Kalendar Gregorius", Orang Ryukyu akan menggunakan "Perahu Naga" yang dikenali sebagai "Sabani" atau "Haryusen (Bahasa Ryukyu : 爬竜船 ; Hanzi : 爬龙舟)" untuk "berlumba Perahu Naga" yang dikenali sebagai "Haarii (Bahasa Ryukyu : 爬竜 ; Katakana : ハーリー ; Hanzi : 霸津)".

Perayaan juga diadakan supaya nelayan Orang Ryukyu boleh berdoa kepada Tuhan, Dewa, Dewi Lautan untuk pelayaran yang selamat dan tangkapan yang baik dan mengucapkan terima kasih kepada Tuhan, Dewa, Dewi Lautan untuk berkat kepada mereka.

Korea

Orang Korea merayakan "Duan Wu" juga dikenali sebagai "Dano (Bahasa Korea: 단오 ; Hanja: 端午)" dengan bermain seesaw dan swing gergasi.

Orang Korea berdoa kepada Tuhan, Dewa, Dewi mereka, dan minum "Anggur Realgar" (arak beras) semasa "Perayaan Dano".

Vietnam

Dikenali sebagai "Tet Doan Ngo" (Bahasa Vietnam : Tết Đoan Ngọ ; Chu Nom : 节端午 ; Bahasa Inggeris : Festival Doan Ngo) . Hari ini merupakan seperti hari "gotong-royong" untuk menghapuskan "makhluk perosak" bagi Orang Vietnam .

Mereka ada makan "Banh u (Zongzi)", Jian Zong yang dikenali sebagai "Banh u Tro" atau "Banh Tro" (Bahasa Vietnam : Bánh ú Tro , Bánh Tro ; Chu Nom : 饼灰). Sesetengah daripada Orang Vietnam berdoa kepada Tuhan, Dewa, Dewi, dan/atau Leluhur mereka semasa "Tet Doan Ngo".

Rujukan

Tags:

Perayaan Duan Wu NamaPerayaan Duan Wu SejarahPerayaan Duan Wu ZongziPerayaan Duan Wu SambutanPerayaan Duan Wu RujukanPerayaan Duan WuBahasa InggerisCutiHanziHari perayaanHong KongLingkungan kebudayaan Asia TimurMacauMandarinRepublik Rakyat ChinaTaiwan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Liga Super Malaysia 2024–25Sophia AlbarakbahJanna NickRukun NegaraRisteena MunimOktovia ManroseSolat JumaatWan SharmilaBahasa Melayu SabahPasukan Khas LautSateAdiraHaidHantu Kak Limah Balik RumahSistem SuriaYang di-Pertuan AgongKadet Remaja Sekolah MalaysiaAsia TenggaraBank Negara MalaysiaSiksa NerakaGombakBaba dan NyonyaRadio Televisyen MalaysiaMona FandeyJohan GhazaliGunung KinabaluFrekuensi radio di KelantanErysha EmyraJeslina HashimNabi Musa a.s.Takdir Itu Milik AkuAb Rauf YusohSujud sahwiUmie AidaHantu Kak LimahSultan SelangorSalahuddin al-AyyubiBatu PahatKuantanPeristiwa 13 MeiMenteri Pendidikan MalaysiaEda EzrinChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorArena LieyaAngkatan Tentera MalaysiaKata namaLiberalismeUpacara kematian orang CinaMydinMetamfetaminaHasmiza binti OthmanPerempuan Itu (drama)Nombor telefon di MalaysiaJabatan Kastam Diraja MalaysiaNajis dalam IslamSenarai mukim di SelangorKKN di Desa Penari (filem)Daerah LangkawiSandrinna MichelleZodiakNegeri SembilanKota KinabaluNusantaraHulu Selangor (kawasan persekutuan)Penerbangan 370 Penerbangan MalaysiaTengku Amir ShahSurah al-FatihahMy Lovely DriverProton SatriaAnugerah AidilfitriKajangIslamKumpulan Rock MalaysiaAween IsmailPentaksiran Tingkatan TigaHael HusainiMazlan Aliman🡆 More