Mochi

Mochi adalah makanan proses Jepun yang dibuat daripada beras pulut yang ditumbuk sehingga lembut dan likat, kemudiannya dibentuk menjadi bulat.

Di Jepun, mochi sering dibuat dan dimakan ketika menyambut perayaan tradisional mochitsuki atau perayaan Tahun Baru Jepun. Namun, jenis mochi ini sentiasa dijual dan dapat diperoleh di kedai-kedai mochi sepanjang tahun.

Mochi
Mochi
Marumochi
Marumochi (丸餅) atau mochi bulat
Nama alternatifBahasa Cina: 麻糬; Bahasa Jepun:
JenisGlutinous rice cake, Japanese rice dish, wagashi Sunting ini di Wikidata
Tempat asalMochi Jepun
Bahan utamaBeras
Bahan yang biasa digunakanPulut Sunting ini di Wikidata
Cara penyediaanMochi production Sunting ini di Wikidata
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
165 kcal (691 kJ)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Mochi segi empat, mochi potong
Kakumochi (角餅) atau mochi segi empat, juga dikenali sebagai kirimochi (切り餅) atau mochi potong
mochi rata
Noshimochi (のし餅) atau mochi rata

Jenis mochi

Mochi mempunyai dua jenis, iaitu tsuki-mochi dan neri-mochi. Tsukimochi merupakan mochi yang dibuat daripada pulut yang dikukus dan ditumbuk dengan tukul kayu. Nerimochi pula dibuat daripada bijirin yang diuli dengan tangan. Di Jepun selain Okinawa, secara am mochi dikenali sebagai tsukimochi.

Mochi dimakan dalam pelbagai cara. Selain perbezaan bentuk dan saiz mochi, ada juga kepelbagaian dalam makanan atau perasa yang dimakan bersama mochi. Mochi digunakan bukan sahaja dalam masakan mochi atau masakan tradisional seperti zoni, namun ia juga digunakan dalam masakan Barat atau pencuci mulut.

Jenis tsukimochi

marumochi

Mochi yang dibentuk bulat.

noshimochi, kakumochi (kirimochi)

Mochi yang dibentuk seperti papan dengan memanjangkan mochi kepada ketebalan 1.5 cm. Kakumochi merupakan mochi yang dipotong. Ia juga dipanggil kirimochi.

namakomochi

Mochi yang dibentuk bujur seperti gamat. Ia dimakan dengan dipotong mengikut ketebalan yang dikehendaki dan kemudian dipanggang atau digoreng. Di barat Jepun ia dipanggil nekomochi (ねこもち) juga di mana neko bermakusud kucing.

akafukumochi, gofukumochi, kawabemochi, ankoromochi, botamochi

Mochi yang dibungkus dengan anko (pes kacang merah).

anmochi, daifuku

Mochi yang intinya anko.

isobemochi

Kirimochi dipanggang, dicelup dalam kicap dan dibungkus dengan rumpai laut semasa ia panas.

kinakomochi

Mochi yang ditaburkan dengan kinako (tepung soya) ke atas mochi yang dibakar, direneh atau dikukus.

kusamochi

Mochi yang ditumbuk dengan daun yomogi. Kadang-kadang ada anko di dalamnya.

mamemochi

Mochi yang mempunyai kacang hitam.

zundamochi

Mochi yang dibuat dengan menghancurkan kacang edamame yang telah direbus dan mencampurkannya ke dalam mochi.

Jenis nerimochi

sakuramochi

Pulut dikukus, dikeringkan, ditumbuk ringan dan kemudian anko dimasukkan ke dalamnya. Selepas itu ia dibungkus dengan daun bunga sakura.

shingenmochi

Kinako dan gula ditaburkan ke atas mochi nipis.

Jenis mochi yang lain

dango

Mochi yang kecil dicucuk pada lidi. Ia dimakan bersama anko. Selain cara makan ini, ada banyak jenis cara makan. Mitarashidango ialah dango yang mentah atau dipanggang dan disalut dengan sos masin-manis yang diperbuat daripada kicap, gula, dan kanji kentang. Isobedango ialah dango yang dipanggang dengan kicap dan dibalut dengan rumpai laut.

kashiwamochi

Mochi yang dibalut dengan daun oak. Intinya anko atau pes miso.


Galeri

Rujukan


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tags:

Mochi Jenis mochiMochi Jenis tsukimochiMochi Jenis nerimochiMochi Jenis mochi yang lainMochi GaleriMochi RujukanMochiBerasJepunTahun Baru Jepun

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Umie AidaSyazuwan HassanHantu dalam masyarakat MelayuKKN di Desa Penari (filem)Sultanah Nur Diana Petra AbdullahMajlis Sukan Sekolah Sekolah MalaysiaTengkolokPerodua VivaSophia Albarakbah7 Hari Mencintaiku (musim 3)Jabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaMenteri Pendidikan MalaysiaSabahXPDCFahmi FadzilAman Ramli JaafarAbdul Hadi AwangBruneiTok JanggutShakira (drama)Hukum Kanun MelakaInisiatifNadia BrianKota KinabaluTuanku MuhrizPitt HanifNora DanishHulu LangatAmerika SyarikatEtnik MelayuRiena DianaRuhainiesLaura AnnaSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaShah IskandarRacun RihannaPerikatan NasionalHady MirzaProton SagaPosisi seksualKhalid bin al-WalidSejarah MalaysiaRejimen Askar Melayu DiRajaJohorAyob Khan Mydin PitchayHarvey NormanDarjah kebesaran MelayuLaluan Kelana JayaFadillah YusofSunan GresikKhairulamingPuteri KhareezaTengku Amir ShahNajib RazakCarles PuigdemontUsul al-FiqhTrisha OoiAlif SatarParti Islam Se-MalaysiaGerak KhasMenteri Kesihatan MalaysiaMohd Noor Helmy Abdul HalemJamal AbdillahAhmad Samsuri MokhtarFarah AhmadSingapura Dilanggar TodakSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaNelydia SenroseSultan Nazrin Muizzuddin ShahCongkakBaba dan NyonyaProton WiraZambry Abdul KadirMohd Shuhaily Mohd ZainJasmine Suraya ChinAgama di MalaysiaRaja Zarith Sofiah🡆 More