Pelangi: Fenomena alam

Pelangi (Jawi: ‏ڤلاڠي‎code: ms is deprecated ‎) atau, dalam bahasa Melayu Kedah, ular danu (Jawi: ‏اولر دانو‎code: ms is deprecated ‎, Melayu Kedah: ulaq danu) merupakan fenomena optik dan meteorologi yang terhasil berikutan pemantulan, pembiasan dan penyerakan spektrum cahaya yang terkena titisan air; ia lazim boleh diperhatikan (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun.

Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila dan ungu.

Pelangi: Peristilahan, Prinsip fizik, Kepercayaan
Pelangi yang menyinari di hujung tasik, di Taman Negara Jasper, Alberta, Kanada

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara, maka pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung bulat mengikuti bentuk bulat/sfera titisan air di udara, namun separuh bahagian bawah pelangi ini biasanya terhalang daripada diperhatikan kerana "terlindung" oleh ufuk bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Peristilahan

"Pelangi" berasal dari perkataan pelang bermaksud "jalur" atau "berbelang":14 yang turut disebut belang; kedua-dua perkataan pelang dan belang diturunkan dari akar Melayu-Polinesia Barat *-laŋ.

Terdapat banyak istilah lain digunakan dalam menggambarkan fenomena ini termasuk:

  • benang raja (Jawi: بنڠ راج‎)
  • bianglala (Jawi: بياڠلالا‎)
  • ular danu (Jawi: اولر دانو‎), dipakai di Kedah, Pulau Pinang, Riau dan Johor.

Prinsip fizik

Pelangi: Peristilahan, Prinsip fizik, Kepercayaan 
Rajah menunjukkan pembentukan pelangi yang biasa (3) serta "pelangi sekelamin":16 (5) akibat pembiasan cahaya dalam titisan air

Cahaya matahari yang mengena titisan air hujan akan terpantul sebahagiannya dan terserap sebahagian lain; cahaya ini dibiaskan pada permukaan titisan seakan prisma dan terpantul dalam sebelum terpancar keluar, sebahagian pancaran ini terbias lagi di permukaan sebelum dipantulkan keluar dari titisan. Sudut yang dipantulkan cahaya terbias ini diperhatikan antara 0° hingga 42° yang paling kuat.

Pelangi dilihat melengkung kerana sudut pemerhatian cahaya yang dibiaskan dari ufuk tempat berdiri: pelangi yang dipancar dalam suatu turutan kon di hujungnya suatu bulatan pada sudut 40–42° di mana separuh pelangi ini diserap di ufuk pada kaki pemerhati; bulatan pelangi boleh diperhatikan jika berada di ketinggian tertentu jauh dari permukaan bumi, misalnya jika dilihat semasa duduk di atas kapal terbang.

Jarak atau besar kecilnya bergantung kepada indeks biasan air yang menyerak cahaya disinari; air laut mempunyai indeks biasan lebih tinggi menyebabkan pelangi yang terhasil lebih kecil.

Adakalanya, akan ada suatu pelangi tambahan yang dapat dilihat disebutkan iaitu "pelangi sekelamin" (atau "pelangi sekunder") adakala akan terbentuk dengan urutan warna yang terbalik serta agak lebih redup sekitar 10° di luar pelangi utama.

Kepercayaan

Ada cerita yang dikisahkan dalam kepawangan orang Melayu bahawa pelangi kononnya merupakan pedang milik seekor Ular Sakatimuna yang membelit Bumi lalu Malaikat Jibrail diperintahkan Allah untuk melawan ular tersebut, ular ini akhirnya ditumpaskan dan "pedang-nya itu menjadi plangi...".:3, 582

Masyarakat Perak di Semenanjung Melayu percaya bahawa pelangi merupakan laluan membawa semangat roh orang yang sudah meninggal dunia ke Bumi untuk meminum air (pelangi minum).:14-15

Terdapat pantang larang yang wujud dalam masyarakat Melayu kononnya bahawa anak-anak yang menunjuk ke arah pelangi akan terpotong atau "kudung" jari menunjuk ini. Namun, pelangi boleh dilihat sebagai petanda keberadaan tertentu: masyarakat Melayu pulau Bintan percaya pelangi memandakan kayanya rezeki di laut mahupun turunnya bidadari kayangan untuk mandi di mata air, masyarakat Perak pula percaya bahawa penampakan suatu kilasan pelangi di sebelah barat ufuk (tunggul-tunggul membangun atau ringkasnya tunggul) di sebelah barat ufuk menandakan kematian seorang raja.:15

Dalam agama

Pelangi dikatakan dalam mitologi Hindu merupakan busur dewa Indera yang dipersenjatakan untuk menembak panahan petir; ia turut tercermin pada nama fenomena ini dalam bahasa-bahasa tertentu termasuk bahasa Sanskrit (इन्द्रधनुस् Indradhanus) dan bahasa Malayalam (ഇന്ദ്രധനുസ് indradhanusŭ).

Kitab Kejadian dipegang orang Kristian menceritakan bahawa nabi Nuh melihat dari bahteranya suatu pelangi yang muncul di langit sebagai petanda dari Tuhan menandakan berakhirnya banjir besar yang diturunkan menimpa kawasannya.

Galeri

Rujukan

Tags:

Pelangi PeristilahanPelangi Prinsip fizikPelangi KepercayaanPelangi GaleriPelangi RujukanPelangiAirBahasa Melayu KedahBiruCahayaHijauHujanJinggaKuningLangitMatahariMerahMeteorologiNilaOptikPantulan (fizik)PembiasanSerakanSpektrumTulisan JawiUnguWarna

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Puteri Sarah LiyanaSenarai poskod di MalaysiaAngkatan Tentera MalaysiaDarjah kebesaran negeri TerengganuVanny RossyaneJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan MalaysiaSharifah AmaniBryan DomaniChacha MaembongFauziah NawiBola tamparJudiNabi Lut a.s.SingapuraTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahHalim RadziBatik Air MalaysiaSyamsul YusofSusukRazarudin HusainNa’im BrundageSurah al-FatihahErysha EmyraLeftenan KomanderJohan GhazaliHaqiem RusliSolat sunatNombor telefon di MalaysiaPrabowo SubiantoKumpulan Rock MalaysiaChempaka Emalin PahaminEjen AliPontianak Harum Sundal Malam IISurah al-BaqarahJanna NickGombakJattShahrulezad MohameddinBatu Bersurat TerengganuMonyetFauzi NawawiSeks oralPembentukan MalaysiaIntegritiTerlanjur Cinta (drama web)SaronPolis EVO 3Hantu dalam masyarakat MelayuAngeline TanAzad JasminFadillah YusofSyed Mokhtar Al-BukharyHael HusainiMalaysiaMas Ermieyati SamsudinThe GadysTanam paksaProton ExoraGunung KinabaluRicheese FactoryMat KilauPerakKuala TerengganuUthman bin AffanPerkhidmatan awam di MalaysiaZaki AzemanLiberalismeSultan Muhammad VPenjajahan Jepun di Tanah MelayuTakwim HijrahBumiputera di SabahPulau RedangErry PutraMuhammad al-FatihAnna JoblingPerempuan Itu (drama)Piala ThomasRita NadiraRadius One🡆 More