Kitab Kejadian (akronim Kej.) adalah buku pertama di dalam Alkitab agama Yahudi dan Kristian.
Ia juga adalah buku pertama di dalam Taurat Musa. Ia dikenali di dalam bahasa Ibrani sebagai B'reshit (בראשית) manakala di dalam bahasa-bahasa Eropah, ia lazimnya dikenali dengan nama yang diperolehi daripada nama bahasa Yunani, Genesis (Γένεσις) yang membawa maksud "kelahiran", "penciptaan", "permulaan", "sumber" ataupun "asal-usul" .
Kitab Kejadian mengisahkan penciptaan alam semesta, asal usul manusia, permulaan dosa dan penderitaan di dunia, serta cara Tuhan (atau "Allah" sepertimana lazim dalam para penganut Kristian Nusantara) berhubung dengan manusia. Secara amnya, para cendekiawan berpendapat bahawa Kitab Kejadian dibahagikan kepada dua bahagian utama; iaitu Sejarah Purbakala yang direkodkan dari Kejadian 1-11 dan Kitaran Asal-Usul yang direkodkan dari Kejadian 12-50 . Kitab Kejadian besar kemungkinan telah ditetapkan susunannya menjelang kurun ke-5 sebelum Masehi dengan sejarah penulisan yang mungkin telah bermula sejak kurun ke-10 sebelum Masehi. Umat Yahudi, Kristian dan Islam yang alim mempercayai bahawa sumber asal isi Kitab Kejadian berpunca terus daripada wahyu Tuhan.
Kitab Kejadian secara keseluruhannya menceritakan kisah-kisan sebelum zaman Musa, dimulai dari kisah penciptaan, Asal-Usul Manusia, Dosa Pokok sehinggalah cerita leluhur bangsa Israel yang pindah dari Kanaan ke Mesir.
Kejadian 1-11 mengisahkan penciptaan alam semesta dan asal-usul manusia. Bahagian ini juga menceritakan kisah Adam dan Hawa, Kain dan Habel, Nuh dan air bah, serta Menara Babel.
Kejadian nampaknya disusun di sekitar frasa berulang elleh toledot, yang bermaksud "inilah generasi", dengan penggunaan pertama frasa itu merujuk kepada "generasi langit dan bumi" dan selebihnya menandakan individu-Noah, "anak-anak Nuh". ", Sem, dsb., turun kepada Yakub. Formula toledot, yang terdapat sebelas kali dalam kitab Kejadian, menggambarkan bahagian-bahagiannya dan membentuk strukturnya, berfungsi sebagai tajuk yang menandakan peralihan kepada subjek baru:
Kejadian 12-50 mengisahkan asal-usul nenek moyang orang Israel. Nenek moyang yang pertama ialah Abram, kemudian dikenali sebagai Abraham. Kisah ini diikuti riwayat Ishak anak Abraham, dan Yakub anak Ishak yang juga dinamakan Israel. Yakub mempunyai 12 orang anak lelaki dan masing-masing kemudiannya telah menjadi bapa kepada 12 suku Israel. Perhatian utama ditujukan kepada anak Yakub yang bernama Yusuf, dan peristiwa yang menyebabkan Yusuf serta saudara-saudaranya berpindah ke Mesir.
Kitab Kejadian | ||
Didahului oleh Kitab Sulung | Kitab Ibrani | Diikuti oleh: Keluaran |
Kristian Perjanjian Lama |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Kitab Kejadian, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.