Kitab Imamat

Kitab Imamat (Yunani: Λευιτικόςcode: el is deprecated , Latin: Leviticus, Ibrani: וַיִּקְרָא, rumi: Wayyiqrāʾcode: he is deprecated maka dipanggil-Nya, Ibrani Moden: Vayikra) ialah jilid ketiga Kitab Ibrani, dan yang ketiga daripada lima jilid kitab Taurat.

Nama kitab ini memendekkan ungkapan "Imamat Orang Lewi" pinjam terjemah judul kitab ini dalam versi Septuaginta Yunani Λευϊτικόν Leuïtikón "berkenaan suku Lewi" terbitan kata Λευίς Leuī́s, bentuk Yunani nama "Lewi" iaitu suku Yahudi yang memegang tanggungjawab sebagai kahin (Ibrani: כֹּהֵן, rumi: kōhēn; Arab: كَاهِن⁩, rumi: kāhin) semacam imam; kitab ini difahamkan umat Yahudi dan Kristian diturunkan kepada Nabi Musa sebagai panduan kahiniah (Ibrani: תורת כהנים torah kohanim "pengajaran para kahin") bersama jilid-jilid Alkitab yang lain - ia dipercayai ditujukan khusus kepada Nabi Harun dan anak-anaknya. Para cendekiawan moden memandangnya sebagai hasil sumber Kahiniah dari abad ke-5 SM.

Kitab Imamat
Orang Yahudi mempersembahkan korban untuk dibakar di mazbah

Kitab Imamat mengandungi hukum-hukum dan upacara kahiniah, tetapi secara amnya memperincikan perjanjian Tuhan dengan Israel seperti yang diceritakan dalam Kitab Kejadian dan Kitab Keluaran—yang dijelaskan dalam Taurat sebagai kesan-kesan daripada menjalin hubungan istimewa dengan Tuhan (Yahweh). Kesan-kesan ini dinyatakan dari segi hubungan dan tingkah laku masyarakat.

16 bab pertama dan satu bab terakhirnya membentuk Hukum Kahiniah yang menetapkan hukum-hukum kebersihan upacara, penyembahan dosa, dan Hari Penebusan, termasuk Bab 12 yang mewajibkan kaum lelaki berkhatan. Bab 17–26 mengandungi Hukum Kesucian yang merangkumi peringatan dalam bab 19 supaya "kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri" (Rukun Besar). Kitab ini banyak membincangkan "kekejian", khususnya larangan pemakanan dan seks. Umumnya, hukum-hukum ini diajukan kepada kaum Ibrani, kecuali beberapa larangan yang dikenakan sama rata kepada "orang-orang asing yang tinggal di tengah-tengah Israel."

Ringkasan

Kitab ini umumnya terdiri daripada dua bahagian yang mengandungi banyak mitzvot (rukun).

Bahagian pertama Imamat 1–16, dan Imamat 27, merangkumi sebahagian utama Hukum Kahiniah, yang memerikan butiran upacara dan penyembahan, serta butiran kebersihan dan kekotoran ketika upacara. Isi kandungannya seperti berikut:

  • Hukum-hukum tentang peraturan untuk pelbagai jenis korban (Imamat 1–7):
    • Korban bakaran, korban makanan, dan korban keselamatan (Imamat 1–3)
    • Korban dosa (untuk dosa tanpa niat), dan korban kesalahan (Imamat 4–5)
    • Tanggungjawab dan hak paderi mengenai penyembahan korban (Imamat 6–7)
  • Pengamalan hukum korban, dengan naratif pentahbisan Nabi Harun a.s. dan putera-puteranya (Imamat 8–10)
    • Korban pertama Nabi Harun demi diri dan rakyat jelata (Imamat 8-9)
    • Peristiwa "api" dibawa ke dalam Khemah oleh putera-putera Harun, Nadab dan Abihu, yang menyebabkan mereka berdua mati di tangan Yahweh kerana melakukannya (Imamat 10)
  • Hukum tentang bersih dan najis (Imamat 11–16)
    • Hukum tentang haiwan bersih dan najis (Imamat 11)
    • Hukum tentang kebersihan upacara selepas melahirkan anak (Imamat 12)
    • Hukum tentang tzaraath manusia, serta pakaian dan hutan, masing-masing diterjemahkan sebagai kudus, dan jamur (Imamat 13–14)
    • Hukum tentang bahan kumuhan (seperti darah, nanah, air mani, dsb.) dan pembersihannya (Imamat 15)
    • Hukum tentang hari penebusan kebangsaan, Yom Kippur (Imamat 16)
  • Hukum tentang mengabulkan kaul (Imamat 27)

Bahagian kedua, Imamat 17–26, dikenali sebagai Hukum Kesucian, dan amat menekankan kesucian dan para yang kudus. Ia mengandungi rukun-rukun yang bukan sahaja diajukan kepada para paderi, bahkan juga seluruh penganut. Ia bukan sekadar berbilang hukum-hakam. Isi kandungannya termasuk:

  • Hukum tentang pemujaan berhala, penyembelihan haiwan, haiwan yang mati, dan penggunaan darah (Imamat 17)
  • Hukum tentang perilaku seks—sumbang muhrim, kebinatangan, hubungan sama jantina di kalangan lelaki (ini pun dipertikaikan), hukum tentang sihir, dan Moloch (Imamat 18, dan juga Imamat 20, yang menyatakan hukumannya)
  • Hukum tentang dewa cair, korban keselamatan, sisa-sisa hasil tuai, penipuan, golongan pekak, buta, tua, dan miskin, meracuni perigi, kebencian, seks bersama hamba, menyakiti diri, bercukur, tatu, pelacuran, Shabbat, sihir, roh pujaan, orang asing, dan ukur timbang yang tepat (Imamat 19)
  • Hukum tentang para paderi/Putera-Putera Harun dan perilaku mereka, dan faktor-faktor yang boleh melarang seseorang menjadi paderi seperti mengalami kecacatan, kesakitan berpanjangan (sesiapa yang mengalami kekerdilan, penglihatan yang teruk, berbonggol, kerosakan buah pelir, berhidung leper, etc.), dan mengalami kecacatan yang melampau. Peraturan sebegini turut dikeluarkan bagi haiwan-haiwan yang ingin dikorbankan. (Imamat 21–22)
  • Hukum tentang sambutan pesta tahunan dan Shabbat (Imamat 23)
  • Hukum tentang mazbah setanggi (Imamat 24:1–9)
  • Hukum kes tentang seorang pengkufur yang direjam sampai mati, dan kegunaan lain bagi hukuman mati (Imamat 24:10–23), termasuk sesiapa yang ada "roh pujaan", anak yang menghina ibu bapanya (Imamat 20), dan hukum untuk pelacuran (Imamat 21)
  • Hukum tentang Shabbat, tahun Yobel dan perhambaan. (Imamat 25).
  • Penutup bahagian sebagai penegur yang menabur janji kepada yang taat kepada rukun-rukun ini, serta amaran dan ancaman kepada yang mengingkarinya, termasuklah menghantar haiwan liar untuk membaham anak-anak mereka. (Imamat 26:22)

Seluruh isi kandungan kitab ini dipercayai dapat disampaikan dalam masa sebulan, iaitu bulan pertama tahun kedua selepas Keluaran.

Nota

Rujukan

Lihat juga

Kitab Imamat
Didahului oleh
Keluaran
Kitab Ibrani Diikuti oleh:
Bilangan
Kristian
Perjanjian Lama


Tags:

Kitab Imamat RingkasanKitab Imamat NotaKitab Imamat RujukanKitab Imamat Lihat jugaKitab ImamatAlkitabBahasa ArabBahasa IbraniBahasa LatinBahasa YunaniBahasa Yunani KoineImamLewiNabi HarunNabi Musa a.s.Pinjam terjemahSeptuagintaTaurat

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kugiran MasdoFrekuensi radio di SarawakJumaat AgungTepung pelitaSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaPiala Dunia FIFA 2010Setelah Cinta Itu PergiIbu Tiri (filem)Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Pulau RedangNur FazuraIrma HasmieMeerqeenSejarah al-QuranHannah DelishaMolek FMJenis darahKata ganti diriImaginurAsbab al-nuzulElizabeth TanCongkakBendera MalaysiaBola sepakAgama BuddhaPenyelenggaraanDewan Rakyat MalaysiaSSC NapoliHang TuahPerlisNabi Lut a.s.Khamis PutihSerembanPitt HanifPantang larang MelayuKhir RahmanZara ZyaBak kut tehNombor perdanaKejuruteraan awamPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaPolitik balas budiAbdul Razak HusseinAsertifNabi Ya'akub a.s.Lencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaMuhyiddin YassinNombor dalam budaya CinaIbnu KhaldunTanda-tanda KiamatIsrafilAdnan Abu HassanMedia sosialSenarai haiwanFrekuensi radio di TerengganuCopa América 2021GhibahKesihatanPendidikan di MalaysiaKata adjektifToyota AgyaTunku Ismail ibni Sultan IbrahimKL GangsterPertubuhan Keselamatan SosialLee Chong WeiOne Cent ThiefAnna JoblingRaja Zarith SofiahBaju MelayuSunan Gunung JatiSyurgamu RamadhanSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaPuteri Gunung LedangKanun KeseksaanSolozDubrovnikUnifi TVBumiputera di Sabah🡆 More