Paul-Henri-Benjamin D'estournelles De Constant

Paul-Henri-Benjamin Balluet d'Estournelles, Baron de Constant de Rebecque (22 November 1852 – 15 Mei 1924), merupakan diplomat dan ahli politik Perancis, serta peguamcara timbang tara antarabangsa dan penerima Hadiah Keamanan Nobel 1909.

Paul-Henri-Benjamin d'Estournelles de Constant
Paul-Henri-Benjamin D'estournelles De Constant
Kelahiran
Paul-Henri-Benjamin Balluet d'Estournelles, Baron de Constant de Rebecque

22 November 1852
Meninggal dunia15 Mei 1924(1924-05-15) (umur 71)
WarganegaraPerancis
PekerjaanDiplomat, ahli politik
AnugerahHadiah Keamanan Nobel (1909)

Biografi

Estournelles de Constant dilahirkan di La Flèche (Sarthe) di lembah Loire dan cucu saudara kepada Benjamin Constant.

Selepas mempelajari undang-undang dan bahasa Timur di Lycée Louis-le-Grand, Paris, Estournelles de Constant telah memulakan kerjaya diplomatik pada tahun 1876. Antara jawatan diplomatik terawal beliau adalah di Montenegro, Empayar Uthmaniyah, Belanda, Great Britain, dan Tunisia; pada 1882 beliau kembali ke Paris untuk berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Kementerian Luar Negeri. Pada tahun 1890, beliau telah dihantar ke London sebagai chargé d'affaires Perancis di mana beliau memainkan peranan dalam mengelakkan perang dengan Britain atas pertikaian penjajahan. Kecewa dengan batasan perkhidmatan diplomatik, beliau bertanding untuk Parlimen Perancis pada tahun 1895. Pada tahun 1904, Estournelles de Constant bertanding dan memenangi kerusi Senat Perancis, di mana beliau berkhidmat sehingga akhir hayatnya.

Beliau merupakan ahli Mahkamah Tetap Timbang Tara dari tahun 1900. Beliau telah mewakili Perancis dalam Persidangan Keamanan Hague (1898 and 1907), dan menggariskan visi Kesatuan Eropah.

Estournelles de Constant benyak menulis berkaitan sejarah dan politik. Beliau turut menjadi penyumbang tetap kepada surat khabar Le Temps, La Revue de Paris, dan La Revue des deux mondes. Beliau mengahwini wanita Amerika, Daisy Sedgwick Berend dan banyak mengembara dan menulis berkaitan Amerika Syarikat.

Sumber

  • Jolly, Jean, dir. Dictionnaire des parlementaires français: Notices biographiques sur les ministres, députés et sénateurs français de 1889 à 1940. 6 vols. Paris: Presses universitaires de France, 1960–70.
  • "Paul Henri d'Estournelles de Constant—Biography".

Bacaan tambahan

  • Stéphane Tison (ed.), Paul d'Estournelles de Constant. Concilier les nations pour éviter la guerre (1878-1924), Rennes, Presses universitaires de Rennes, 2015.
  • Laurent Barcelo, Paul d'Estournelles de Constant : L'expression d'une idée européenne, Paris, L'Harmattan, 1995.

Pautan luar


Tags:

Paul-Henri-Benjamin D'estournelles De Constant BiografiPaul-Henri-Benjamin D'estournelles De Constant SumberPaul-Henri-Benjamin D'estournelles De Constant Bacaan tambahanPaul-Henri-Benjamin D'estournelles De Constant Pautan luarPaul-Henri-Benjamin D'estournelles De ConstantHadiah Keamanan NobelPerancis

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Lobak merahRisteena MunimDataran MerdekaOrang Melayu IndonesiaParti Rakyat India MalaysiaSherry AlhadadJean Retno AryaniZakar manusiaBidaraPiala Asia B-23 AFC 2018Emelda RosmilaMenara Berkembar PetronasTauhid RububiyahOne Cent ThiefAyob Khan Mydin PitchayImam MahdiSalomaArab SaudiFauzi NawawiPerempuan Itu (drama)Buah pelagaFaizal HusseinYusof HaslamDini SchatzmannPontianak Harum Sundal MalamLatKebudayaan MalaysiaRukun NegaraNa’im BrundageKata namaRentapAmir AhnafHubungan seksAiman Hakim RidzaSolat Sunat NikahZainol MacWilsonElly MazleinDzulkefly AhmadTakwim HijrahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalLimau purutSiti HariesaParti Islam Se-MalaysiaWilayah PersekutuanHadha min fadhle RabbiSunan Gunung JatiPerodua AxiaPuteri Gunung LedangP. RamleeJata MalaysiaPentaksiran Tingkatan TigaZahirah MacWilsonAngkatan Tentera MalaysiaMona FandeyJamrahKesultanan DemakShiqin KamalPulau PinangFrekuensi radio di JohorKedahSenarai model kereta ProtonBahasa ArabPerang BadarSenarai penerima darjah kebesaran negeri Terengganu 2023LabuanEtnik MelayuErnie ZakriKumpulan Rock MalaysiaPerkhidmatan awam di MalaysiaGayatri Su-Lin PillaiSejarah MalaysiaMarsyal TUDMSungai BulohSenarai Kementerian di MalaysiaPrabowo SubiantoPerjanjian HudaibiyahAssalamualaikum🡆 More