Pelayar Web Lynx: Rosdiablatiff01_Organization identity

Lynx ialah sebuah pelayar web teks yang mudah ditukar konfigurasinya bagi digunakan pada terminal komputer yang mengandungi sel yang dapat dicapai kursor.

Lynx merupakan pelayar web tertua yang masih diguna secara am dan yang masih dibangunkan, setelah direka pada tahun 1992 dan setakat 2013, 21 tahun kemudian, masih diguna dan dikembangkan.

Lynx (pelayar web)
Pelayar Web Lynx: Sejarah, Ciri-ciri, Lihat juga
Rencana Wikipedia dipaparkan dalam Lynx
Penulis asalLou Montulli, Michael Grobe, Charles Rezac
PembangunThomas Dickey
Keluaran asal1992 (1992)
status pengembanganAktif
Ditulis dalamISO C
Sistem pengendalianUnix, DOS, Microsoft Windows dan lain-lain
Enjinlibwww yang dicabangkan
PelantarRentas platform
Tersedia dalamBahasa Inggeris
Status pembangunanAktif
JenisPelayar web
LesenGNU
Laman sesawanglynx.invisible-island.net

Sejarah

Lynx merupakan produk Distributed Computing Group (Kumpulan Pengkomputeran Teragih) Universiti Kansas, dan pada mulanya dibangunkan oleh sekumpulan penuntut pada tahun 1992 (Lou Montulli, Michael Grobe and Charles Rezac) sebagai pelayar hiperteks yang digunakan khususnya bagi menyebar maklumat kampus sebagai sebahagian daripada Pelayan Maklumat Seluruh Kampus, bagi melayar ruang Gopher. Perisan Beta diumumkan pada 22 Julai 1992 di Usenet. Pada tahun 1993 Montulli menambah antara muka Internet dan mengeluarkan versi baharu pelayar (2.0).

Setakat Julai 2007 sokongan protokol komunikasi Lynx dilaksanakan dengan mengguna versi libwww yang tercabang, daripada pangkalan perpustakaan kod, pada tahun 1996. Protokol-protokol yang disokong termasuk Gopher, HTTP, HTTPS, FTP, NNTP dan WAIS. Sokongan buat NNTP ditambah kepada libwww daripada pembangunan Lynx pada tahun 1994. Sokongan bagi HTTPS ditambah daripada cabang kod libwww Lynx kemudian, yang pada mulanya kod tampung bagi menangani kerisauan tentang penyulitan.

Garrett Blythe mencipta DosLynx pada April 1994 dan kemudiannya menyertai pasukan pembinaan Lynx. Foteos Macrides banyak menyumbang bagi membuat port Lynx bagi sistem OpenVMS. Pada tahun 1995, Lynx dilesenkan di bawah lesen GPL dan sekarang ini diselenggara oleh sebuah kumpulan di bawah pimpinan Thomas Dickey.

ALynx ialah sebuah port Lynx untuk Amiga yang dibina P. Marquardt pada tahun 1995 dan versi stabil, versi 1.29, masih boleh didapati daripada Amiga Aminet Repository tempat simpanan fail-fail pengaturcaraan Amiga.

Ciri-ciri

Pelayar Web Lynx: Sejarah, Ciri-ciri, Lihat juga 
Lynx dan Firefox menampilkan halaman web yang sama

.

Pelayaran sesawang dengan Lynx dilakukan dengan menanda pautan yang dipilih dengan menggunakan kekunci kursor, ataupun dengan menomborkan kesemua pautan halaman dan memasukkan nombor pautan yang dipilih. Versi yang terdapat pada masa kini menyokong SSL dan banyak ciri HTML. Rajah diformat dengan menggunakan ruang, sementara kerangka dikenal pasti dengan kata dan dapat dijelajah seolah-olah kerangak itu halaman tercerai.

Lynx tidak dapat memaparkan kandungan bukan teks seperti imej dan video dengan sendirinya, tetapi ia boleh melancarkan program luaran, seperti alat lihat imej dan pemain video, yang mampu mengendalikan kandungan tersebut.

Berlainan dengan pelayar web lain, Lynx tidak menyokong JavaScript dan Adobe Flash, yang diperlukan untuk paparan sesetengah laman web.

Kelajuan pelayaran dengan menggunakan teks dapat dirasai apabila mengguna sambungan internet jalur rendah ataupun alat komputer yang sudah tua.

Ketercapaian

Pengguna kurang upaya penglihatan

Oleh sebab antara muka bagi paparan Braille dan teks-kepada-pertuturannya yang mesra pengguna, Lynx boleh digunakan bagi pencapaian Internet oleh pengguna kurang upaya penglihatan. Oleh sebab Lynx mengganti imej, kerangka dan kandungan bukan tekstual lain dengan teks daripada atribut-atribut HTML seperti alt, name dan title dan membolehkan penyorokan unsur-unsur antara muka pengguna, Lynx amat sesuai secara khususnya bagi digunakan sebagai perisian pembaca skrin am yang berkesan kos .

Privasi

Oleh sebab Lynx tidak menyokong fail grafik, pepijat sesawang yang menjejak maklumat pengguna tidak dapat bertapak; justeru, laman web dapat dibaca tanga kerisauan yang mengiringi pelayar web grafik. Namun Lynx menyokong kuki HTTP, yang juga dapat dih=gunakan bagi menjejak maklumat pengguna. Walau bagaimanapun, Lynx menyokong penyenaraian putih dan penyenaraian hitam, atau sebaliknya sokongan kuki boleh dilumpuhkan sama sekali.

Selari dengan itu, Lynx juga menyokong sejarah pelyaran dan pengagregatan halaman, yang boleh menimbulkan masalah privasi.

Lihat juga

  • Ketercapaian komputer
  • Links (pelayar web
  • ELinks
  • w3m
  • Perbandingan pelayar web
  • Garis masa pelayar web

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Pelayar Web Lynx SejarahPelayar Web Lynx Ciri-ciriPelayar Web Lynx Lihat jugaPelayar Web Lynx RujukanPelayar Web Lynx SumberPelayar Web Lynx Pautan luarPelayar Web LynxPelayar webTerminal komputer

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Politik balas budiSurah Al-InsyirahBugisPerdana Menteri MalaysiaBahasa Melayu SabahAbdul Hadi AwangManchester United F.C.Mustapha KamalKamal AdliFrekuensi radio di TerengganuAhli Sunah WaljamaahJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahKerajaan Bani AbbasiyahPeristiwa 13 MeiDaerah SegamatSultan PerakMay (kugiran)Senarai haiwanPilihan raya negeri Selangor 2023PetronasIsteri HalalZodiakNabi Adam a.s.Frekuensi radio di KedahAmar BaharinMegat SharizalUmar bin Al-KhattabStadium Petaling JayaProton SatriaSateHari PekerjaM. NasirJalaluddin HassanJean Retno AryaniPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Syafiq KyleKhairy JamaluddinCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahSyiahKajangBadarawuhi Di Desa PenariPuaka Cuti SemesterMisteri DilailaFrekuensi radio di PerakRogolZed ZaidiMedia sosialJepunUnifi TVKumpulan Rock MalaysiaAisha RetnoAzhar SulaimanHaidJanna NickPerak F.C.Siksa KuburPontianak Harum Sundal MalamMy Lovely DriverHantu dalam masyarakat MelayuProton PrevéAmy SearchMalaysia MadaniJambatan Pulau PinangNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaShaheizy SamPerjanjian HudaibiyahJambatan Angkat Kuala TerengganuTrisha OoiPeribahasa MelayuMuhamad Akmal SalehSenarai Surah Al-QuranKesultanan DemakSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaGambir SarawakSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiPak Ketipak KetipungYasmin Napper🡆 More