Kerajaan Beraja Perancis

Kerajaan Beraja Perancis (Perancis: Royaume de Francecode: fr is deprecated ) adalah sebuah kerajaan beraja pada zaman pertengahan dan moden awal yang terletak di Eropah Barat.

Ia merupakan negara pendahulu kepada Republik Perancis moden. Kerajaan Beraja Perancis adalah sebuah negara paling berkuasa di Eropah, sebuah kuasa besar sejak Zaman Pertengahan Akhir dan Perang Seratus Tahun. Ia juga adalah kuasa penjajah awal, dan mempunyai jajahan di seluruh dunia.

Kerajaan Beraja Perancis
Royaume de France
  • 987–1792
  • 1814–1815
  • 1815–1848
Bendera Perancis
Kerajaan Beraja Perancis
Jata (1589–1790) Perancis
Bendera Jata
(1589–1790)
Cogan kataMontjoie Saint Denis!
Lagu kebangsaanMarche Henri IV
"Marsa Henri IV"
Kerajaan Beraja Perancis pada tahun 1789.
Kerajaan Beraja Perancis pada tahun 1789.
Ibu negaraParis (900–1682)
Versailles (1682–1789)
Paris (1789–1791)
Bahasa yang umum digunakanLatin; Perancis dan dialek Romawi Gaul lain-lain; Lain-lain.
Agama
Katolik Rom
KerajaanMonarki feudal (zaman pertengahan)
Monarki Mutlak (moden awal)
Raja 
• 843–877
Karl II
• 987–996
Hugh Capet
• 1180–1223
Philip II dari Perancis
• 1589–1610
Henry IV
• 1643–1715
Louis XIV
• 1774–1791
Louis XVI
Perdana Menteri 
• 1589–1611
Maximilien Béthune (pertama)
• 1790–1791
Armand Marc (terakhir)
Badan perundanganEstates General
Era SejarahZaman Pertengahan / Moden Awal
• Perjanjian Verdun
10 Ogos 843
987–1328
1328–1589
1589–1791
5 Mei 1789
• Monarki Beperlembagaan diistiharkan
3 September 1791
Mata wangLivre, Franc,
Écu, Louis d'or
Kod ISO 3166FR
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Beraja Perancis Francia Barat
Kerajaan Beraja Perancis (1791–92) Kerajaan Beraja Perancis
Sekarang sebahagian dariKerajaan Beraja Perancis Perancis
Kerajaan Beraja Perancis Belgium
Kerajaan Beraja Perancis Luxembourg
Kerajaan Beraja Perancis Jerman
Kerajaan Beraja Perancis  Switzerland

Kerajaan ini dahulunya wujud berasal daripada Francia Barat (Francia Occidentalis), separuh bahagian barat daripada Empayar Carolus ekoran Perjanjian Verdun (843). Satu cabang dari dinasti yang memerintah empayar ini terus memerintah sehingga tahun 987, apabila Hugh Capet telah dipilih sebagai raja dan mengasaskan dinasti Capet. Wilayah ini kekali dikenali sebagai Francia dan pemerintahnya sebagai rex Francorum ("raja bagi orang Frank") sehingga Zaman Pertengahan Tinggi. Raja pertama yang memanggil diri beliau sebagai roi de France ("raja Perancis") adalah Philip II, pada tahun 1190. Perancis terus diperintah oleh pewaris Capet dan cabangnya iaitu Valois dan Bourbon sehingga sistem monarki dihapuskan pada tahun 1792 semasa Revolusi Perancis.

Perancis pada Zaman Pertengahan adalah sebuah negara tidak berpusat, dengan sistem monarki feudal. Di Brittany dan Catalonia (kini sebahagian daripada Sepanyol) kekuasaan raja Perancis tidak dirasai. Lorraine dan Provence merupakan negeri-negeri dalam Empayar Rom Suci dan tidak lagi menajdi sebahagian daripada Perancis. Awalnya, raja-raja Frankia Barat dipilih oleh bangsawan sekular dan paderi, tetapi kebiasaan pertabalan kepada anak lelaki sulung dari raja yang memerintah semasa masa raja masih hidup mewujudkan asas pewarisan kepada anak lelaki, yang mana menjadi peraturan dalam Undang-undang Salic. Semasa Zaman Pertengahan, Raja England menuntut takhta Perancis, mengakibatkan sebuah siri peperangan yang dikenali sebagai Perang Seratus Tahun (1337–1453). Selepas itu, Perancis cuba melebarkan pengaruhnya ke Itali, tetapi telah dikalahkan oleh Sepanyol semasa Perang Itali (1494–1559).

Perancis pada Zaman Moden Awal mula berpusat; bahasa Perancis mula digunakan dan mengantikan bahasa-bahasa lain dalam kegunaan rasmi, dan sistem monarki mendapat kuasa mutlak, meskipun sistem pentadbiran (Ancien Régime) disukarkan oleh sejarah dan ketidakseragaman dalam percukaian wilayah, undang-undang, kehakiman, dan pembahagian paderi, dan prerogatif tempatan. Perancis yang beragama mula berpecah kepada majoriti Katolik dan minoriti Protestant iaitu golongan Huguenot. Selepas beberapa siri perang saudara, Perang Agama (1562–1598), toleransi telah diberikan kepada Huguenot seperti yang tercatat dalam Edik Nantes. Perancis mununtut sebahagian besar wilayah Amerika Utara, yang dikenali sebagai New France. Perang dengan Great Britain menyebabkan kehilangan banyak wilayah ini pada menjelang tahun 1763. Campurtangan Perancis semasa Perang Revolusi Amerika telah membantu kemerdekaan Amerika Syarikat.

Kerajaan Beraja Perancis menerima pakai perlembagaan bertulis pada tahun 1791, tetapi kerajaan ini kemudian dibubarkan setahun kemudian dan digantikan dengan Republik Perancis Pertama. Monarki dipulihkan semula oleh kuasa-kuassa besar lain pada tahun 1814 dan bertahan (kecuali semaa Seratus Hari pada tahun 1815) sehingga Revolusi Perancis pada tahun 1848.

Jajahan dan wilayah

Kerajaan Beraja Perancis 
Francia Barat semasa zaman Hugh Capet. Daerah Diraja ditandakan dalam warna biru
Kerajaan Beraja Perancis 
Kerajaan Beraja Perancis pada tahun 1030 (Daerah Diraja berwarna biru muda)
Kerajaan Beraja Perancis 
Perkembangan wilayah di bawah Philip August (Philip II), 1180–1223

Sebelum kurun ke-13, hanya sebahagian kecil wilayah yang kini berada dalam negara Perancis berada di bawah kawalan raja Frank; di utara adalah wilayah Viking yang menubuhkan Duchy Normandy; di barat, Count Anjou wujud sebagai sebuah pesaing yang berkuasa, yang mana pada akhir kurun ke-11 telah memerintah "Empayar Angev", yang mana termasuk Kerajaan Beraja England. Apabila Perancis berada di bawah kekuasaan Philip II dari Perancis, sebahagian besar wilayah Francia Barat berada di bawah kawalan raja-raja Frank, dan Philip merupakan raja pertama yang mengelar diri beliau sebagai "Raja Perancis" (1190). Pembahagian Perancis di antara raja-raja Angev (Plantagenet) dari England dan raja-raja Capet dari Perancis menyebabkan Perang Seratus Tahun, yang mana Perancis telah berjaya mendapatkan semula penguasaan ke atas wilayah asalnya pada pertengahan kurun ke-15. Bahagian yang kini terletak di timur Perancis (Lorraine, Arelat) bukan merupakan sebahagian daripada Francia Barat dan hanya dimasukkan ke dalam kerajaan ini pada zaman moden awal.

Wilayah yang diwarisi daripada Francia Barat:

    Kerajaan Beraja Perancis  Daerah di bawah raja Frank (daerah diraja atau demesne, lihat Tanah Takhta Perancis)
    Vasal di bawah raja Perancis pada kurun ke-10 sehingga kurun ke-12:
    • Kerajaan Beraja Perancis  Kaunti Champagne (dimasukkan ke dalam daerah diraja pada tahun 1316)
    • Kerajaan Beraja Perancis  Kaunti Blois (dimasukkan ke dalam daerah diraja pada tahun 1391)
    • Kerajaan Beraja Perancis  Duchy Burgundy (sehingga tahun 1477, kemudian dipecahkan kepada Perancis dan Habsburgs)
    • Kerajaan Beraja Perancis  Kaunti Flanders (kepada Burgundy pada tahun 1369)
    • Kerajaan Beraja Perancis  Duchy Bourbon (1327–1523)

Perolehan pada kurun ke-13 dan kurun ke-14:

  • Duchy Normandy (1204)
  • Kaunti Tourain (1204)
  • Kaunti Anjou (1225)
  • Kaunti Maine (1225)
  • Kaunti Auvergne (1271)
  • Kerajaan Beraja Perancis  Kaunti Toulouse (1271), termasuk:
  • Kerajaan Beraja Perancis  Kaunti Champagne (dimasukkan ke dalam daerah diraja pada tahun 1316)
  • Kerajaan Beraja Perancis  Dauphiné (1349), pegangan pusaka kepada raja-raja Perancis, diwarisi oleh bakal raja, tetapi dari segi teknikalnya bukan sebahagian daripada kerajaan beraja Perancis oleh kerana masih sebahagian besar berada dalam Empayar Suci Rom.
  • Kerajaan Beraja Perancis  Kaunti Blois (dimasukkan ke dalam daerah diraja pada tahun 1391)

Perolehan daripada raja-raja Plantagenet di England dengan kemenangan Perancis dalam Perang Seratus Tahun pada tahun 1453

  • Duchy Aquitaine (Guyenne), termasuk:
    • Kerajaan Beraja Perancis  Kaunti Poitou
    • Kerajaan Beraja Perancis  Kaunti La Marche
    • Kerajaan Beraja Perancis  Kaunti Angoulême
    • Kerajaan Beraja Perancis  Kaunti Périgord
      • Kaunti Velay
    • Kerajaan Beraja Perancis  Kaunti Saintonge
    • Kerajaan Beraja Perancis  Viscounty Limousin
    • Kerajaan Beraja Perancis  Ketuanan Issoudun
    • Ketuanan Déols
    • Duchy Gascogne (Gascony)
      • Kaunti Agenais
  • Kerajaan Beraja Perancis  Duchy Bretagne (dipertikaikan sejak Perang Pewarisan Breton, kepada Perancis pada tahun 1453, ke dalam wilayah diraja pada tahun 1547)

Perolehan selepas penghujung Perang Seratus Tahun:

  • Kerajaan Beraja Perancis  Duchy Burgundy (1477)
  • Kerajaan Beraja Perancis  Pale Calais (1558)
  • Kerajaan Beraja Perancis  Kerajaan Beraja Navarre (1620)
  • Kerajaan Beraja Perancis  Kaunti Artois (1659)
  • Roussillon dan Perpignan, Montmédy and other parts of Luxembourg, sebahagian daripada Flanders, termasuk Arras, Béthune, Gravelines dan Thionville (Perjanjian Pyrenees 1659)
  • Kerajaan Beraja Perancis  Alsace: Perdamaian Westfalen (1648), Perjanjian Nijmegen, Perjanjian Damai Sementara Ratisbon (1684)
  • Kerajaan Beraja Perancis  Kaunti Merdeka Burgundy (1668, 1679)
  • Hainaut Perancis (1679)
  • Kerajaan Beraja Perancis  Prinsipaliti Orange (1713)
  • Kerajaan Beraja Perancis  Duchy Lorraine (1766)
  • Penaklukan Perancis ke atas Corsica (1769)
  • Kerajaan Beraja Perancis  Comtat Venaissin (1791)

Lihat juga

  • Perancis pada Zaman Pertengahan
  • Perancis pada Zaman Moden Awal
  • Sejarah ekonomi di Perancis

Rujukan

  • Beik, William. A Social and Cultural History of Early Modern France (2009) excerpt and text search
  • Caron, François. An Economic History of Modern France (1979) online edition
  • Doyle, William. Old Regime France: 1648–1788 (2001) excerpt and text search
  • Duby, Georges. France in the Middle Ages 987–1460: From Hugh Capet to Joan of Arc (1993), survey by a leader of the Annales School excerpt and text search
  • Fierro, Alfred. Historical Dictionary of Paris (1998) 392pp, an abridged translation of his Histoire et dictionnaire de Paris (1996), 1580pp
  • Goubert, Pierre. The Course of French History (1991), standard French textbook excerpt and text search; also complete text online
  • Goubert, Pierre. Louis XIV and Twenty Million Frenchmen (1972), social history from Annales School
  • Haine, W. Scott. The History of France (2000), 280 pp. textbook. and text search; also online edition
  • Holt, Mack P. Renaissance and Reformation France: 1500–1648 (2002) excerpt and text search
  • Jones, Colin, and Emmanuel Le Roy Ladurie. The Cambridge Illustrated History of France (1999) excerpt and text search
  • Jones, Colin. The Great Nation: France from Louis XV to Napoleon (2002) excerpt and text search
  • Jones, Colin. Paris: Biography of a City (2004), 592pp; comprehensive history by a leading British scholar excerpt and text search
  • Le Roy Ladurie, Emmanuel. The Ancien Régime: A History of France 1610–1774 (1999), survey by leader of the Annales School excerpt and text search
  • Potter, David. France in the Later Middle Ages 1200–1500, (2003) excerpt and text search
  • Potter, David. A History of France, 1460–1560: The Emergence of a Nation-State (1995)
  • Price, Roger. A Concise History of France (1993) excerpt and text search
  • Raymond, Gino. Historical Dictionary of France (2nd ed. 2008) 528pp
  • Roche, Daniel. France in the Enlightenment (1998), wide-ranging history 1700-1789 excerpt and text search
  • Wolf, John B. Louis XIV (1968), the standard scholarly biography online edition

Sejarah

  • Gildea, Robert. The Past in French History (1996)
  • Nora, Pierre, ed. Realms of Memory: Rethinking the French Past (3 vol, 1996), essays by scholars; excerpt and text search; vol 2 excerpts; vol 3 excerpts
  • Pinkney, David H. "Two Thousand Years of Paris," Journal of Modern History (1951) 23#3 pp. 262–264 in JSTOR
  • Revel, Jacques, and Lynn Hunt, eds. Histories: French Constructions of the Past (1995). 654pp, 64 essays; emphasis on Annales School
  • Symes, Carol. "The Middle Ages between Nationalism and Colonialism," French Historical Studies (Winter 2011) 34#1 pp 37–46
  • Thébaud, Françoise. "Writing Women's and Gender History in France: A National Narrative?" Journal of Women's History (2007) 19#1 pp. 167–172 in Project Muse

Templat:France topics

Tags:

Kerajaan Beraja Perancis Jajahan dan wilayahKerajaan Beraja Perancis Lihat jugaKerajaan Beraja Perancis RujukanKerajaan Beraja Perancis Bacaan lanjutKerajaan Beraja PerancisBahasa PerancisEropah BaratPerang Seratus TahunRepublik Perancis

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nabila HudaAwiePendidikan di IndonesiaUniversiti Utara MalaysiaNasi lemakJam 24 jamTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahTikTokBajauHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007MelakaRizky NazarCik ManggisBangladeshLaluan Kelana JayaKristianKementerian Kesihatan MalaysiaKerajaan MataramBank Negara MalaysiaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiTrisha OoiGayatri Su-Lin PillaiManchester United F.C.Kasih Iris LeonaAdnan bin SaidiAisyah Abu BakarZiana ZainCiri-ciri orang munafikCibaiSenarai model kereta ProtonSolatRahsia (filem 2023)LengkuasPantang larang MelayuSejarah MelakaHolokusSearch (kugiran)Nike ArdillaAzhar SulaimanBola jaringRazarudin HusainNasi goreng (Nusantara)KKN di Desa Penari (filem)Kesultanan GowaKesan rumah hijauZarina ZainoordinPokok MambuAdiraZakar manusiaKecerdasan buatanMay (kugiran)Tuanku MuhrizFalsafahSlot AkasiaAzad JasminAnna JoblingDewan Negeri SelangorSultan Iskandar ibni Sultan IsmailZodiakBaju MelayuFrekuensi radio di PahangPerjanjian HudaibiyahWahabiKesan perubahan iklimMasya-AllahPerceraian dalam IslamNusantaraHari PekerjaKelantan Darul Naim F.C.Nadhir NasarSingapura Dilanggar TodakRatu SofyaSaleemSalasilah keturunan Nabi MuhammadSudirman (penyanyi)Kota KinabaluHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan Malaysia🡆 More