Januari

Januari merupakan bulan pertama dalam setahun dikira dalam takwim Gregorius.

01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31  
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember

Bulan ini mempunyai 31 hari.

Bulan ini rata-rata merupakan bulan terdingin sepanjang tahun dalam sebahagian besar hemisfera utara (sebagai bulan kedua musim sejuk) dan bulan terpanas sepanjang tahun dalam sebajagian besar Hemisfera Selatan (sebagai bulan kedua musim panas). Di belahan bumi Selatan. Januari bermula pada hari yang sama dengan bulan Oktober pada tahun biasa dan bulan April dan Julai pada tahun lompat.

Hari pertama bulan ini, 1 Januari disambut sebagai Hari Tahun Baru merupakan cuti am di kebanyakan negara termasuk alam Nusantara.

Peristilahan

"Januari" menyerap bahasa Latin iaitu Ianuarius terbitan nama Ianus iaitu dewa pintu, permulaan dan peralihan dipercayai masyarakat Rom purba; nama dewa ini turut merupakan akar asal perkataan "jendela" melalui perkaitan dengan janua, "pintu" memunculkan kata terbitan januella "pintu kecil" yang diturunkan kepada bahasa Portugis sebagai janela terserap ke dalam bahasa Melayu.

Kawasan-kawasan dalam Selatan Thailand seperti Pattani dan Menara menggunakan nama "Makarakom" (Jawi: مكراكوم, menyerap Bahasa Thai: มกราคม mákàraa-khom) dalam urusan persuratan rasmi kerajaan dalam negara tersebut selari dengan takwim rasmi digunakan; ia dinamakan sempena cerapan rasi Kambing Duyung dilambangkan makhluk makara.

Pentarikhan

Bulan ini mula diwujudkan berikutan pengubahan takwim Romawi asal yang terdiri dari 10 bulan 304 hari sebelum dipercayai ditambahkan dua bulan baharu termasuk bulan ini serta Februari sambil menggantikan Mac sebagai bulan penghulu oleh Romulus pada 713 SM.

Theodor Mommsen mencatatkan bahawa penghulu tahun takwim Rom ditetapkan pada 1 Januari pada 600 AUC (bersamaan 153 SM) akibat kejadian di Perang Lusitania di mana seorang panglima Lusitania bernama Punicus menyerbu wilayah Romawi, mengalahkan dua gabenor serta membunuh pasukan tentera mereka, maka pihak Senat memutuskan mengirim konsul ke Hispania yang dijawatkan "dua bulan setengah sebelum waktu rasmi" (yakni 15 Mac).

Rujukan


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tags:

BulanHariTahunTakwim Gregorius

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

InflasiBendera PalestinParlimen MalaysiaSultan Sharafuddin Idris ShahMarissa YasminMedia sosialKumpulan Wang Simpanan PekerjaKelurR.A. KartiniPakatan HarapanShaharuddin ThambyPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalNur FathiaHaqimi Azim RosliJam 24 jamSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaAyamSharnaaz AhmadHari Buku SeduniaSijil Pelajaran MalaysiaMierul AimanProton SagaNabila HudaMenara Berkembar PetronasJenis darahNusyuzAsertifKlangShiqin KamalCerita Rakyat MalaysiaKota BharuSolatMegat SharizalTengku Zafrul Abdul AzizPrivate BodyguardOrang LampungBukan Kahwin PaksaAkut (perubatan)Nabi Sulaiman a.s.Syamsul YusofKetupatKetua Menteri MelakaBaju MelayuMelur Untuk Firdaus (musim 2)Frekuensi radio di PahangPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaRita NadiraHelikopter penyerangHari BumiPeribahasa MelayuBeto KusyairyMetodologiFunanWudukRacun RihannaAhli Sunah WaljamaahWings (kumpulan muzik Malaysia)Teknologi hijauYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Hassan MaricanRejimen Askar Melayu DiRajaPahamin RajabDatuk (gelaran)Tok JanggutNegeri-negeri Melayu BersekutuSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahBaju tradisional MelayuTugu NegaraIbanKugiran MasdoOh My Ceria!PukimakBrendan GanKucing pasirKetumBulan Bahasa Kebangsaan🡆 More