Thailand Selatan

Thailand Selatan merupakan sebahagian kawasan di Thailand yang bersempadan dengan Semenanjung Malaysia.

Ia terdiri daripada 14 buah wilayah, antaranya Wilayah Narathiwat, Wilayah Pattani, Wilayah Yala, Wilayah Songkhla dan Wilayah Satun.Kawasan ini didominasi oleh etnik Melayu dan terdapat juga sebahagian kecil etnik Thai

Thailand Selatan
Thailand Selatan

Perbandingan Nama dalam Bahasa Thai dan Melayu

No. Nama (Inggeris) Nama (Thai) Nama (Jawi) Nama (Rumi)
PetaThailand Selatan 
1. Chumphon ชุมพร جومبرا Jumbara
2. Krabi กระบี่ کرمبيت Kerambit
3. Nakhon Si Thammarat นครศรีธรรมราช ليݢور Ligor / Negara Sri Dharmaraja
4. Narathiwat นราธิวาส منارا Menara
5. Pattani ปัตตานี ڤطاني Pantai Ini
6. Phang Nga พังงา بوڠا Bunga
7. Phatthalung พัทลุง بدلوڠ Bedalung
8. Phuket ภูเก็ต بوکيت Bukit
9. Ranong ระนอง روندوڠ Rundung
10. Satun สตูล ستول Setul
11. Songkhla สงขลา سيڠݢورا Singgora
12. Surat Thani สุราษฎร์ธานี جاي Cahaya
13. Trang ตรัง ترڠ Terang
14. Yala ยะลา جالا Jala

Sejarah

Perjanjian Bangkok 1909

Pada 9 Julai 1909 Gabenor Negeri-negeri Selat telah mewakili British telah berjumpa dengan Kerajaan Siam di Bangkok bagi menyelesaikan masalah negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Ketika itu kerajaan Siam telah menjajah negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Pattani, Yala dan Narathiwat memang dibawah pentadbiran kerajaan Siam.

Melalui Perjanjian Bangkok 1909 itu, kerajaan Siam menyerahkan negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Governor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam.

Antara syarat perjanjian ialah Kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik Daerah Hulu Perak yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada Kerajaan Negeri Perak. Istiadat penyerahan itu telah dilangsungkan di Kroh, pada 16 Julai 1909.

  • Kerajaan Perak diwakili oleh :
  1. Wan Muhammad Isa, Orang Kaya Menteri
  2. Wan Muhammad Salleh, Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja.
  3. E.W. Birch, Residen British Perak.
  4. A.S. Jelf MCS, Penolong Setiausaha kepada Residen British Perak.
  5. H. Berkeley, Hakim Daerah Hulu Perak
  6. G. Simpson, Merinyu Polis Kuala Kangsar
  7. J.D. Kemp, Pengurus Rahman Hydrolic Tin Limited, Klian Intan.
  • Kerajaan Siam diwakili oleh Keluong Wan Husain, pembesar Siam di Betong.
  • Kerajaan British diwakili oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) yang berpusat di Singapura.

Krisis

Thailand Selatan 
Provinsi-provinsi penduduk Muslim teramai di selatan Thai.

Sejak akhir-akhir ini pergolakan sering berlaku seperti di Kampung Sungai Padi, Takbai dan lain-lain kawasan. Beberapa tindakan oleh Perdana Menteri Thailand, Thaksin Sinnawatra yang menguatkuasakan undang-undang darurat dan penggunaan tindakan ketenteraan bagi memburu 'pengganas Islam' menyebabkan ramai penganut agama Islam dan Buddha terbunuh. Tragedi di Masjid Krisek mengorbankan ratusan nyawa.

Pentadbiran

Peta No. Nama Nama (Thai) Keluasan Jumlah penduduk Kepadatan GPP (THB) (2007) GPP/kapita (2007)
Thailand Selatan 
1. Chumphon ชุมพร 6,009.00 485,713 80.83 45,580 92,192
2. Krabi กระบี่ 4,708.00 417,735 88.73 41,383 108,629
3. Nakhon Si Thammarat นครศรีธรรมราช 9,942.50 1,512,249 152.10 123,614 73,960
4. Narathiwat นราธิวาส 4,475.00 718,724 160.61 46,468 62,625
5. Pattani ปัตตานี 1,940.40 641,187 330.44 39,534 59,618
6. Phang Nga พังงา 4,170.00 250,079 59.97 29,828 114,988
7. Phatthalung พัทลุง 3,423.50 504,470 147.36 33,259 60,677
8. Phuket ภูเก็ต 543.00 325,586 599.61 62,055 214,621
9. Ranong ระนอง 3,298.00 191,744 58.14 17,309 94,640
10. Satun สตูล 2,479.00 287,866 116.12 27,217 97,614
11. Songkhla สงขลา 7,393.90 1,329,635 179.69 168,611 119,620
12. Surat Thani สุราษฎร์ธานี 12,891.50 981,595 76.14 122,398 125,651
13. Trang ตรัง 4,917.50 614,222 124.91 62,912 94,863
14. Yala ยะลา 4,521.10 474,559 104.97 39,198 84,614

Lihat juga

Rujukan

  • Suthiwong Pongpaiboon. Southern Thai Cultural Structures and Dynamics Vis-à-vis Development. ISBN 974-9553-75-6.

Tags:

Thailand Selatan Perbandingan Nama dalam Bahasa Thai dan MelayuThailand Selatan SejarahThailand Selatan PentadbiranThailand Selatan Lihat jugaThailand Selatan RujukanThailand SelatanOrang Melayu ThaiOrang ThaiSemenanjung MalaysiaWilayah NarathiwatWilayah PattaniWilayah SatunWilayah SongkhlaWilayah Yala

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Malayan UnionPangkat tenteraSenarai model kereta ProtonKadazan-DusunTulisan JawiOne Cent ThiefJodoh SyaitanKerana Dia SukaMark AdamHadha min fadhle RabbiXPDCPutrajayaSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaWan Azizah Wan IsmailRespirasi selOlahragaIwan SyahmanSyed Mokhtar Al-BukharyPerakKapal terbangPerlisMenteri Pertahanan MalaysiaPuchong, SelangorBintara KananNabi Adam a.s.Kementerian Pendidikan MalaysiaSultanah Nur Diana Petra AbdullahAedy AshrafHukuman matiKota BharuGolongan kata (bahasa Melayu)Genting HighlandsSungai PetaniDaerah di SabahCapriceSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaPeraturan bola jaringRiena DianaDemografi MalaysiaKu FaridahMatlamat Pembangunan MampanJepunTalbis IblisOrganisasi tenteraGunung KinabaluPandemik COVID-19 di MalaysiaAbby AbadiPerang PadriJohor Darul Ta'zim F.C.Abdul Razak HusseinIntegritiTaman Tasik TitiwangsaKuantanRisteena MunimPeribahasa MelayuPilihan raya umum Malaysia 2022Lencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaCarles PuigdemontJam 24 jamSultan Nazrin Muizzuddin ShahGayatri Su-Lin PillaiHero RemajaSalahuddin al-AyyubiHinduismeMinal 'Aidin wal-FaizinMira FilzahBaba dan NyonyaSultan Mizan Zainal AbidinSenarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukJabatan Perangkaan MalaysiaShaheizy SamKetua Polis Negara MalaysiaAdiraKelurPenjodoh bilangan bahasa MelayuTengku Ismail Leon PetraPegawai memerintah🡆 More