1554 - Kebakaran besar terjadi di Eindhoven, Belanda.
1675 - Pertempuran Colmar: tentera Perancis menumpaskan Brandenburg.
1757 - Louis XV dari Perancis terlepas dari dibunuh oleh Robert–François Damiens, orang terakhir yang dihukum mati secara menggerunkan untuk jenayah pembunuhan raja di Perancis.
1913 - Perang Balkan Pertama: Dalam Pertempuran Laut Lemnos, laksamana Greece Pavlos Kountouriotis mengusir armada Turki dari markasnya di Selat Dardanelles.
1918 - Jawatankuasa Bebas demi Keamanan Buruh Jerman, yang kemudiannya dikenali sebagai Parti Nazi, diasaskan.
1925 - Nellie Tayloe Ross dari Wyoming menjadi gabenor negeri wanita pertama di Amerika Syarikat.
1927 - Tunku Ibrahim ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Regent Kedah menitahkan Encik Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arshad menulis buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article 5 Januari, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses. ®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.