Tumpahan Minyak Teluk Mexico 2010

Tumpahan minyak Teluk Mexico 2010 (juga dirujuk sebagai tumpahan minyak Deepwater Horizon atau tumpahan minyak BP) berlaku pada 20 April 2010 jam 10 malam selepas satu letupan pada pelantar carigali minyak Deepwater Horizon di luar pantai Louisiana di Teluk Mexico.

Tumpahan minyak ini dianggap tumpahan luar pantai terbesar dalam sejarah A.S. dan antara tumpahan minyak terbesar di dunia. 11 daripada 126 pekerja pelantar mati manakala 17 lagi cedera. Pada 15 Julai 2010, BP menyatakan yang kebocoran itu telah dihentikan dengan menutup kepala telaga yang terbabit, walalupun terdapat risiko perubahan tekanan besar boleh menyebabkan kebocoran baru di dasar laut. Penggalian telaga pelega untuk menutup telaga ini secara kekal sedang dijalankan.

Tumpahan minyak Deepwater Horizon
Tumpahan Minyak Teluk Mexico 2010
Tumpahan minyak dilihat daripada satelit Terra NASA pada 24 Mei 2010
LokasiTeluk Mexico berhampiran Delta Sungai Mississippi
Koordinat28°44′12″N 88°23′14″W / 28.73667°N 88.38716°W / 28.73667; -88.38716 88°23′14″W / 28.73667°N 88.38716°W / 28.73667; -88.38716
Tarikh20 April 2010 – kini (5112 hari)
Penyebab
SebabPancutan kepala telaga
Korban11 mati
17 cedera
OperatorTransocean di bawah kontrak BP
Ciri-ciri tumpahan
IsipaduSehingga 100,000 tong (4,200,000 US gallon; 16,000 cubic metre) sehari
Keluasan2,500 hingga 9,100 bt2 (6,500 hingga 23,600 km2)

Tumpahan minyak

CNBC melaporkan tumpahan minyak berlaku sekurang-kurangnya 6.500 km persegi. Kebocoran paip minyak berlaku pada kedalaman 1.500 meter di bawah paras laut. Kira-kira 790,000-4,000,000 liter minyak mentah berwarna hitam melimpah keluar setiap hari. industri perikanan , industri pelancongan, dan habitat beratus-ratus jenis burung di Teluk Mexico pasti akan terjejas.

Kapal minyak Horizon Deepwater itu panjangnya 121 m dan lebarnya 78 m dan boleh beroperasi di kedalaman maksimum 9100 m. Dibangun oleh Hyundai Heavy Industries di Korea Selatan pada 2001. Pelantar dimiliki oleh Transocean Ltd dan disewakan kepada BP sehingga September 2013.Ketika letupan, pelantar berada di BP Mississippi Canyon Blok 252 , disebut sebagai 'Prospek Macondo , di Amerika Syarikat sektor Teluk Mexico, sekitar 66 km lepas pantai Louisiana.

Kerja mengawal tumpahan minyak

Syarikat BP membangunkan medan minyak "Macondo Prospect" daripada Transocean Ltd. Kerajaan Amerika Syarikat menamakan syarikat multinasional British Petroleum (BP) sebagai pihak utama yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak itu.

Cubaan pertama menghentikan tumpahan ini ialah dengan menggunakan kenderaan bawah laut kawalan jauh untuk menutup injap pencegah pancutan pada kepala telaga; namun gagal. Cubaan kedua pada 6 Mei 2010 ialah dengan meletakkan kubah pembendung dan menyalurkan minyak ke dalam kapal tangki. Kaedah ini pertama kali digunakan bagi menutup saluran pada kedalaman 1.5 kilometer di dasar laut. Ia juga gagal apabila hablur hidrat metana yang terbentuk menyekat paip. Cubaan seterusnya melibatkan pengepaman bendalir gerudi berat ke dalam pencegah pancutan untuk mengehadkan kadar saliran minyak sebelum menutupnya dengan simen. Ia juga gagal.

Yang lebih berjaya ialah proses meletakkan tiub sisipan penaik ke dalam paip yang bocor. Terdapat sesendal ala penyumbat di sekeliling tiub yang memalam hujung penaik dan menyalurkan aliran minyak ke dalam tiub. Gas yang berjaya dikumpul dinyalakan manakala minyak disimpan pada kapal gerudi Discoverer Enterprise.

Seterusnya pada 10 Julai, tudung pembendungan sementara digantikan dengan suatu tudung yang lebih baik. Pada 15 Julai BP menguji keutuhan telaga dengan menutup paip yang menyalurkan sebahagian minyak ke kapal, supaya daya penuh pancuran minyak menekan tudung tersebut. Pada hari yang sama, BP menyatakan yang kebocoran itu berjaya dihentikan selepas semua injap ditutup. Bagaimanapun, tudung ini bukan penyelesaian kekal dan kerja-kerja penggalian telaga pelega sedang dijalankan, kerana terdapat risiko perubahan tekanan besar boleh menyebabkan kebocoran baru di dasar laut.

Siasatan

Penyalahan

Pada 5 Januari 2011, suruhanjaya tumpahan minyak Rumah Putih mengeluarkan laporan akhir yang memberikan butiran kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat terbabit sehingga tertumpah minyak. Panel ini mendapat bahawa BP, Halliburton, dan Transocean telah cuba bekerja secara lebih murahan, maka inilah yang membantu mencetuskan letupan dan kebocoran yang menyusulinya. Laporan itu menyatakan: "Sama ada sengaja atau tidak, kebanyakan keputusan yang diambil oleh BP, Halliburton, dan Transocean yang meningkatkan risiko letupan Macondo jelas menjimatkan masa (dan wang) yang cukup bagi syarikat-syarikat terbabit." BP mengeluarkan kenyataan balas terhadap hal ini dengan berkata, "Sebelum kata putus siasatan suruhanjaya pun, BP melakukan perubahan besar yang direka untuk memperkuatkan pengurusan keselamatan dan risiko." Bagaimanapun, Transocean menyalahkan BP kerana membuat keputusan sebelum berlakunya letupan, dan juga para pegawai kerajaan kerana membenarkan keputusan tersebut. Halliburton berkata pihaknya hanya bertindak atas arahan BP ketika menyisipkan simen ke dalam dinding telaga. Halliburton turut menyalahkan pegawai kerajaan dan BP, yanf dikritiknya kerana gagal menjalankan ujian log kerekatan simen.

Di dalam laporan, BP secara khusus dituduh melakukan sembilan kesalahan. Antaranya ia tidak menggunakan alat diagnosis untuk mengukur kekuatan simen. Selain itu ia tidak menghiraukan ujian tekanan yang telah gagal. Ia juga tidak menyumbat paip dengan simen. Kajian itu bagaimanapun tidak meletakkan kesalahan pada mana-mana peristiwa ini. Sebaliknya, ia berakhir dengan menyalahkan pengurusan Macondo:

Panel juga mencatatkan yang pemantau kerajaan tidak memiliki pengetahuan cukup atau kuasa untuk perasan keputusan pemotongan kos.

Perbandingan

  • Tumpahan minyak Exxon Valdez 1989 merupakan tumpahan minyak terburuk di Amerika Syarikat.

Rujukan

Tags:

Tumpahan Minyak Teluk Mexico 2010 Tumpahan minyakTumpahan Minyak Teluk Mexico 2010 Kerja mengawal tumpahan minyakTumpahan Minyak Teluk Mexico 2010 SiasatanTumpahan Minyak Teluk Mexico 2010 PerbandinganTumpahan Minyak Teluk Mexico 2010 RujukanTumpahan Minyak Teluk Mexico 2010BPDeepwater HorizonLouisianaTeluk Mexico

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Tuanku MuhrizMedia sosialSaleemSultan Nazrin Muizzuddin ShahOne Cent ThiefKhunsaSenarai Saintis IslamLaila NasirTurkiKetumbarFattah AminAli bin Abi TalibLiga Super Malaysia 2024–25Serangan jantungTerengganuUniversiti Teknologi MARAKota BharuNadia BrianAnak BapakSejarah orang Yahudi di MalaysiaNaim DanielAmelia HendersonPerempuan Itu (drama)Wan Ji Wan HussinAbdul Razak HusseinSunan KalijagaGerhana matahariBadmintonSyed Mokhtar Al-BukharyDiego MaradonaReading, BerkshireEnglandFalsafahBola sepakSingapuraPembukaan Kota MekahPersekutuan Pengakap MalaysiaProton WajaPerang Dunia PertamaHannah DelishaKlangNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaHero Seorang Cinderella 2Nabi Isa a.s.Astro (syarikat)Aliff Syukri KamarzamanRuhainiesSyafiq KyleZodiakJibrailProton Exora100 PLUSJohorAsmadi Mohamed NaimSenarai bandar bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiMajapahit17 RamadanShaheizy SamSyiahMYTV BroadcastingHamidah WahabMakkahArgentinaUniversiti Kebangsaan MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaNegeri PalestinJohor Darul Ta'zim F.C.Pemboleh ubahAeril ZafrelSaint PetersburgMasjid al-AqsaKhulafa al-RasyidinPerancisPasukan bola sepak kebangsaan IndonesiaAwieBunga rayaSenarai lagu yang dirakamkan oleh Britney SpearsFrekuensi radio di Kedah🡆 More