Garisan Tarikh Antarabangsa

Garisan Tarikh Antarabangsa adalah garisan rekaan semata-mata menganjur dari kutub utara ke kutub selatan.

Garisan ini bertempat di garisan meridian (longitud) yang ke-180 di Lautan Pasifik. Sesiapa yang melintasi garisan ini perlu membetulkan jamnya kepada lebih sehari atau kurang sehari.

Garisan Tarikh Antarabangsa
Garisan Tarikh Antarabangsa di meridian 180°

Bumi terbahagi kepada 24 zon masa. Seseorang yang terbang ke barat perlu memusingkan jamnya satu jam ke belakang bagi tiap-tiap zon masa (15°) yang dilaluinya. Jadi jika seseorang itu mengelilingi dunia dari London (zon UTC) ke timur, maka dia harus mencepatkan jamnya selama satu jam bagi setiap zon masa yang dilaluinya itu. Oleh itu dia akan “kehilangan” 12 jam apabila dia melalui Garisan Tarikh Antarabangsa, dan 24 jam apabila dia sampai kembali di London. Namun apabila dia melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa (dari timur ke barat), dia harus menambah 24 jam (sehari). Ini adalah supaya kiraan masa pengembara tersebut konsisten dengan kiraan masa di seluruh dunia. Sebaliknya jika dia melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa dari barat ke timur, dia perlu menolak 24 jam pada jamnya.

Garisan meridian yang ke-180 dipilih sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa kerana lautan Pasifik merangkumi sebahagian besar longitud ini. Jadi tidak banyak orang terganggu dengan pertukaran masa di kawasan ini. Garisan Tarikh Antarabangsa tidaklah lurus, malahan bengkok pada tempat-tempat tertentu supaya pulau-pulau yang dilaluinya, contohnya Kiribati, tidak terbahagi dua. Tempat-tempat di mana garisan ini bengkok bergantung kepada kerajaan negara yang dilalui garisan ini.

Sejarah pindaan

Kepulauan Samoa dan Tokelau

Kepulauan Samoa—hari ini terbahagi kepada Samoa dan Samoa Amerika—terletak di barat garisan tarikh sehingga 1892, apabila Raja Malietoa Laupepa dipujuk pedagang Amerika untuk mengguna pakai tarikh Amerika, menjadi tiga jam di belakang California, menggantikan waktu Asia, empat jam di hadapan Jepun. Perubahan ini dibuat dengan mengulang hari Ahad 4 Julai 1892, Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat.

Pada 2011, lebih 119 tahun selepas pindaan itu, Samoa kembali ke barat garisan tarikh dengan melangkau Jumaat 30 Disember 2011. Ini menukar zon waktunya dari UTC-11 kepada UTC+13 (dan dari UTC-10 kepada UTC+14 sewaktu musim panas). Perubahan ini dibuat kerana Australia dan New Zealand semakin menjadi rakan dagang terbesar dan tempat tinggal masyarat besar ekspatriat. Waktu 21 jam di belakang menyukarkan perdagangan kerana hujung minggu pada hari berbeza bermakna hanya ada empat hari bekerja yang dikongsi.

Samoa Amerika bagaimanapun kekal di timur garisan tarikh, sejajar dengan tarikh Amerika. Garisan Tarikh Antarabangsa kini memotong antara Samoa dan Samoa Amerika.

Tokelau, sebuah wilayah New Zealand di utara Samoa yang sebelum ini menggunakan UTC−10, juga melintasi garisan tarikh pada masa yang sama atas alasan yang sana dan kini menggunakan UTC+14.

Rujukan

Tags:

Lautan PasifikLongitud

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai lagu yang bertemakan Hari RayaFrekuensi radio di PahangBajauKanun KeseksaanBandaraya MelakaKasih Iris LeonaRaja berperlembagaanHassanal BolkiahDaun salamMaktab MahmudTimbalan Perdana Menteri MalaysiaFarid KamilBola sepakSultan TerengganuJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaPuteri BalqisSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Puaka Cuti SemesterSerembanP. RamleeAssalamualaikumRadius OneZaman air batuPak Ketipak KetipungLaskar KananHael HusainiSandakanSiti HariesaMusa HitamPrabowo SubiantoMenteri Pertahanan MalaysiaAdiraGerak KhasLuruhnya Bunga CintaFrekuensi radio di TerengganuRacun RihannaMeerqeenMandi wajibSolat JumaatLelaki ItuBendera PalestinUmie AidaPilihan raya umum India 2024Perodua MyViFrekuensi radio di KedahProton Saga (generasi kedua)Daiyan TrishaNora DanishArab SaudiLobak merahKedah TuaLebuhraya Utara–Selatan Jajaran SelatanWilayah PersekutuanMasya-AllahIntegritiPuteri Sarah LiyanaProton ExoraShiqin KamalFattah AminPerang PadriMinal 'Aidin wal-FaizinRahsia (filem 2023)Lapisan rangkaianPerubahan iklimPanglima Angkatan TenteraMuhamad Akmal SalehPendidikan di MalaysiaUqasha SenroseDaun terupHarris AlifJanna NickSultan Sharafuddin Idris ShahSultan PahangKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)Erry PutraFauziah NawiTentera Darat Malaysia🡆 More