Bencana Alam

Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, taufan) dan aktiviti manusia.

Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat, sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah sampai kematian. Kerugian ini bergantung kepada kemampuan untuk mengelak atau menghindari bencana dan ketahanan mereka. Pemahaman ini berkaitan dengan pernyataan: "bencana muncul apabila ancaman bahaya bertemu dengan ketidakupayaan". Maka, aktiviti alam yang berbahaya tidak akan menjadi bencana alam di kawasan tanpa ketidakupayaan manusia, contohnya gempa bumi di wilayah tak berpenghuni seperti gurun. Jadi, penggunaan istilah "alam" juga ditentang kerana peristiwa tersebut tidak akan bahaya jika tanpa penglibatan manusia secara langsung mahupun tidak. Kebarangkalian untuk kerugian juga bergantung kepada bentuk bahaya itu sendiri, bermula dari kebakaran, yang mengancam bangunan orang perseorangan, hingga peristiwa hentaman meteor besar yang berupaya memadam ketamadunan manusia.

Bencana Alam
Rumah roboh akibat bencana alam di Klaten.

Namun, bagi kawasan yang mudah diserang, kesannya tidak begitu besar sekiranya penduduk di situ mempunyai ketahanan terhadap bencana. Konsep ketahanan bencana merupakan penilaian kemampuan sistem dan infrastruktur-infrastruktur untuk mengesan, mencegah dan menangani tentangan serius yang tiba.

Rujukan

Tags:

BencanaGempa bumiGunung berapiManusiaTanah runtuhTaufan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

ProfesionalismeNadia AqilahManchester United F.C.Misteri DilailaIskandar ChempakaDaiyan TrishaRita RudainiHun HaqeemMajapahitDaerah di MalaysiaSenarai model kereta ProtonMustaqim BahadonKaabahShaharuddin ThambyKetua Polis Negara MalaysiaKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)Jasmine Suraya ChinNabi Isa a.s.Persekutuan Tanah MelayuMohammed Hanif OmarSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahFrekuensi radio di SelangorJ RevolusiPuteri KhareezaTentera Darat MalaysiaKhulafa al-RasyidinNeelofaSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaHaqiem RusliIndonesiaWadi AnnuarSurah Al-InsyirahSolat sunatPerjanjian HudaibiyahMuhamad Akmal SalehNegeri SembilanAbdul Hadi AwangMuhammad Sanusi Md NorTunku Ismail ibni Sultan IbrahimCapriceR.A. KartiniKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Negeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaPerlembagaan MalaysiaKetupatTerlanjur Cinta (drama web)Solat Sunat NikahKebudayaan MalaysiaKongkekUpin & IpinCuti umum di MalaysiaKera bekantanSolat JumaatLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurMarwilis YusofPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Nabi Sulaiman a.s.PerlisKuchingPerodua KancilAisha RetnoTikTokKadet Remaja Sekolah MalaysiaElizabeth TanRadio Televisyen MalaysiaLuruhnya Bunga CintaSyazuwan HassanTanam paksaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiPiala ThomasAiman Hakim RidzaRisteena MunimAlicia AminMandi wajibSistem SuriaKerajaan Bani UmaiyahSiti Nurhaliza🡆 More