Ahura Mazda

Ahura Mazda (/əˌhʊərə ˈmæzdə/; Bahasa Avesta: 𐬨𐬀𐬰𐬛𐬁 𐬀𐬵𐬎𐬭𐬀, translit.

Ahura Mazdā; Parsi: اهورا مزدا, rumi: Ahurā Mazdā), juga dikenali sebagai Oromasdes, Ohrmazd, Ahuramazda, Hourmazd, Hormazd, dan Hurmuz, ialah tuhan pencipta dalam agama Mazdayasna. Dia ialah semangat yang pertama dan paling kerap diseru dalam Yasna. Makna harfiah perkataan Ahura ialah "tuan", dan makna Mazda ialah "kebijaksanaan".

Ahura Mazda
Ukiran relief era Sassanid di Naqsh-e Rostam yang menggambarkan Ahura Mazda menyampaikan diadem kedaulatan kepada Ardashir I

Penyeruan Ahura Mazda pertama kali berlaku semasa era Achaemenid (s. 550–330 SM). Ia tercatat pada Prasasti Behistun Darius Agung. Sebelum zaman pemerintahan Artaxerxes II (s. 405/404–358 SM), Ahura Mazda sahaja diseru untuk disembah dalam semua inskripsi kerajaan yang ada pada waktu itu. Semasa zaman Artaxerxes II, Ahura Mazda telah diseru dalam tiga serangkai bersama Mithra dan Anahita. Pada era Achaemenid, tiada perlambangan Ahura Mazda yang diketahui di istana selain kebiasaan bagi setiap maharaja untuk mempunyai kereta kuda kosong yang ditarik oleh kuda putih dengan niat untuk menjemput Ahura Mazda bagi mengiringi tentera Parsi dalam pertempuran. Walau bagaimanapun, imej-imej Ahura Mazda yang telah wujud dari abad ke-5 SM lagi telah dihentikan dan digantikan dengan patung-patung ukiran batu pada era Sassanid dan kemudiannya ditiadakan sama sekali hasil gerakan ikonoklastik yang disokong oleh dinasti Sassanid.

Tatanama

'Ahura' adalah serumpun dengan perkataan Veda 'asura', kedua-duanya bermaksud 'tuan'. Ahli Indolog Finland, Asko Parpola menjejaki akar etimologi Asura ke Bahasa Ural *asera-, di mana ia bermaksud 'tuan, putera'.

'Mazda' atau lebih tepatnya Mazdā-, iaitu bentuk akar kata dalam Bahasa Avestan yang bentuk nominatifnya Mazdå, mencerminkan bahasa Proto-Iran *mazdáH (kata nama feminin). Ia biasanya dianggap sebagai nama yang benar bagi Ahura Mazda seperti kognatnya dalam Bahasa Sanskrit Veda medhā́ yang bermaksud "kecerdikan" atau "kebijaksanaan". Kedua-dua perkataan Avesta dan Sanskrit tersebut mencerminkan bahasa Proto-Indo-Iran *mazdʰáH, daripada bahasa Proto-Indo-Eropah *mn̥sdʰh₁éh₂, secara harfiah bermaksud "meletakkan (*dʰeh₁) fikiran seseorang (*mn̥-s)", sebagai asal-muasal makna bagi perkataan "bijaksana".

Nama itu diterjemahkan sebagai Ahuramazda (Parsi Lama) semasa era Achaemenid, Hormazd semasa era Parthia, dan Ohrmazd digunakan semasa era Sassanid.

Nama itu dapat dibuktikan ketulenannya pada tablet kuneiform Assurbanipal Assyria iaitu frasa Assara Mazaš yang ditemui dalam tablet tersebut walaupun tafsiran ini sangat kontroversi.

Ciri-ciri

Walaupun ada spekulasi bahawa Ahura Mazda ialah suatu semangat dalam agama bangsa Indo-Iran, Ia masih belum diberi gelaran "semangat yang tidak dicipta". Gelaran ini telah diberikan oleh Zarathustra yang mengisytiharkan Ahura Mazda sebagai semangat yang tidak dicipta, sepenuhnya bijaksana, mulia dan baik, serta pencipta dan penegak Asha.

Wahyu Zarathustra

Menurut riwayat Zarathustra, pada usia 30 tahun, Zarathustra menerima wahyu: semasa mengambil air pada waktu subuh untuk upacara suci, baginda melihat sosok Amesha Spenta yang bersinar, Vohu Manah yang memimpin baginda ke hadrat Ahura Mazda, di mana baginda telah diajar prinsip utama bagi "Agama Baik" yang kemudiannya dikenali sebagai Mazdayasna. Hasil daripada wahyu ini, Zarathustra merasakan bahawa baginda telah dipilih untuk menyebarkan agama itu. Baginda menyatakan bahawa sumber segala kebaikan adalah Ahura yang layak disembah dengan penyembahan tertinggi. Baginda seterusnya menyatakan bahawa Ahura Mazda mencipta semangat-semangat yang dikenali sebagai yazatas untuk membantunya. Zarathustra mengisytiharkan bahawa beberapa dewa Iran adalah daeva yang tidak patut disembah. Dewa-dewa "buruk" ini dicipta oleh Angra Mainyu, semangat pemusnah. Kewujudan Angra Mainyu ialah punca segala dosa dan kesengsaraan di alam semesta. Zarathustra mendakwa bahawa Ahura Mazda bukanlah Tuhan yang Maha Berkuasa kerana Dia menggunakan bantuan manusia dalam perjuangan kosmik menentang Angra Mainyu. Namun begitu, Ahura Mazda ialah entiti atasan Angra Mainyu, bukan setaraf dengannya. Angra Mainyu dan para daevanya yang cuba menarik manusia menjauhi Jalan Asha, akhirnya akan dikalahkan.

Sejarah

Empayar Achaemenid

Ahura Mazda 
Prasasti Behistun mengandungi banyak rujukan kepada Ahura Mazda.
Ahura Mazda 
Syiling stater Tiribazos, Satrap Lydia, s. 380 SM menunjukkan Ahura Mazda.

Sama ada dinasti Achaemenid adalah penganut Mazdayasna (Zoroastrianisme) atau tidak adalah perkara yang banyak diperdebatkan. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa Achaemenid ialah penyembah Ahura Mazda. Perlambangan dan penyeruan Ahura Mazda boleh dilihat pada inskripsi diraja yang ditulis oleh raja-raja Achaemenid. Prasasti yang paling terkenal ialah Prasasti Behistun yang ditulis oleh Darius I yang mengandungi banyak rujukan kepada Ahura Mazda. Inskripsi yang ditulis dalam Bahasa Yunani ditemui di sebuah kuil yang dibina semasa akhir dinasti Achaemenid di Persepolis yang menyeru Ahura Mazda dan dua dewa lain, Mithra dan Anahita. Antara inskripsi terawal yang ditemui iaitu Tablet 377 Pengukuhan Persepolis dalam Bahasa Elam, tercatat bahawa Ahura Mazda diseru bersama-sama dengan Mithra dan Apam Napat, Varuna Veda ("dewa bulan"). Artaxerxes III menjalankan penyeruan ini kepada ketiga-tiga dewa sekali lagi semasa pemerintahannya. Dalam teks Veda yang mendahului inskripsi ini selama beribu-ribu tahun, dewa Veda: Mithra dan Varuna sering disebut bersama. Dalam lapisan paling awal Rigveda, Varuna ialah penjaga undang-undang moral, penguasa seluruh Asura, sang penghukum bagi mereka yang berbuat dosa tanpa penyesalan dan sang pemaaf bagi mereka yang melakukan kesalahan dengan penyesalan. Dia ialah dewa Penjaga Barat yang merujuk kepada wilayah barat India. Dia disebut dalam banyak himne Rigveda, seperti 7.86–88, 1.25, 2.27–30, 8.8, 9.73 dan lain-lain. Hubungannya dengan perairan, sungai dan lautan disebut dalam Veda. Penyair Veda menggambarkannya sebagai satu aspek (aspect) dan salah satu perspektif jamak (plural perspectives) Agni, salah satu dewa utama. Tambahan pula, kedua-dua Varuna dan Agni mempunyai ciri kemarahan-murah hati seperti yang tercatat dalam mitologi India.

Era Achaemenid awal tidak mengandungi perlambangan Ahura Mazda. Simbol bersayap dengan sosok lelaki yang dahulunya dianggap oleh sarjana Eropah sebagai Ahura Mazda kini telah dispekulasikan sebagai perlambangan diraja xvarənah, perlambangan kuasa kemuliaan dan kedaulatan diraja. Walau bagaimanapun, adalah menjadi kebiasaan bagi setiap maharaja dari Cyrus sehingga Darius III untuk mempunyai kereta kuda kosong yang ditarik oleh kuda putih sebagai tempat untuk Ahura Mazda mengiringi tentera Parsi dalam pertempuran. Perlambangan Ahura Mazda dalam bentuk imej telah dimulakan oleh para satrap di barat Empayar Achaemenid pada akhir abad ke-5 SM. Di bawah Artaxerxes II, rujukan sastera pertama serta tugu Ahura Mazda telah dibina oleh gabenor Parsi Lydia pada 365 SM.

Empayar Parthia

Diketahui bahawa penghormatan kepada Ahura Mazda, serta Anahita dan Mithra diteruskan dengan tradisi yang sama dalam tempoh ini. Penyembahan Ahura Mazda dalam bentuk imej simbolik ditemui, tetapi ia telah berhenti ketika dinasti Sassanid. Ikonoklasme Zarathustra, yang boleh dikesan pada akhir era Parthia dan permulaan era Sassanid, akhirnya telah menamatkan kesemua perlambangan Ahura Mazda dalam bentuk imej dalam penyembahan. Walau bagaimanapun, Ahura Mazda kekal dilambangkan dengan sosok lelaki bermaruah, yang berdiri atau menunggang kuda seperti mana yang terdapat dalam upacara pelantikan dinasti Sassanid.

Empayar Sassanid

Ahura Mazda 
Ahura Mazda (kanan, dengan mahkota tinggi) mempersembahkan kepada Ardashir I (kiri) dengan cincin kedaulatan. (Naqsh-e Rustam, abad ke-3 SM)
Ahura Mazda 
Upacara pelantikan: Anahita di kiri sebagai penaung yazata bagi Dinasti Sassanid di belakang Maharaja Khosrau Parviz bersama Ahura Mazda yang mempersembahkan diadem kedaulatan di kiri. Taq-e Bostan, Iran.

Ketika zaman pemerintahan Empayar Sassanid, suatu aliran Mazdayasna yang sesat dan menyeleweng yang dikenali sebagai Zurvanisme muncul. Ia berhasil mengumpul para penganut di serata empayar, termasuk kaum kerabat para maharaja Sassanid. Di bawah pemerintahan Shapur I, Zurvanisme disebarkan dan menjadi kultus yang meluas. Zurvanisme memansuhkan ajaran asal Zarathustra yang menyebut bahawa Ahura Mazda ialah semangat yang tidak dicipta dan "pencipta yang tidak dicipta" dengan merendahkan statusnya kepada semangat yang dicipta iaitu sebagai salah seorang anak lelaki kembar Zurvan, bapa mereka dan semangat utama. Zurvanisme juga meletakkan kekuatan Ahura Mazda dan Angra Mainyu sebagai setara dan mengganggap kedua-duanya hanyalah lawan binari (binary opposite) bagi masing-masing.

Selain daripada Zurvanisme, raja-raja Sassanid telah mendemonstrasikan pengabdian mereka kepada Ahura Mazda dalam pelbagai bentuk lain. Lima orang raja mengambil nama Hormizd dan Bahram II mencipta gelaran "Ohrmazd-mowbad" yang tetap diteruskan selepas kejatuhan Empayar Sassanid dan semasa zaman Islam. Segala bentuk pengabdian dalam agama Mazdayasna yang berasal dari zaman Sassanid adalah bermula dengan penghormatan kepada Ahura Mazda. Lima Gāh bermula dengan pengisytiharan dalam bahasa Parsi Tengah yang menyebut "Ohrmazd itu Tuhan" dan menggabungkannya dengan ayat Gatha "Dikau yang telah Mazda lantik sebagai pelindungku". Doa-doa dalam agama Mazdayasna hendaklah dituturkan dalam keadaan bercahaya, sama ada menggunakan api atau matahari. Dalam dua dialek Bahasa Parsi iaitu Yidḡa dan Munǰī, matahari masih dipanggil dengan nama "ormozd".

Agama Mazdayasna kini

Pada tahun 1884, Martin Haug mencadangkan tafsiran baharu bagi Yasna 30.3 yang kemudiannya telah mempengaruhi doktrin Mazdayasna dengan cukup ketara. Berdasarkan tafsiran Haug, "semangat kembar" dalam 30.3 adalah Angra Mainyu dan Spenta Mainyu, yang mana Angra Mainyu secara literal bermaksud "Semangat Pemusnah" dan Spenta Mainyu dikenali sebagai "Semangat Pemurah" (daripada Ahura Mazda). Selanjutnya, dalam tafsiran Haug, Angra Mainyu kini bukan lagi lawan binari Ahura Mazda, tetapi ia seperti Spenta Mainyu, suatu emanasi bagi Ahura Mazda. Haug juga mentafsirkan konsep tekad bebas (free will) dalam Yasna 45.9 sebagai sebab untuk menjelaskan dari mana asal Angra Mainyu kerana Ahura Mazda hanya mencipta kebaikan. Tekad bebas telah memungkinkan Angra Mainyu untuk memilih menjadi jahat. Walaupun kesimpulan terakhir ini tidak ditentusahkan oleh tradisi Mazdayasna pada waktu itu, tafsiran Haug diterima dengan kesyukuran oleh golongan Parsis di Bombay kerana ia memberikan peluang kepada mereka untuk menghujahkan pertentangan terhadap retorik mubaligh Kristian, terutamanya retorik serangan terhadap doktrin Mazdayasna yang mengatakan Kejahatan itu tidak dicipta seperti mana Tuhan itu tidak dicipta. Melalui kehadiran tafsiran Haug, Parsis Bombay mula mempertahankan diri mereka dalam akhbar berbahasa Inggeris. Hujahnya ialah Angra Mainyu bukanlah lawan binari Mazda tetapi entiti bawahannya, yang mana seperti dalam doktrin Zurvanisme, memilih untuk menjadi jahat. Kesannya, teori Haug disebarkan sebagai tafsiran Parsi di Barat, di mana ia kelihatan menyokong Haug. Bagi mengukuhkan agama mereka, idea-idea Haug sering diulang sehingga hari ini sehingga hampir diterima secara universal sebagai doktrin Mazdayasna.

Lihat juga

Nota

Rujukan

Bibliografi

Bacaan lanjut

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Ahura Mazda, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Ahura Mazda TatanamaAhura Mazda Ciri-ciriAhura Mazda Wahyu ZarathustraAhura Mazda SejarahAhura Mazda Lihat jugaAhura Mazda NotaAhura Mazda RujukanAhura Mazda BibliografiAhura Mazda Bacaan lanjutAhura MazdaBahasa AvestaBahasa ParsiBantuan:IPA/EnglishMajusiYasnawiktionary:Ahurawiktionary:Mazda

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pokok MambuCabang dan mazhab IslamSunan Gunung JatiNabi Muhammad SAWPantang larang MelayuPuaka Cuti SemesterJabatan Perangkaan MalaysiaIsmail Sabri YaakobEtikaMalayan UnionLaura AnnaPlayboy Itu Suami AkuSultan Muhammad VPenanggalanBuah kerasKKN di Desa Penari (filem)Parti Rakyat India MalaysiaTengku Permaisuri NorashikinSenarai saluran Astro NJOIProton Saga (generasi kedua)Pegawai memerintahTanah Melayu BritishPeribahasa MelayuPencemaran udaraHusin, Mon dan Jin Pakai ToncitBaby ShimaYusof HaslamBola sepakAnna JoblingFauzi NawawiRicheese FactoryPerkhidmatan awam di MalaysiaMustapha KamalGerak KhasProton WiraForest CityBarisan NasionalNabila RazaliSenarai pelakon lelaki MalaysiaSenarai SBP di MalaysiaHarvey NormanPasukan Gerakan AmAfzan A. RahmanKodi RasheedSunan BonangAl Nassr FCNegeri-Negeri SelatLaskar Udara KananNilai, Negeri SembilanEKerajaan SalakanagaraTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSolat Sunat RawatibFilipinaKhairulamingMohd Shuhaily Mohd ZainArena LieyaBismillahFasha SandhaRinggitSenarai Yang di-Pertuan AgongNajua NasirThe GadysSenarai buahAmelia HendersonProton PersonaJepunKhadijah binti KhuwailidUniversiti MalayaPegawai Tadbir dan DiplomatikMaya KarinPosisi seksualTunku Abdul RahmanOrang Cina MalaysiaKetua Polis Negara MalaysiaCerita Rakyat MalaysiaAn-Nuayman bin Amr🡆 More