Angra Mainyu

Angra Mainyu ( /ˈæŋrə ˈmaɪnjuː/ ; Bahasa Avesta : 𐬀𐬢𐬭𐬀⸱𐬨𐬀𐬌𐬥𐬌𐬌𐬎 Aŋra Mainiiu) ialah istilah dalam Bahasa Avesta untuk merujuk kepada semangat pemusnah/jahat dan juga musuh utama Spenta Mainyu, semangat suci/kreatif dan musuh langsung bagi Ahura Mazda, dewa tertinggi agama Mazdayasna (Zoroastrianisme).

Istilah Ahriman (Bahasa Parsi Tengah: 𐭠𐭧𐭫𐭬𐭭𐭩 /ˈɑːrɪmən/ ) ialah kesetaraan dalam Bahasa Parsi Tengah bagi Angra Mainyu.

Angra Mainyu
Angra Mainyu dibunuh oleh Faramarz dalam satu adegan dalam Shahnameh.

Dalam Avesta

Dalam wahyu Zarathustra

Istilah Avesta, angra mainyu "dilihat merupakan konsep asal oleh Zarathustra." Dalam Gatha yang merupakan teks tertua agama Mazdayasna yang dianggap dikarang oleh Zarathustra, angra mainyu belum lagi menjadi istilah yang disempurnakan. Dalam satu contoh dalam him (hymn) ini di mana kedua-dua perkataan tersebut muncul bersama-sama, konsep yang dibicarakan ialah konsep suatu mainyu ("minda", "semangat" atau tenaga abstrak dsb.) yang angra (" merosakkan", "huru-hara", "tidak teratur", "menghalang", "memburukkan" dsb., yang mana sebuah manifestasi boleh menjadi sifat marah). Dalam contoh tunggal ini – dalam Yasna 45.2 – "semangat yang lebih murah hati antara dua" mengisytiharkan angra mainyu sebagai " antitesis mutlak" bagi spenta mainyu.

Pernyataan yang serupa berlaku dalam Yasna 30.3, di mana antitesis ialah aka mainyu, aka iaitu perkataan Bahasa Avesta untuk "jahat". Oleh itu, aka mainyu ialah "semangat jahat" atau "fikiran jahat", berbeza dengan spenta mainyu, "semangat pemurah" yang mana Ahura Mazda sendiri jadikannya daripada tiada menjadi ada.

Istilah aka mainyu berulang dalam Yasna 32.5, apabila ia dikenal pasti sebagai daeva yang gemar menipu manusia dan diri mereka sendiri. Dalam versi agama Mazdayasna yang terkemudian, daeva ialah syaitan, namun hal ini tidak dapat dibuktikan melalui Gatha: Zarathustra menyatakan bahawa daeva ialah "tuhan yang salah" atau "tuhan palsu" yang hendaklah ditolak, tetapi mereka belum lagi menjadi syaitan. Ada juga yang mencadangkan hubungan antara Angra Mainyu dan Angira yang bijak dari Rig Veda. Jika perkara ini benar, ia boleh dianggap sebagai bukti perpecahan agama antara penganut Indo-Arya Veda yang menyembah deva dengan penganut Mazdayasna awal.

Dalam Yasna 32.3, para daeva ini dikenal past i sebagai keturunan akem manah, "pemikiran jahat". Walau bagaimanapun, beberapa ayat sebelum ini, terdapat istilah daebaaman, "pembohong" - yang tidak dikenal pasti apa tetapi itu "mungkin Angra Mainyu" - yang mendorong para daeva untuk memilih achistem manah - "pemikiran terburuk." Dalam Yasna 32.13, tempat tinggal orang keji bukanlah tempat tinggal Angra Mainyu, tetapi tempat tinggal achistem manah tersebut. "Ramai menyangka [Angra Mainyu] adalah pemerintah di neraka, hal ini kerana dia telah mencipta 'kematian dan apa jua pun, pada pengakhirannya, hakikat kewujudan yang terburuk adalah untuk orang yang berbohong' ( Y. 30.4)."

Rujukan

Nota kaki


Tags:

Angra Mainyu Dalam AvestaAngra Mainyu RujukanAngra Mainyu Nota kakiAngra MainyuAhura MazdaBahasa AvestaBantuan:IPA/EnglishMajusi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Franco BaresiRuminah SidekWanita SyurgaDaerah LangkawiSuso (pemain bola sepak)HemoroidProton SagaWak DoyokMacCarles PuigdemontHukum Kanun MelakaAmen KhalidTeknologi maklumatMatlamat Pembangunan MampanAnafilaksiArgentinaUyaina ArshadKanun KeseksaanJabatan Kastam Diraja MalaysiaCharlie AdamTuanku MuhrizTracie SinidolProton SatriaKhalid Mohamad JiwaKuala LumpurYusof HaslamPandemik COVID-19 di MalaysiaJohor BahruJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaSalomaSumber primerMYTV BroadcastingRadius OnePasukan bola sepak kebangsaan Korea UtaraEvolusiSejarah Malaysia17 PuasaYang di-Pertuan AgongRita RudainiSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaTentera Darat MalaysiaKhir RahmanPerkhidmatan awam di MalaysiaSaifuddin Nasution IsmailBukan Sekadar LafazNabi Lut a.s.Anwar IbrahimErry PutraInstagramMenara Berkembar PetronasSultan Nazrin Muizzuddin ShahPelajarTeknologiBola tamparKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Hero RemajaFimie DonNuzul QuranKristianMakiyyahKerajaan TarumanagaraAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaYang di-Pertua Negeri SarawakHuminodunSolo LevelingAl-hamdu lillahi rabbil 'alaminPenjodoh bilangan bahasa MelayuKaabahAstro (syarikat)Zakat fitrahSurah al-Baqarah7 Hari Mencintaiku (musim 3)Awesome TVWings (kumpulan muzik Malaysia)Mohd Na'im MokhtarBahasa LampungSenarai universiti di MalaysiaPembenihan awanMuhammad bin Idris al-Syafii🡆 More