Tisel

Tisel (thistle) atau rumput duri merujuk umum kepada spesies-spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Asteraceae.

Bunga spesies-spesies ini mempunyai bentuk tersendiri di mana pangkalnya ada banyak daun yang berhujung tajam.

Tisel
Sekuntum bunga tisel spesies Silybum marianum (nama setempat: milk thistle, rumput duri susu).

Taksonomi

Bunga ini mempunyai seberapa banyak genus yang tersendiri dalam keluarga Asteraceae:

  • Carduus – nama setempat: musk thistle, rumput duri kesturi
  • Carlina – nama setempat: carline thistle
  • Carthamus – nama setempat: distaff thistle
  • Centaurea – nama setempat: star thistle, rumput duri bintang
  • Cicerbita – nama setempat: sow thistle
  • Cirsium – nama setempat: common thistle, field thistle, rumput duri padang
  • Cnicus – nama setempat: blessed thistle
  • Cynara – nama setempat: articok, cardoon, 'tunas rumput duri'
  • Echinops – nama setempat: globe thistle
  • Notobasis – nama setempat: Syrian thistle
  • Onopordum – nama setempat: cotton thistle, Scots/Scotch thistle
  • Scolymus – nama setempat: golden thistle, oyster thistle, rumput duri tiram
  • Silybum – nama setempat: milk thistle, rumput duri susu
  • Sonchus – nama setempat: sow thistle

Kegunaan

Dalam bidang industri

Sesetengah spesies tumbuhan dalam genus Cynara merupakan sumber renet sayuran utama digunakan dalam pembuatan keju komersil. Ada juga beberapa spesies dalam genus Silybum yang ditanam untuk mendapatkan biji benih yang mampu menghasilkan minyak sayuran; biji benih ini turut merupakan bahan utama dalam penghasilan silibinin, sejenis sebatian yang dipercayai boleh merawat sirosis hati.

Banyak spesies tisel lain adalah penting sebagai tumbuhan madu - yakni tumbuhan mengandungi nektar yang merupakan bahan utama dalam penghasilan madu oleh lebah madu - terutamanya dalam menghasilkan produk madu bermutu dan bernilai tinggi.

Dalam bidang perubatan

Plinius yang Tua serta seberapa orang penulis pada zaman pertengahan terkemudian berpendapat bahawa ia boleh dijadikan bahan penawar memulihkan pertumbuhan rambut kepada kepala botak. Masyarakat zaman moden awal turut beranggapan bahawa tumbuhan ini boleh mengubat sakit kepala, wabak, kudis, vertigo dan penyakit demam kuning.

Perlambangan budaya

Di Scotland

Tisel merupakan bunga kebangsaan Scotland sejak pemerintahan Alexander III (1249-1286). Ia tidak hanya pernah digunakan pada mata wang, pingat dan lambang pertubuhan berkaitan negeri tersebut; malah juga melambangkan kebudayaan orang-orang yang berhijrah dari negeri ini ke rantauan jauh seperti di Kanada dan Amerika Syarikat.

Perlambangan ini datang daripada suatu legenda di mana kononnya seketumbukan tentera Norse cuba mencuri masuk sebuah perkhemahan tentera Scotland; salah satu pahlawan Norse ini yang berkaki ayam terpijak sekuntum tisel yang berduri lalu menjerit kesakitan - jeritan ini segera mengejutkan askar-askar Scotland dari tidur mereka lalu menyerang tentera Norse ini. Beberapa sumber mencadangkan peristiwa Pertempuran Largs yang menyebabkan pengunduran Raja Haakon IV dari Norway yang berkuasa terhadap Utara dan Hebrid; askar pimpinan raja ini pernah menyerang pesisiran Kerajaan Scotland selama beberapa tahun.

Di kawasan lain

Spesies Onopordum acanthium dijadikan bunga rasmi kawasan Lorraine di Perancis sejak sejarah awalnya sebagai sebuah kerajaan pada Zaman Pertengahan - ia dipakai seorang pembesar utama kerajaan ini René dari Anjou kerana perlambangan Kristiannya - getah putih yang kelihatan merembes dari bunga ini dikatakan melambangkan susu titisan Bunda Maria menyusukan anaknya Yesus Kristus - malah juga sebagai simbol cinta.

Rujukan

Tags:

Tisel TaksonomiTisel KegunaanTisel Perlambangan budayaTisel RujukanTiselAngiospermaBungaDaunKeluarga (biologi)Spesies

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Amelia HendersonJabatan Imigresen MalaysiaNekbatPertubuhan Keselamatan SosialRosyam NorPukimakImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Perodua AxiaLaluan Kelana JayaGantangSejarah MalaysiaHadis MutawatirPiagam MadinahJangan Menangis Cinta (drama)Empayar Rom SuciPembentukan MalaysiaMasjid Sri SendayanTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahPerjanjian HudaibiyahPerempuan Itu (drama)Sistem SuriaSurah Al-AlaqMantra (filem)Senarai buahSains sosialAllahKarim BenzemaJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaRukun NegaraAzazilOrang BanjarLompat tikamZakar manusiaKugiran MasdoSalasilah keturunan Nabi MuhammadKimpalanTerlanjur Cinta (drama)Yusof HaslamPerakAn-Nuayman bin AmrRaja berperlembagaanSlot SakuraMy Lovely DriverPerang Dunia PertamaPolis Diraja MalaysiaKerajaan MataramSenarai saluran Astro NJOISabahKampung Medan, Petaling JayaBella DowannaMohd Ridhuan TeeZarina ZainoordinKata kerjaS.S. LazioPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaSolat hajatPenyimpan Mohor Besar Raja-RajaHero Seorang CinderellaKhamis PutihChacha MaembongShaheizy SamAnna JoblingNabiInstagramSolat tarawihPilihan raya umum Malaysia 2022Falsafah Pendidikan MalaysiaManatiT-araSultan JohorNabi Adam a.s.Fatimah al-ZahraKementerian Komunikasi MalaysiaLiza AbdullahNgabuburitKerajaan TarumanagaraRedza RosliAdat resamMolek FM🡆 More