Makanan Telur: Bahan makanan

Telur (Jawi: ‏تلور‎code: ms is deprecated ‎) ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan.

Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Makanan Telur: Bahan makanan
Sebiji telur ayam (kiri), jenis yang selalu dimakan oleh manusia, dan dua biji telur puyuh (kanan)

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.

Kuning telur merupakan kandungan utama untuk protein dan kolina, dan digunakan secara meluas dalam masakan. Oleh kerana kandungan proteinnya, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai Daging dalam Piramid Makanan. Walaupun nilai pemakanan telur, terdapat beberapa isu-isu kesihatan yang bakal timbul daripada kualiti telur, penyimpanan, dan alahan individu.


Telah diketahui bahawa hanya ayam betina yang mampu menghasilkan telur. Tetapi amat kurang pengetahuan masyarakat bahawa kebanyakan telur ayam betina perdagangan yang bertujuan untuk dimakan manusia tidak disenyawakan kerana peneluran berlaku tanpa kehadiran ayam jantan. Ayam betina mampu bertelur walaupun tanpa mengawan dengan ayam jantan. Ayam betina tetap menghasilkan telur ayam yang boleh dimakan dan berkhasiat. Cuma perbezaannya telur yang tidak disenyawakan tidak mampu hidup subur walaupun diperam untuk menghasilkan anak ayam, manakala telur yang tersenyawa mampu menetaskan anak ayam. Persenyawaan telur dalam ovari ayam betina mestilah berlaku sebelum telur menjadi matang. Telur-telur subur juga dapat dibeli dan dimakan, tanpa sebarang perbezaan khasiatnya. Telur tersebut tidak mengandungi embrio kerana penyejukan melarang sebarang pertumbuhan sel.

Telur ayam dipergunakan secara meluas untuk berbagai-bagai hidangan, baik yang manis mahupun yang tidak. Telur juga boleh dijeruk, direbus keras dan disejukkan, atau juga dimakan secara mentah walaupun cara ini tidak disyorkan untuk mereka yang mudah terjejas oleh salmonela, umpamanya orang tua, orang uzur, dan wanita yang mengandung. Selain itu, hanya 51% daripada protein telur mentah boleh diserap ke dalam badan, berbanding dengan telur masak yang 91% dapat diserap. Dengan kata yang lain, penyerapan protein telur masak adalah hampir dua kali penyerapan protein telur mentah.

Lihat juga

  • Telur ikan
  • Telur ayam jantan
  • Unit Haugh
  • Senarai makanan

Rujukan

Tags:

BetinaHaiwanMakananOvumPembiakanProteinTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kuala TerengganuSultan Sharafuddin Idris ShahFasha SandhaAwiePrabowo SubiantoMalayan UnionPuteri BalqisKementerian Pendidikan MalaysiaRaja berperlembagaanSejarah SingapuraTengkolokIsteri HalalThe Original GangsterJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahBukan Kahwin PaksaKhaliq Mehtab Mohd IshaqAb Rauf YusohTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahEllie SuriatyTengku Amir ShahPitt HanifTwitterPemancutan maniAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaMenteri Besar PerlisHulu SelangorMat KilauPiagam MadinahQistina KhaledSolat jamakTok JanggutSenarai poskod di MalaysiaProfesionalismeAshraf SinclairRisteena MunimDoa IftitahUsul al-FiqhNa’im BrundagePuchong, SelangorTerlanjur Cinta (drama web)Khaidhirah Abu ZaharProton PersonaFattah AminMelayuSultan Nazrin Muizzuddin ShahPerikatan NasionalPukimakSolat Sunat RawatibNasha AzizAzhar IdrusInna lillahi wa inna ilaihi raji'unESenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiMegat SharizalLiga Super Malaysia 2024–25Peristiwa Kampung MedanQarinKomanderPerlisSenarai peribahasa (A–M)Majlis Raja-RajaSlot SamarindaMelitha SidabutarRasuahGeografi IndonesiaNazim OthmanMetamfetaminaHari Raya AidiladhaMeerqeenHarris AlifHemoroidJangkitanMustaqim BahadonTentera Darat MalaysiaHantu dalam masyarakat MelayuRujukan kehormatArif AimanCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahSenarai bank di Malaysia🡆 More