Minyak

Minyak (Jawi: ‏ميڽق‎code: ms is deprecated ‎) adalah satu bentuk umum sebatian kimia lipid yang tidak boleh bercampur dengan air (hidrofobik) sepertimana lemak tetapi berkeadaan cecair pada suhu biasa persekitaran berbanding lemak yang pepejal.

Minyak terbina daripada satu atau lebih cecair hidrokarbon sebatian didatangkan dari sumber tumbuhan, haiwan mahupun batu galian.

Minyak
Sebotol minyak zaitun dara.
Minyak
Minyak motor sintetik

Minyak dibezakan sifat daripada lemak dan lilin dari segi panjang rantai molekul lipid yang berhubungan pada peringkat dasar.

Etimologi

Minyak merupakan turunan kata Proto-Malayik *miñak yang pada awalnya bermaksud "lemak" merangkumi dua-dua jenis pepejal dan cecair bahan ini. Kata purba ini lama-kelamaan disempitkan makna kepada bentuk cair bahan ini sambil bentuk pejalnya diungkapkan dengan kata nama lemak turunan kata *ləmək dari akar Proto-Malayo-Polinesia *lemek.

Sifat kimia

Sifat berkutubnya molekul-molekul air menghalang pencampuran serta pelarutan bersama sedangkan sebatian organik yang tidak sedemikian seperti alkohol, keton dan eter (C2H5OC2H5) sebaliknya boleh melarut. Prinsip ini boleh dileraikan dengan menggunakan bahan yang mampu menghubungkan antara kedua-dua minyak dan air membentuk suatu emulsi.

Minyak juga boleh sebati dengan bahan lain yang sama jenis lipid (lipofilik).

Jenis

Biologi

Mineral

Sintetik

Aplikasi/Penggunaan

Minyak makan, sayuran dan minyak binatang biasanya digunakan dalam masakan, disebabkan kebolehan mereka untuk mencapai suhu yang lebih tinggi daripada air. Mereka juga bertindak sebagai perasa dan juga medium penyokong untuk vitamin dan bau-bauan.

Minyak mengandungi tenaga tersimpan yang tinggi, yang mana ia boleh digunakan untuk pemanasan dan juga memperkasakan pembakaran enjin. Minyak digunakan untuk tujuan ini biasanya diambil daripada petroleum, tetapi sumber-sumber tenaga biologi boleh dinilai sebagai satu alternatif kepada minyak mentah yang semakin mahal.

Disebabkan oleh sifat ketidakkutubannya, minyak susah untuk melekat kepada bahan lain. Sifat ini menyebabkan ia berguna sebagai satu pelincir untuk pelbagai tujuan kejuruteraan. Minyak yang sesuai biasanya dijumpai dalam spektrum mineral, secara biologinya minyak akan terurai dalam kebanyakan keadaan persekitaran.

Petrokimia adalah satu proses penyaringan minyak mentah kepada bahan mentah lain yang lebih berguna, plastik, dan minyak-minyak yang lain.

Kebanyakan minyak mempunyai takat didih yang lebih tinggi daripada air dan juga pengalir eletrik yang rendah, membolehkan ia digunakan dalam sistem penyejukan cecair , terutamanya di mana eletrik digunakan.

Pigment warna mudah melarut dalam minyak, membuatkan minyak sesuai sebagai medium penyokong untuk cat. Proses pengeringan yang perlahan kebolehan minyak untuk bercampur menghasilkan satu stail yang realistik. Kaedah ini telah lama digunakan semenjak abad ke-15.

    Minyak Tar

Kebanyakan rumah mandi di Baghdad, Iraq pada zaman dahulu kala menggunakan minyak tar untuk melapisi dindingnya kerana sifatnya yang kalis air. Orang zaman dahulu juga menggunakan minyak tar untuk melapisi dinding kapal untuk mencegahnya daripada kebocoran.

Rujukan

Tags:

Minyak EtimologiMinyak Sifat kimiaMinyak JenisMinyak AplikasiPenggunaanMinyak RujukanMinyakAirCecairHaiwanHidrofobikHidrokarbonLemakLipidPepejalPetrokimiaSebatian kimiaTulisan JawiTumbuhan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

TabbyPuchong, SelangorPerjanjian HudaibiyahBahagian di SarawakFardu KifayahHidroterapiJamal AbdillahKeluaran dalam negara kasarMenteri Kesihatan MalaysiaMatlamat Pembangunan MampanPendidikan di IndonesiaSenarai negara mengikut sistem kerajaanPolis Diraja MalaysiaIskandar ChempakaAedy AshrafTaman Tasik TitiwangsaPasukan Khas LautPerceraian dalam IslamLee Chong WeiMega Movie (Slot TV3)Lee Kee HiongSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaTugu NegaraBandar TaipingAkta Dadah Berbahaya 1952Sabah F.C. (Malaysia)Hari Raya AidilfitriKata adjektifSultan JohorBatu CavesMusang PulutMenteri Besar PerlisKata sendi (bahasa Melayu)Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KebangsaanSunan Gunung JatiPerempuan Itu (drama)Rejimen Askar WataniahSikorsky S-61A-4 NuriJanna NickSyerifUpin & IpinVanny RossyaneIslamKata ganti diriLumut, PerakLaksamana ArmadaSurah al-BaqarahSepahtu Reunion Al-RayaMadinah al-MunawwarahFarali KhanAbby AbadiPukimakMahkamah Malaysia2024 di MalaysiaPeristiwa Bukit KepongTeknologiSaiful ApekR.A. KartiniIpohFilemografi P. RamleeJangan Menangis Cinta (drama)Jabatan Kastam Diraja MalaysiaPerodua KancilAprena ManroseOrganisasi tenteraMohd Shuhaily Mohd ZainFrekuensi radio di JohorRita NadiraAbdullah bin Ahmad BadawiPolis EVOYassin YahyaMyKadMasyarakat majmukGolongan yang terawal memeluk IslamMelakaLobak merahNadhir NasarTayamumLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur🡆 More