Apollo Milton Obote (28 Disember 1925 – 10 Oktober 2005) merupakaan seorang ahli politik kelahiran Uganda; beliau merupakan tokoh penting dalam memerdekakan Uganda dari jajahan British pada tahun 1962.
Beliau berkhidmat sebagai perdana menteri negara tersebut dari tahun 1962 (ketika ia masih lagi sebuah negara beraja) sehingga 1966, serta juga sebagai Presiden selama dua kali yakni dari tahun 1966 hingga 1971 diggulingkan Idi Amin, serta dari tahun 1980 hingga 1985.
Apollo Milton Obote | |
---|---|
Presiden Uganda ke-2 | |
Dalam jawatan 15 April 1966 – 25 Januari 1971 | |
Naib Presiden | John Babiiha |
Didahului oleh | Edward Mutesa (bukan eksekutif) |
Digantikan oleh | Idi Amin |
Dalam jawatan 17 Disember 1980 – 27 Julai 1985 | |
Naib Presiden | Paulo Muwanga |
Didahului oleh | Presidential Commission |
Digantikan oleh | Bazilio Olara-Okello |
Perdana Menteri Uganda ke-2 Perdana Menteri Eksekutif Republik pertama | |
Dalam jawatan 30 April 1962 – 15 April 1966 | |
Didahului oleh | Benedicto Kiwanuka (bukan eksekutif) |
Digantikan oleh | tiada (dimansuhkan) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Apac District, Uganda | 28 Disember 1925
Meninggal dunia | 10 Oktober 2005 Johannesburg, Afrika Selatan | (umur 79)
Parti politik | Uganda People's Congress |
Pasangan | Miria Obote |
Anak-anak | 5 |
Milton Obote lahir di perkampungan Akokoro, wilayah Apac di kawasan utara Uganda. Beliau merupakan anak ketua puak bangsa Lango. Beliau memulaka pendidikannya di Protestant Missionary School Lira tahun 1940 serta kemudiannya ke Gulu Junior Secondary School, Busoga College dan akhirnya Universiti Makerere; beliau mendalami bidang seni umum termasuk bahasa Inggeris dan geografi di universiti tersebut.
Sebaik sahaja Milton habisi pengajiannya dan kembali ke Uganda tahun 1956, beliau menyertai parti Kongres Kebangsaan Uganda. Beliau dilantik memasuki Majlis Perundangan Jajahan (Legislative Council) tahun 1957.
Pada tahun 1959, parti Kongres Kebangsaan terbahagi kepada dua puak; satu puak pimpinan Obote bergabung dengan Kesatuan Rakyat Uganda (Uganda People's Union) membentuk Kongres Rakyat Uganda. Parti Kongres Rakyat Uganda membentuk suatu perikatan dengan Kabaka Yekka, sebuah parti politik royalis Buganda. Gabungan tersebut memenangi kebanyakan kerusi dalam Parlimen dan Obote dilantik Walter Coutts, Gabenor Jeneral Uganda sebagai Perdana Menteri pada 25 April 1962.
Pada tahun berikutnya, jawatan Gabenor Jeneral digantikan dengan suatu jawatan Presiden lantikan parlimen; Raja (atau Kabaka) Mutesa II dilantik sebagai Presiden manakala Obote menjadi Perdana Menteri eksekutif dalam kerajaan tersebut.
Milton digulingkan dalam suatu rampasan kuasa tentera pimpinan Idi Amin pada bulan Januari 1971, ketika beliau ke Singapura menghadiri suatu persidangan Komanwel. Insiden ini dipercayai didalangi sesetengah negara Barat yang berhubungan tegang dengan pemerintah beliau. Obote fled to Tanzania. The fall of Obote's regime was welcomed and celebrated by many Ugandans.
Pilihanraya umum negara tersebut tahun 1980 dimenangi parti Uganda People's Congress pimpinan Obote.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Milton Obote, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.