Manuskrip Timbuktu

Manuskrip Timbuktu merujuk kepada 700,000 dokumen Afrika Zaman Pertengahan yang memuatkan beberapa jenis penulisan daripada karya-karya kesarjanaan sehinggalah surat-surat singkat yang terpelihara dan dimiliki orang awam di Timbuktu.

Manuskrip-manuskrip tersebut diturunkan sebagai pusaka keluarga dan berada dalam keadaan buruk. Sebahagian daripada manuskrip tersebut ditulis pada abad ke-13 Masihi.

Manuskrip Timbuktu
Manuskrip Timbuktu berkaitan matematik dan ilmu falak.
Manuskrip Timbuktu
Manuskrip karya Nasir al-Din Abu al-Abbas Ahmad ibn al-Hajj al-Amin al-Tawathi al-Ghalawi berjudul Kashf al-Ghummah fi Nafa al-Ummah. Daripada Mamma Haidara Commemorative Library, Timbuktu
Manuskrip Timbuktu
Manuskrip Timbuktu, jadual astronomi

Dengan kemerosotan pendidikan Arab di Mali berikutan pemerintahan Perancis minat terhadap manuskrip lama turut merosot di Timbktu sehinggakan banyak manuskrip dijual. Majalah Time mengisahkan seorang imam yang membeli empat manuskrip dengan bayaran $50 (Dolar AS) setiap satu. Pada Oktober 2008, satu daripada rumah di Timbuktu dilanda banjir yang memusnahkan 700 manuskrip.

Sebahagian besar manuskrip ditulis dalam Bahasa Arab, atau bahasa-bahasa Afrika yang ditulis menggunakan skrip Arab, atau menggunakan abjad skrip Arab yang diubah suai sebagai versi Afrika, yang digelar "Skrip Ajami". Bahasa-bahasa tempatan bertulis yang terdapat dalam manuskrip termasuk bahasa Songhay dan Tamasheq. Manuskrip-manuskrip ini berkaitan pelbagai tajuk, termasuk matematik, sains, falsafah, Islam, astronomi, undang-undang dan juga kontrak.

Penyelidikan

Pada tahun 1970, UNESCO menubuhkan satu organisasi bagi memulihara manuskrip tetapi organisasi ini tidak mendapat peruntukan dana sehinggalah tahun 1977. Pada tahun 1998, profesor Henry Gates daripada Universtit Harvard melawat Timbuktu bagi siri penyiaran Public Broadcastng System (PBS). Siaran ini menambah kesedaran awam tentang manuskrip Timbuktu dan membantu mendapatkan dana.

Projek Manuskrip Timbuktu

Projek Manuskrip Timbuktu merupakan satu projek Universiti Oslo yang berjalan dari tahun 2000 sehingga 2007, dengan tujuan membantu memulihara, membuat katalog digital dan memudahkan penyelidikan. catalogue, and making them accessible for research. Ia dibiayai dana daripada kerajaan Luxembourg; dua agensi pembangunan Norway, NORAD dan NUFU; dan beberapa lagi badan seperti Yayasan Ford dan dana khas Duta Amerika Syarikat. Antara hasil projek ialah: penghidupan kembali seni purba berkaitan penjilidan buku dan latihan pakar-pakar tempatan; penubuhan pangkalan data katalog manuskrip yang disimpan di Institut des Hautes Études et de Recherche Islamique – Ahmad Baba (IHERIAB); pendigitan manuskrip IHERIAB; dan perangsangan pertukaran ilmu di kalangan pakar manuskrip di Maghribi dan beberapa negara lan;; memulihkan penerbitan jurnal IHERIAB; dan menerbitkan buku berilustrasi, The Hidden Treasures of Timbuktu: Historic City of Islamic Africa.

Projek Manuskrip Tombouctou

Projek Manuskrip Tombouctou (Tombouctou Manuscripts Project) pula ialah projek berlainan yang dijalankan Universiti Cape Town, Afrika Selatan. Projek ini ialah kerjasama antara kerajaan Afrika Selatan dan merupakan projek kebudayaan sulung "Perkongsian Baharu bagi Pembangunan Afrika". Projek ini dituuhkan pada tahun 2003 dan masih berjalan. Satu laporan projek telah diterbitkan pada tahun 2008.

Dokumentasi

Beberapa projek dokumentasi berkaitan manuskrip Timbuktu telah dibuat termasuk:

1. Buku berkaitan Timbuktu yang membincangkan beberapa teks manuskrip yang diterbitkan pada tahun 2008.

2. Filem berkaitan projek bertajuk, The Ancient Astronomers of Timbuktu, yang diterbitkan Yayasan Ford dan Tabung Amanah Peringatan Oppenheimer pada tahun 2009.

3. Rangkaian TV Perancis/Jerman ARTE menerbitkan filem berkaitan warisan manuskrip Timbuktu, juga pada tahun 2009: Tombouctou: les manuscrits sauvés des sables Filem boleh ditonton dalam talian:

4. Sebuah filem berjudul Manuscripts of Timbuktu diterbitkan oleh Perbadanan Penyiaran Afrika Selatan juga pada tahun 2009.

5. Imej-imej digital tiga puluh dua manuskrip juga boleh dicapai daripada Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat. Sebahagian koleksi ini juga boleh dicapai melalui tapak web Perpustakaan Digital Dunia PBB..

Nota

Pautan luar


Video

Tags:

Manuskrip Timbuktu PenyelidikanManuskrip Timbuktu DokumentasiManuskrip Timbuktu NotaManuskrip Timbuktu Pautan luarManuskrip TimbuktuTimbuktuZaman Pertengahan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Gerakan Aceh MerdekaNazim OthmanPegawai WaranGerhana SkacintaPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSingapuraAbang Long FadilDidi AstillahPembentukan MalaysiaPerkahwinan menurut IslamTenaga Nasional BerhadJasmine Suraya ChinHari DeepavaliUniversiti Teknologi MARAHantu rayaKelurNombor telefon di MalaysiaProton SatriaBaba dan NyonyaMeerqeenFrekuensi radio di SelangorAmyra RosliOne Cent ThiefKesultanan Johor-RiauSenarai negara mengikut sistem kerajaanBryan DomaniBintang RTMNILAMSejarah MelakaBuliPiala ThomasSenarai gunung berapi di IndonesiaKomunikasiRukun ImanSistem pernafasanPencemaran udaraIntegritiSri Pahang FCMenteri Pertahanan MalaysiaPegawai Waran IAmir AhnafHukum Kanun MelakaBendera PalestinAedy AshrafSepahtu Reunion Al-RayaUniversiti Utara MalaysiaAbu Bakar as-SiddiqDewan Rakyat MalaysiaLaskar Udara KananProton Saga (generasi kedua)Ayah PinJepunKuala TerengganuBadmintonCuti umum di MalaysiaKartina AyoobAliff Syukri KamarzamanNadia BrianParti Rakyat India MalaysiaWan Azizah Wan IsmailAdat resam kahwin MelayuUmar bin Al-KhattabSyed Mokhtar Al-BukharySurah Al-InsyirahKementerian Perhubungan Republik IndonesiaTengku Ismail Leon PetraBaju tradisional MelayuMuhammad bin Idris al-SyafiiIntan LadyanaErma FatimaMarsyal TUDMNaqiu BoboyFrekuensi radio di KelantanGeografi IndonesiaR.A. KartiniKhaliq Mehtab Mohd IshaqRespirasi sel🡆 More