Maamme

Maamme (Bahasa Finland), atau Vårt land (Bahasa Sweden), merupakan lagu kebangsaan de facto bagi Finland.

Tajuk ini bermaksud "tanah air kita".

Maamme
Maamme dalam Fänrik Ståhls Sägner
Maamme

Muzik ini digubah oleh seorang pendatang Jerman bernama Frederik Pacius, dengan kata-kata asal dalam Bahasa Sweden oleh seorang Finland yang berbahasa Sweden bernama Johan Ludvig Runeberg, dan dipersembahkan buat kali pertama pada 13 Mei 1848. Puisi asal yang ditulis pada tahun 1846 tetapi tidak dicetak hingga tahun 1848, mempunyai 11 rangkap stanza dan membentuk prolog bagi kitar besar puisi Fänrik Ståhls Sägner, satu karya besar nasionalisme romantik. Teks bahasa Finland kini biasanya merujuk kepada terjemahan pada tahun 1889 bagi Ensign Stål oleh Paavo Cajander, namun sebenarnya berasal daripada terjemahan pada tahun 1867 oleh Julius Krohn.

Fänrik Ståhls Sägner amat dihargai di seluruh Scandinavia. Sehinggalah kemerdekaan Finland pada 1917–18, apabila lagu itu mula dicam sebagai berkait khusus kepada Finland, lagu Pacius dan teks Runeberg ini turut dinyanyikan di Denmark, Norway dan Sweden. Perhatikan bahawa dalam teks bahasa Sweden asal tidak terdapat rujukan terhadap Finland (kecuali dalam rangkap 4 dan 10 yang jarang dinyanyikan), cuma terhadap sebuah negara di utara, namun teks bahasa Finland lagu ini menyebut negara Finland secara khusus. Lagipun, tema puisi ini amat serupa dengan lagu kebangsaan Sweden (Du gamla, Du fria) dan Norway (Ja, vi elsker dette landet).

Sesetengah orang Finland telah mencadangkan yang lagu kebangsaan Finland ditukar kepada Finlandia oleh Jean Sibelius, sebahagiannya kerana melodi Pacius juga digunakan untuk lagu kebangsaan Estonia dengan teks bertema serupa, Mu isamaa, Tanah Airku (1869). Dikhabarkan juga bahawa Pacius menggubah lagu ini dalam masa 15 minit sahaja, tanpa menyangka yang ia akan menjadi begitu penting kepada penduduk Finland sehingga mereka mengambilnya sebagai lagu kebangsaan. Terdapat juga mereka yang lebih suka Finlandia sebagai satu sebuah lagu sahaja, walaupun kritik mengatakannya sukar dinyanyikan.

Lagu Maamme mempunyai persamaan dengan lagu minum Jerman Papst und Sultan. Ramai yang percaya Fredrik Pacius meniru sama ada secara sengaja atau tidak sebahagian lagu itu. Satu lagi lagu patriotik Finland, Sotilaspoika, juga gubahan Pacius, turut memiliki persamaan dengan Papst und Sultan.

Lirik

Berikut merupakan perenggan pertama dan perenggan akhir lirik dalam Bahasa Finland, Bahasa Sweden (tulisan asal), dan terjemahan Bahasa Melayu:

Maamme

(terjemahan daripada Bahasa Sweden, seperti dalam edisi Paavo Cajander)

    Oi maamme, Suomi, synnyinmaa,
    soi, sana kultainen!
    Ei laaksoa, ei kukkulaa,
    ei vettä, rantaa rakkaampaa
    kuin kotimaa tää pohjoinen,
    maa kallis isien.
    Sun kukoistukses kuorestaan
    kerrankin puhkeaa;
    viel' lempemme saa nousemaan
    sun toivos, riemus loistossaan,
    ja kerran laulus, synnyinmaa
    korkeemman kaiun saa.

Vårt land

(asal, oleh Johan Ludvig Runeberg)

    Vårt land, vårt land, vårt fosterland,
    ljud högt, o dyra ord!
    Ej lyfts en höjd mot himlens rand,
    ej sänks en dal, ej sköljs en strand,
    mer älskad än vår bygd i nord,
    än våra fäders jord!
    Din blomning, sluten än i knopp,
    Skall mogna ur sitt tvång;
    Se, ur vår kärlek skall gå opp
    Ditt ljus, din glans, din fröjd, ditt hopp.
    Och högre klinga skall en gång
    Vår fosterländska sång.

Our Land

(translation by Clement Burbank Shaw from the Swedish version)

    Our land, our land, our fatherland,
    Sound loud, O name of worth!
    No mount that meets the heaven's band,
    No hidden vale, no wavewashed strand,
    Is loved, as is our native North,
    Our own forefathers' earth.
    Thy blossom, in the bud laid low,
    Yet ripened shall upspring.
    See! From our love once more shall grow
    Thy light, thy joy, thy hope, thy glow!
    And clearer yet one day shall ring
    The song our land shall sing.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Templat:National Anthems of Europe

Tags:

Maamme LirikMaamme Lihat jugaMaamme RujukanMaamme Pautan luarMaammeBahasa FinlandBahasa SwedenFinlandLagu kebangsaan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Wardina SafiyyahMarga SangirJenis air untuk bersuci dalam IslamKajangIjazah sarjanaAliff Syukri KamarzamanProton WiraBabiPerceraian dalam IslamPerodua MyViSurah al-AlaqMyKadYusof HaslamTunku Ismail ibni Sultan IbrahimSyafiq YusofSuso (pemain bola sepak)Plat pendaftaran kenderaan MalaysiaMasya-AllahPenjaga gawang (bola sepak)HawariAssalamualaikumOsloRadius OneAdnan bin SaidiMira FilzahDaiyan TrishaBandaraya MexicoSolat hajatAyob Khan Mydin PitchayMohd Aidil Zafuan Abdul RadzakSe7en (filem 1995)Sekolah Menengah Kebangsaan LikasPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2022The GadysHajarulaswadAbang Johari Tun Openg17 PuasaBahasa MaduraSyed Mohd Yusof Syed NasirEmma MaembongYouTubeNabi Musa a.s.Upin & IpinSari YantiShahril Sufian HamdanPersekutuan Pengakap MalaysiaJulia RaisPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaNabi Sulaiman a.s.Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou XiaoshanMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahPerang PadriBadmintonParameswaraKebudayaan MalaysiaSultanah ZanariahYamanLencana pangkat TLDMLembah BujangElizabeth TanCharlie AdamSultan Iskandar ibni Sultan IsmailMacTurkiPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaPerakFadhlina SidekOrang Melayu IndonesiaImam MahdiRinggitPandemik COVID-19 di MalaysiaFazidah JonedMYTV BroadcastingZiana ZainAn-Nuayman bin AmrMeerqeen15 Puasa (telefilem)🡆 More