Hajarulaswad

Hajarul Aswad (الحجر الأسود) yang bermaksud batu hitam atau nama isteri Nabi Ibrahim A.s yang membawa maksud berkulit gelap -Hajar hitam - merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah.

Kalau berkaitan dengan Kaabah maka ia terletak di salah satu bucu Kaabah dimana apabila orang yang ingin mengerjakan haji ingin memulakan tawaf mereka maka mereka hendaklah memulai tawaf itu dengan membetulkan bahu kiri mereka ke arah Hajarul Aswad berpusing sebanyak tujuh kali dan akhir sekali dengan akhir di Hajarul Aswad juga. Pada awal tawaf bermula dari Hajarul Aswad dan mengakhirkannya di Hajarul Aswad juga.

Ciuman sebagai sunnah semata-mata

Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajarul Aswad), beliau berkata-kata:

“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andai aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukannya (mencium Hajarul Aswad).”

Sejarah Hajarul Aswad

Menurut kefahaman Islam, Hajarul Aswad datang daripada syurga dan warnanya putih asalnya , tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan

Menurut Ibn Ishaq dalam bukunya Sirah Rasul Allah SAW, diceritakan kisah pembinaan semula Ka'abah oleh kabilah - kabilah Mekah berikutan banjir besar melanda keatas Ka'abah yang telah memusnahkan sebahagian struktur nya. Ketika itu, Hajarul Aswad telah dialihkan sementara bagi memberi laluan kepada pembinaan semula Ka'abah. Setelah pembinaan semula siap, kabilah - kabilah Mekah bertelingkah sesama sendiri mengenai kabilah mana yang lebih berhak untuk meletakkan kembali ketempat asalnya didalam Ka'abah.


Kemudian nya, mereka mengambil keputusan untuk menunggu sesiapa sahaja yang akan memasuki kawasan Ka'abah selepas itu, akan diminta membuat keputusan berkenaan perbalahan mereka. Dengan kehendak Allah jualah, lelaki yang memasuki itu adalah Muhammad bin Abdullah. Usia beliau ketika itu baru mencecah 35 tahun, iaitu 5 tahun sebelum beliau menerima wahyu keRasulan. Dengan kebijaksanaan baginda , baginda meminta disediakan sehelai kain lalu meletakkan Hajarul Aswad ditengah - tengah kain tersebut. Setiap ketua daripada setiap kabilah Mekah itu diminta untuk bersama memegang tepian kain tersebut lalu mengangkatnya.

Akhirnya Muhammad SAW sendiri yang meletakkan kembali Hajarul Aswad ketempat yang sepatutnya sedia ada, sambil memberikan kepuasan hati setiap kabilah Mekah atas kehormatan yang mereka terima secara adil. Begitulah asalnya bagaimana Muhammad bin Abdullah mendapat gelaran "Al-Amin" atau "Orang Yang Dipercayai" dikalangan masyarakat Arab.

Tags:

BatuKaabah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Frekuensi radio di Negeri SembilanPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaPerang AhzabAhli Sunah WaljamaahOne Cent ThiefSenarai raja-raja MelayuKota BharuHarimauMohd Shuhaily Mohd ZainBella DallyR.A. KartiniKristianBuliTunku Ismail ibni Sultan IbrahimProton SagaSabah F.C. (Malaysia)Sabrina AliAbby AbadiMarsyal TUDMMenteri Pendidikan MalaysiaRemy IshakXPDCAngel (penyanyi)SyasyaKata adjektifCarles PuigdemontDarurat Tanah MelayuJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaParti Islam Se-MalaysiaZarina ZainoordinPenjodoh bilangan bahasa MelayuNabi Adam a.s.Amir Hamzah AzizanKhir RahmanAyob Khan Mydin PitchayHawa RizwanaKerajaan KutaiIsmail Mohamed SaidMay (kugiran)Hussein OnnSunan Gunung JatiFarah AhmadPulau PangkorSitiawanMusa HassanSuntikanJohorSenarai pelakon lelaki MalaysiaYasmin AhmadLencana pangkat TLDMTengku Permaisuri NorashikinPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaFahmi FadzilRaja Zarith SofiahBendera ThailandSungai BulohBulan Bahasa KebangsaanRogolCerita Rakyat MalaysiaGolongan yang terawal memeluk IslamJamal AbdillahJambatan Pulau PinangKuala Kubu BharuSeri KembanganHari Kebangsaan MalaysiaPerlisHutan hujan pergunungan Semenanjung MalaysiaNafiez ZaidiYusof HaslamBiduanita NegaraRukun NegaraLapisan ozonKata kerja tak transitifMinal 'Aidin wal-FaizinHassan MaricanPenanda wacanaKata ganti diriIndonesia🡆 More