Ketelanjangan

Ketelanjangan atau kebogelan adalah keadaan badan seseorang yang tidak memakai pakaian atau tidak ditutupi apa-apa pun - yakni, telanjang atau bogel sehingga menampakkan dan mendedahkan kulit keseluruhan anggota badan termasuk kemaluan sendiri.

Ketelanjangan
Calon-calon pemuda yang memasuki Kor Marin telanjang menjalani pemeriksaan fizikal di San Francisco, 1941.
Ketelanjangan
Seni garis menunjukkan seorang lelaki dan wanita bogel direka untuk mendidik makhluk asing mengenai badan manusia, dari Plak Pioneer.

Kebogelan mungkin timbul dalam banyak situasi, baik dalam konteks seksual atau bukan-seksual. Perbuatan berbogel selalunya dilakukan oleh manusia ketika ia sedang melakukan persetubuhan, atau pencucian/pembersihan (pakaian ataupun tubuhnya) secara bersendirian di dalam ruangan tertutup seperti di dalam tandas. Namun ada juga manusia yang berbogel ketika tidur, sementara ada juga bertelanjang pada situasi yang berlainan misalnya seperti untuk tujuan keselamatan dan peragaan diri. Tempoh bagi seseorang itu bertelanjang juga berbagai bergantung kepada situasi, dengan beberapa orang memilih untuk hidup gaya hidup telanjang, sementara yang lain melakukannya cuma sekejap, seperti pada ekshibisionisme, atau kadang-kala, seperti berenang secara bertelanjang. Ketelanjangan telah digambarkan dalam berbagai media, kesenian, fotografi, filem dan di Internet. Ini merupakan faktor dalam hiburan dewasa dari berbagai jenis. Ketelanjangan di hadapan orang lain dapat menimbulkan kontroversi kerana ketelanjangan bukanlah merupakan suatu budaya yang boleh suka-suka ditonjolkan kepada masyarakat secara bebas.

Banyak orang memiliki pandangan yang amat kuat tentang kelakuan bertelanjangan, yang kepada mereka mengangkat isu-isu dan standard dari kerendahan hati, kesopanan dan moraliti. Pada waktu yang sama, aspek erotik dari ketelanjangan telah menarik penonton pada setiap saat dalam sejarah manusia.

Jenis

Kebogelan secara kasarnya dibahagikan kepada 2 situasi yang berbeza iaitu:

  • Telanjang bulat: bertelanjang bebas tanpa mengenakan seurat benang atau kain bagi menutup tubuh khususnya pada bahagian alat sulit/bahagian intim individu.
  • Telanjang separa: keadaan di mana mengenakan pakaian atau kain masih dikenakan untuk menutup bahagian sulitnya, namun penutupan tersebut agak terhad dan masih mendedahkan susuk tubuh dan seolah-olah kelihatan bertelanjang atau tanpa mengenakan pakaian (misalnya dalam keadaan masih berpakaian dalam atau pakaian mandi).

Tujuan

Beriadah

Terdapat seberapa kegiatan yang dilakukan dalam keadaan bogel ini termasuk lumba lari, berbasikal dan sebagainya. Di Eropah, ada sebilangan kawasan pantai khusus di mana para pengunjung digalakkan bertelanjang semasa beriadah malah sebarang pakaian diharamkan.

Yoga itu sendiri pernah lazim dilakukan dalam keadaan kurang berpakaian sejak zaman dahulu lagi, ia pernah dicatat dalam kitab Bhagavata Purana dari abad ke-7.

Kaum lelaki masyarakat Yunani Purba digalakkan bertelanjang semasa bersukan di mana ia dianggap sebagai tanda menghormati dewa-dewi (lagi-lagi kepada Herakles, Hermes dan Theseus) serta mengalakkan kesedaran bentuk jasmani dalam kalangan pesukan. Malah, sikap berpakaian semasa bersukan ini atau rasa malu berbogel sebagai sikap kegasaran.

Bermandi

Ketelanjangan 
Sekeluarga bertelanjang di Tasik Senftenberg, Jerman (gambar bertarikh 1983)

Sauna sering digunakan dalam keadaan tidak berpakaian langsung seperti di rantau Skandinavia serta di negara-negara berbahasa Jerman (termasuk Jerman dan Austria). Sauna-sauna Skandinavia sering mengasingkan pengguna mengikut jantina namun Eropah Barat - termasuk Switzerland, Belgium, Belanda dan Luxembourg - tidak begitu.

Masyarakat Jepun digalakkan berbogel semasa dalam permandian baik di bangunan awam khusus (sentō) atau rumah penginapan mata air panas (onsen). Mereka selalunya mandi secara campur jantina namun semakin kurang lazim sejak zaman Meiji. Tempat permandian sering diasingkan mengikut jantina di kawasan kota

Adab di rumah permandian jjimjilbang di Korea bergantung mengikut jenis - para pelawat mesti berpakaian jika rumah tersebut bercampur jantina, namun pelawat mesti bertelanjang di rumah yang khusus jantina tertentu sahaja.

Bertelanjang menjadi suatu pilihan dalam permandian awam di Rusia yang diasingkan mengikut jantina pengunjung.

Seni

Nota

Rujukan

    Sumber utama

Tags:

Ketelanjangan JenisKetelanjangan TujuanKetelanjangan NotaKetelanjangan RujukanKetelanjanganKulitPakaian

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Aliff Syukri KamarzamanSolehahNabi Isa a.s.Ungku Ismail AzizKerajaan Bani UmaiyahMisteri DilailaBidaraPerang Dunia KeduaKuantanBandar TaipingGol & Gincu (filem)Lapisan rangkaianPerlisFacebookYusof HaslamKKN di Desa Penari (filem)Insya-AllahKhunsa (siri TV)MatahariSubang JayaSungai BulohAbu Bakar as-SiddiqMalaysiaCuti umum di MalaysiaPahamin RajabParti Islam Se-MalaysiaSarafLiberalismeZarina ZainuddinSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahMarried Tapi BenciGerak KhasHantu Kak LimahSultan PahangHarvey NormanAnwar IbrahimKemamanFrekuensi radio di KelantanFattah AminMohamad SabuKuala Kubu BharuAbang Long FadilAbdul Taib MahmudFadlan HazimVincent TanPuaka Cuti SemesterKL Gangster 2Niezam ZaidiBola tamparHero RemajaWanita SyurgaRukun ImanSarimah AhmadR.A. KartiniSelawatKapitalismeMenteri Pertahanan MalaysiaSyasyaBendera PalestinOmbak Rindu (filem)Israk dan MikrajTentera Udara Diraja MalaysiaAsmidarAzhar IdrusSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiJohan GhazaliSheikh Muszaphar ShukorRizky NazarKota BharuRisteena MunimDaerah LangkawiSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahWan Azizah Wan IsmailHantu Kak Limah Balik RumahRazarudin HusainOktovia Manrose🡆 More