Kerajaan Kush

Kerajaan Kush (Jawi: ‏کراجاءن كوش‎code: ms is deprecated ‎; Mesir: 𓎡𓄿𓈙 𓈉 kꜣš, Assyria: Kûsi, dalam LXX Χους atau Αἰθιοπία; Bahasa Qibti: ⲉϭⲱϣcode: cop is deprecated Ecōš; Ibrani: כּוּשׁcode: he is deprecated Kūš), juga dipanggil Empayar Kush, atau Kush sahaja, merupakan sebuah kerajaan purba di Nubia, bertempat di tengah Lembah Nil di kawasan yang kini dikenali sebagai Sudan utara dan selatan Mesir.

Kerajaan Kush
Qes  (Meroitik)
s. 780 SM – s. 350 TM
Nusa teras Kush, dan Empayar Kush Dinasti Mesir Kedua Puluh Lima, sekitar 700 SM[3]
Nusa teras Kush, dan Empayar Kush Dinasti Mesir Kedua Puluh Lima, sekitar 700 SM
Ibu negaraKerma
Napata
Meruwi
Bahasa yang umum digunakanMeroitik
Mesir
Blemmies
Bahasa-bahasa Nubia
Agama
Agama Kush
Politeisme Kush
Agama Mesir Purba
KerajaanMonarki
Raja 
Sejarah 
• Diasaskan
s. 780 SM 
• Ibu kota dipindahkan ke Meruwi
591 SM
• Diasaskan
 s. 350 TM
Populasi
• Fasa Meruwi
1,150,000
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Kush Kerajaan Baru Mesir
Alodia Kerajaan Kush
Makuria Kerajaan Kush
Nobatia Kerajaan Kush
Kerajaan Aksum Kerajaan Kush
Budaya Kumpulan X Kerajaan Kush
Sekarang sebahagian dariSudan
Mesir

Nubia merupakan rantau awal yang mana orang membina tamadun kompleks serta berdagang dan membina industri. Negara kota Kerma menjadi gabungan politik yang terkuat antara 2450 dan 1450 SM, mengawal Lembah Nil antara riam pertama dan keempat, sebuah kawasan yang seluas Mesir. Orang Mesir adalah orang yang pertama memanggil Kerma sebagai "Kush" dan selama beberapa abad berikutnya kedua-dua tamadun saling berperang, berdagang dan bertukar budaya.

Sebahagian besar Nubia diperintah Mesir semasa zaman Kerajaan Baru (1550–1070 SM). Berikutan perpecahan Mesir semasa pertengahan keruntuhan Zaman Gangsa Akhir, orang Kush mengasaskan sebuah kerajaan semula di Napata (kini Karima, Sudan). Walaupun orang Kush banyak menyerap budaya Mesir, seperti memuja Amun, dan kerabat diraja kedua-dua kerajaan itu kadang-kadang saling mengahwini, budaya, bahasa dan etnik Kush adalah berbeza; seni Mesir membezakan orang Kush dengan pakaian, penampilan, dan juga pengangkutan mereka.

Pada abad ke-8 SM, Raja Kashta dengan aman menjadi Raja Mesir Hulu, manakala puteri baginda, Amenirdis, dilantik sebagai Pendeta Besar Amun di Thebes. Waris baginda, Piye, menyerang Mesir Hilir, mengasaskan Dinasti Kedua Puluh Lima yang diperintah oleh orang Kush. Puteri kepada Piye, Shepenupet II, juga dilantik sebagai Pendeta Besar Amun. Raja-raja Kush memerintah Mesir selama lebih satu abad sehingga penaklukan Assyria, diusir akhirnya oleh raja Assyria, Esarhaddon dan Ashurbanipal, pada pertengahan abad ke-7 SM. Selepas memutuskan hubungan dengan Mesir, ibu kota empayar Kush terletak di Meruwi, yang pada masa itu dikenali oleh orang Yunani sebagai Aethiopia.

Dari abad ketiga SM hingga abad ketiga Masihi, Nubia utara diserang dan diilhak oleh Mesir. Diperintah oleh orang Makedonia dan Rom selama 600 tahun selepas itu, wilayah Kush dipanggil oleh dunia Yunani-Rom sebagai Dodekaskhoinos. Ia kemudiannya dirampas balik oleh raja Kush keempat, Yesebokheamani. Kerajaan Kush kekal sebagai kuasa serantau yang hebat sehingga abad keempat Masihi, lemah dan dihancurkan pemberontakan dalaman dan iklim yang menjadi teruk. Kerana orang Noba dan Blemmies berperang dengan orang Kush, kerajaan Aksum mengambil kesempatan ini, menawan Meruwi dan curi emasnya, menandakan berakhirnya kerajaan Kush dan pembubarannya kepada tiga negeri kecil, Nobatia, Makuria dan Alodia. Akan tetapi, ada kemungkinan Aksum tidak lama berada di Meruwi. Beberapa ketika selepas peristiwa ini, Kerajaan Alodia akan menguasai wilayah selatan bekas empayar Meruwi dan beberapa bahagian Eritrea.

Selepas lama dibayangi jiran Mesirnya yang lebih terkenal, penemuan arkeologi akhir abad ke-20 telah menunjukkan Kush satu tamadun yang begitu maju. Orang Kush mempunyai bahasa dan tulisan sendiri; menjaga ekonomi yang kompleks berpusatkan perdagangan dan industri; mahir dalam memanah; dan telah membangunkan masyarakat bandar yang kompleks dengan keterlibatan wanita yang sangat tinggi.

Nama

 

Kush dalam hieroglif
kG1S
N25

k3š
Ku'sh

Nama asli Kerajaan Kush dicatatkan dalam bahasa Mesir sebagai kꜣš, mungkin disebut IPA: [kuɫuʃ] atau IPA: [kuʔuʃ] dalam bahasa Mesir Pertengahan, apabila ia mula-mula digunakan untuk Nubia, berdasarkan transliterasi Akkadia era Kerajaan Baru bagi bentuk genitif, kūsi.

Ia juga nama kaum penduduk asli yang memulakan kerajaan Kush. Nama ini juga terdapat dalam nama-nama orang Kush, seperti Raja Kashta (transkripsi bagi kꜣš-tꜣ "(orang dari) negeri Kush"). Dari segi geografi, umumnya Kush merujuk kepada wilayah selatan riam pertama. Kush juga kediaman raja-raja Dinasti ke-25.

Dalam sumber Yunani, Kush dipanggil Kous (Κους) atau Aethiopia (Αἰθιοπία).

Kush dan Kajian Mesir Purba

Disebabkan Kerajaan Kush berdekatan dengan Mesir Purbariam pertama di Elefantin biasanya dianggap sebagai sempadan tradisional antara dua kerajaan itu – dan kerana dinasti ke-25 memerintah kedua-dua negara pada abad kelapan SM, dari Lembah Rift hingga pergununan Taurus, sejarawan telah mengaitrapatkan kajian Kush dengan Mesirologi, selaras dengan andaian bahawa perkembangan sosial dan politik jiran-jiran Mesir boleh difahami dengan meneliti Mesir.[petikan diperlukan] Akibatnya, struktur politik dan organisasi Kush sebagai sebuah negara purba yang merdeka tidak banyak mendapat perhatian daripada para sarjana, dan masih terdapat banyak maklumat yang belum diketahui terutamanya tentang zaman terawal negeri itu.[petikan diperlukan] Edwards mencadangkan bahawa mengkaji wilayah itu boleh mendapat manfaat jika Kush diiktiraf sebagai sebuah negeri tersendiri, dengan kebudayaan yang berbeza, bukannya hanya sebagai negara sekunder di pinggir Mesir.

Galeri

Rujukan

Sumber

Bacaan lanjut

Tags:

Kerajaan Kush NamaKerajaan Kush Kush dan Kajian Mesir PurbaKerajaan Kush GaleriKerajaan Kush RujukanKerajaan Kush Bacaan lanjutKerajaan KushBahasa AkkadiaBahasa IbraniBahasa MesirBahasa QibtiLembah NilMesirNegara bukit (hieroglif)SeptuagintaSudanTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Lelaki ItuZodiakSlot AkasiaMuaz ZabirAyob Khan Mydin PitchayFrekuensi radio di PahangNabi Adam a.s.ObesitiNabi Musa a.s.DollaMerdeka 118Kata namaIskandar ChempakaFalsafah Pendidikan MalaysiaPokok MambuUqasha SenroseSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in BillahKesultanan Johor-RiauKhamis PutihJarell QuansahNabi Musa menyeberangi Laut MerahParameswaraSharifah HusnaMuhammad al-FatihHukum madAbdul Taib MahmudQasrina KarimKeperibadianKerajaan TarumanagaraGayatri Su-Lin PillaiHang TuahKanun PerubatanSyafiq YusofNasi kerabuFrekuensi radio di KelantanFranco BaresiKedudukan Dunia FIFAPiala Dunia FIFA 2018Bandar Raya MexicoSenarai buahNabiUniversiti MalayaFimie DonUjian dadahDeria bauMohd Safee Mohd SaliSurah al-FatihahBugisWadi AnnuarPenanda wacanaCristiano RonaldoFrekuensi radio di JohorMyKadTunku Aminah Maimunah IskandariahIslamPakistanSyahadahNabil AqilThe GadysRukun ImanHarris AlifNombor dalam budaya CinaMohd Noor Helmy Abdul HalemRuqyahHulu LangatKumpulan Wang Simpanan PekerjaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuI.D.Sandrinna MichellePulau PinangNabi Isa a.s.Iman TroyeRukun IslamSultan PerakEmma MaembongTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahLee Chong WeiHuminodunAriz Lufias🡆 More