Zon Eropah untuk kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menyaksikan 53 pasukan bertanding untuk merebut 13 tempat di Brazil.
Proses kelayakan bermula pada 7 September 2012 dan tamat pada 19 November 2013. Sembilan juara kumpulan layak terus ke Piala Dunia manakala lapan pasukan naib juara akan bertanding di playoff.
Belanda, Belgium, Bosnia dan Herzegovina, England, Itali, Jerman, Rusia, Sepanyol dan Switzerland antara pasukan yang layak sebagai juara kumpulan masing-masing. Croatia, Greece, Perancis dan Portugal layak sebagai juara play-off.
Kesemua 53 pasukan kebangsaan UEFA memasuki kelayakan ini. Undian untuk kelayakan kumpulan telah berlangsung di Marina da Glória di Rio de Janeiro, Brazil pada 30 Julai 2011. Format kelayakan sama seperti 2010. Pasukan-pasukan akan dicabut ke dalam lapan kumpulan. Lapan pasukan yang merupakan juara kumpulan akan layak terus ke Piala Dunia. Lapan naib juara kumpulan terbaik akan diundi pada perlawanan play-off dan empat pasukan yang menang akan layak ke Piala Dunia.
Kedudukan Dunia FIFA Julai 2011 digunakan untuk pengundian seluruh pasukan. UEFA memohon kepada FIFA supaya tidak meletakkan Armenia dan Azerbaijan serta Rusia dan Georgia di dalam balang yang sama. Walau bagaimanapun, Armenia dan Azerbaijan diletakkan di balang yang sama namun mereka tidak dicabut bersama-sama.
Kedudukan FIFA bagi setiap pasukan ditunjukkan di dalam kurungan manakala pasukan yang layak ke kejohanan akhir akan dihitamkan seperti ini (bold).
Balang 1 | Balang 2 | Balang 3 |
---|---|---|
Sepanyol (1) | Perancis (15) | Switzerland (30) |
Balang 4 | Balang 5 | Balang 6 |
Bulgaria (48) | Armenia (70) | Wales (112) |
Perlawanan bagi pusingan pertama bermula pada 7 September 2012 dan tamat pada 15 Oktober 2013.
Kumpulan A | Kumpulan B | Kumpulan C | Kumpulan D | Kumpulan E | Kumpulan F | Kumpulan G | Kumpulan H | Kumpulan I |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Belgium | Itali | Jerman | Belanda | Switzerland | Rusia | Bosnia dan Herzegovina | England | Sepanyol |
Croatia | Denmark | Sweden | Romania | Iceland | Portugal | Yunani | Ukraine | Perancis |
Serbia Scotland Wales Macedonia Utara | Republik Czech Bulgaria Armenia Malta | Austria Ireland Kazakhstan Kepulauan Faroe | Hungary Turki Estonia Andorra | Slovenia Norway Albania Cyprus | Israel Azerbaijan Ireland Utara Luxembourg | Slovakia Lithuania Latvia Liechtenstein | Montenegro Poland Moldova San Marino | Finland Georgia Belarus |
Kedudukan bagi setiap kumpulan dinyatakan seperti berikut:
Jika dua atau lebih pasukan berkongsi mata, kedudukan akan ditentukan melalui:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Disebabkan satu kumpulan kekurangan satu pasukan berbanding kumpulan yang lain, perlawanan menentang pasukan di tempat terakhir tidak diambil kira untuk tiap-tiap enam kumpulan dan tidak termasuk pada kedudukan. Sebagai keputusannya, lapan perlawanan yang dimainkan setiap pasukan dikira sebagai proses kedudukan tempat kedua.
Lapan pasukan naib juara ditentukan oleh:
K | Pasukan | BP | M | S | K | BG | GB | PG | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
G | Yunani | 8 | 6 | 1 | 1 | 9 | 4 | +5 | 19 |
I | Perancis | 8 | 5 | 2 | 1 | 15 | 6 | +9 | 17 |
F | Portugal | 8 | 4 | 3 | 1 | 15 | 8 | +7 | 15 |
H | Ukraine | 8 | 4 | 3 | 1 | 11 | 4 | +7 | 15 |
C | Sweden | 8 | 4 | 2 | 2 | 15 | 13 | +2 | 14 |
E | Iceland | 8 | 4 | 2 | 2 | 15 | 14 | +1 | 14 |
D | Romania | 8 | 4 | 1 | 3 | 11 | 12 | −1 | 13 |
A | Croatia | 8 | 3 | 2 | 3 | 9 | 8 | +1 | 11 |
B | Denmark | 8 | 2 | 4 | 2 | 9 | 11 | −2 | 10 |
Lapan pasukan naib juara terbaik akan bertanding di pusingan kedua atau pusingan play-off. Pasukan ini akan bermain sebanyak dua perlawanan iaitu perlawanan di laman sendiri dan di tempat lawan. Pemenang akan layak ke Piala Dunia FIFA 2014.
Pengundian pusingan kedua bertempat di ibu pejabat FIFA di Zurich, Switzerland pada 21 Oktober 2013. Kedudukan Dunia FIFA Oktober 2013 digunakan untuk membahagikan pasukan bagi perlawanan ini.
Berikut pasukan-pasukan mengambil bahagian di pusingan playoff:
Balang 1 | Balang 2 |
---|---|
Perlawanan play-off ini dimainkan pada 15 dan 19 November 2013.
Pasukan #1 | Agg. | Pasukan #2 | Tempat sendiri | Tempat lawan |
---|---|---|---|---|
Portugal | 4 – 2 | Sweden | 1–0 | 3–2 |
Ukraine | 2 – 3 | Perancis | 2–0 | 0–3 |
Yunani | 4 – 2 | Romania | 3–1 | 1–1 |
Iceland | 0 – 2 | Croatia | 0–0 | 0–2 |
Kumpulan | Ketinggian | Rendah | Purata |
---|---|---|---|
Kumpulan A | 47,369 | 6,500 | 26,869 |
Kumpulan B | 37,027 | 3,517 | 18,573 |
Kumpulan C | 72,369 | 4,300 | 30,007 |
Kumpulan D | 53,329 | 723 | 26,686 |
Kumpulan E | 30,712 | 1,600 | 10,583 |
Kumpulan F | 54,212 | 1,324 | 23,127 |
Kumpulan G | 26,211 | 1,112 | 9,150 |
Kumpulan H | 86,645 | 736 | 31,559 |
Kumpulan I | 78,329 | 12,607 | 38,985 |
Terdapat 749 gol dalam 268 perlawanan dan secara puratanya 2.79 gol per perlawanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 (UEFA), which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.