Liechtenstein

Liechtenstein (disebut ) atau nama rasminya Kerajaan Liechtenstein (Jerman: Fürstentum Liechtensteincode: de is deprecated , ˈfʏʁstəntuːm ˈliːçtənʃtaɪn (bantuan·info), bahasa Inggeris: Principality of Liechtensteincode: en is deprecated ) ialah sebuah negara mikro terletak di Eropah Barat.

Ia bersempadan dengan Switzerland di barat dan selatan serta Austria di timur. Luas negara ini hanya sedikit melebihi 160 km² (kira-kira 61.7 batu persegi) manakala jumlah penduduknya dianggarkan seramai 35,000. Ibu negaranya ialah Vaduz, manakala bandar terbesarnya pula ialah Schaan.

Kerajaan Liechtenstein
كراجان ليختنشتاين
Fürstentum Liechtenstein
Bendera Kerajaan Liechtenstein
Jata Kerajaan Liechtenstein
Bendera Jata
Cogan kataFür Gott, Fürst und Vaterland
Untuk Tuhan, Putera dan Tanah Air
Lagu kebangsaanOben am jungen Rhein
"Di Sungai Rhine yang Muda"
Lokasi  Liechtenstein  (hijau) di Eropah  (kelabu gelap)  –  [Petunjuk]
Lokasi  Liechtenstein  (hijau)

di Eropah  (kelabu gelap)  –  [Petunjuk]

Lokasi  Liechtenstein  (hijau)
Lokasi  Liechtenstein  (hijau)
Ibu negaraVaduz
Bandar terbesarSchaan
Bahasa rasmibahasa Jerman
DemonimLiechtensteiner (lelaki), Liechtensteinerin (perempuan)
KerajaanDemokrasi berparlimen di bawah Raja Berperlembagaan
• Putera
Hans-Adam II
• Putera Mahkota
Alois
• Perdana Menteri
Daniel Risch
• Speaker Parlimen
Arbert Frick
Badan perundanganLandtag Liechtenstein
Kemerdekaan sebagai kerajaan
1806
• Kemerdekaan daripada Konfederasi Jerman
1866
Keluasan
• Jumlah
160 km2 (62 bt2) (ke-210)
• Perairan (%)
boleh diabaikan
Populasi
• Perkiraan 2008
38,557 (ke-204)
• Bancian Penduduk 2000
33,307
221/km2 (572.4/sq mi) (ke-52)
KDNK (PPP)2007
• Jumlah
AS$4.16 bilion
AS$118,000 (No. 1)
KDNK (nominal)2007
•  Jumlah
AS$4.576 bilion
AS$129,101 (No. 1)
Mata wangFranc Swiss
(CHF)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+423
DPT internet.li

Liechtenstein merupakan negara berbahasa Jerman terkecil di dunia dan satu-satunya negara Alp yang keseluruhannya terletak di Banjaran Alp. Ia juga merupakan negara berbahasa Jerman yang tidak berkongsi sempadan dengan Jerman. Liechtenstein ialah sebuah negara Raja Berperlembagaan yang dibahagkan kepada 11 perbandaran. Kebanyakan kawasan permukaan bumi Liechtenstein bergunung-ganang, menjadikannya destinasi sukan musim sejuk. Sektor kewangan negara yang kukuh terletak di ibu negara Vaduz, dan dikenali dengan nama syurga cukai. Liechtenstein ialah ahli Perjanjian Perdagangan Bebas Eropah. Walau bagaimanapun, Liechtenstein bukan sebahagian daripada Kesatuan Eropah.

Geografi

Negara ini terletak di antara Switzerland (Kanton St. Gallen di barat dan Graubünden di selatan) dengan Austria (Vorarlberg) di timur. Liechtenstein berkeluasan 160 km2, menjadikan negara ini sebagai negara keenam terkecil di dunia. Sungai Rhine mengalir dan membentuk sempadan barat negara. Puncak tertinggi negara ialah Grauspitz dengan ketinggian 2,599 m.

Politik

Negara ini mempunyai Putera Liechtenstein sebagai ketua negara. Perdana Menteri pula bertanggungjawab sebagai ketua kerajaan yang dibantu oleh empat orang kaunselor kerajaan (menteri). Kuasa legislatif adalah tertakluk pada Landtag, parlimen ekadewan yang terdiri daripada 25 kerusi dengan penggal hingga empat tahun.

Pembahagian pentadbiran

Liechtenstein dibahagikan kepada 11 buah perbandaran (gemeinde) seperti di bawah:

  • Vaduz
  • Schaan
  • Balzers
  • Triesen
  • Eschen
  • Mauren
  • Triesenberg
  • Ruggell
  • Gamprin
  • Schellenberg
  • Planken

Demografi

Jumlah penduduk Liechtenstein ialah 38,557 orang setakat Jun 2019. Kebanyakan daripada penduduk Liechtenstein adalah berketurunan Alamanni manakala kira-kira sepertiga penduduk negara ialah warganegara asing, lazimnya orang Eropah. Bahasa Jerman ialah bahasa rasmi negara, dan kebanyakan dalam kalangan masyarakat bertutur dalam loghat Alamanni. Kristian Katolik ialah agama rasmi menurut perlembagaan negara, dan semua agama dijanjikan perlindungan dalam perlembagaan itu.

Ekonomi

Liechtenstein memiliki nilai KDNK sebanyak $6.215 billion (nominal, 2018) dan memiliki nilai KDNK per kapita sebanyak $165,028 setakat 2016, salah satu nilai-nilai tertinggi dunia. Negara ini menjalinkan hubungan kastam dengan Switzerland dan menggunakan mata wang Franc Swiss.

Kebudayaan

Oleh kerana saiz negara yang kecil, Liechtenstein sangat dipengaruhi oleh budaya luar, terutama dari kawasan selatan Eropah berbahasa Jerman seperti Austria, Baden-Wuttemberg, Bavaria, Switzerland dan khususnya Tirol serta Vorarlberg. Persatuan Sejarah Kerajaan Liechtenstein berperanan dalam melestarikan budaya dan sejarah negara ini.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Liechtenstein GeografiLiechtenstein PolitikLiechtenstein DemografiLiechtenstein EkonomiLiechtenstein KebudayaanLiechtenstein RujukanLiechtenstein Pautan luarLiechtensteinAustriaBahasa JermanBahasa bahasa InggerisCorrect-German-pronunciation-of-Fuerstentum-Liechtenstein.oggDe-Liechtenstein.oggEropah BaratFail:Correct-German-pronunciation-of-Fuerstentum-Liechtenstein.oggFail:De-Liechtenstein.oggIbu negaraNegara mikroSwitzerlandVaduzWikipedia:Bantuan audio

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Aman Ramli JaafarYang di-Pertua Negeri SarawakKelurPerjanjian HudaibiyahNormah DamanhuriNikah mut'ahGerak KhasJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaPerpaduanAlat kebesaran diraja MalaysiaDoa IftitahBank Negara MalaysiaHulu LangatNasi tangasI.D.FalsafahSolat hajatKata bantuHari Raya AidilfitriLemangTerengganuIskandar ChempakaIsfahan (bandar)NeelofaKebudayaan MalaysiaLGBT dalam IslamPeraturan bola jaringShukri YahayaVirusQistina KhaledSabronzoKitab suci IslamSyahadahKasih Iris LeonaShah AlamNabila RazaliMelayuIslamSultan PerakNabi Lut a.s.Hannah DelishaJangkitanTengku Permaisuri NorashikinOlahragaMuhamad Akmal SalehZUS CoffeeSejarah MalaysiaAmyra RosliTahunGasingEpistemologiUndang-Undang Laut MelakaCuti umum di MalaysiaTanah Melayu BritishAbu Bakar as-SiddiqIzara AishahSurah al-FatihahAl-Masih ad-DajjalPuteri KhareezaPerceraian dalam IslamMuhammad Sanusi Md NorMimi ErnidaOrang Cina MalaysiaRinggitElite (kumpulan)Sarah SuhairiSex and the CityAzira ShafinazRiena DianaImbuhan kata nama (bahasa Melayu)KelantanRejimen Askar Melayu DiRajaBaksoLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaKamal AdliLembah BujangProton Perdana2024 di Malaysia🡆 More