Bahasa Melayu Kata Sendi

Golongan kata sendi ialah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.

Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.

Contoh:

  • Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)
  • Menyelam sambil minum air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)
  • Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama)

Fungsi kata sendi

Ada lima fungsi kata sendi:

  1. Menunjukkan tempat atau arah.
      melalui jalan dalam
      pada fikiran saya
  2. Menunjukkan masa.
      dalam tahun lepas
      sewaktu bulan biru
  3. Menunjukan sebab akibat.
      Kemalangan berlaku kerana jalan licin
      Sebab mulut badan binasa
  4. Menunjukkan pelaku.
      Perlawanan akhir itu dimenangi oleh Kedah FA
  5. Menunjukkan mangsa.
      Perompak itu kena belasah

Bahagian kata sendi

Kata sendi boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:

  • Sendi nama
  • Sendi kata

Sendi nama

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata nama. Antara kata sendi nama yang biasa digunakan ialah:

    di
    ke
    kepada
    pada
    dari
    daripada
    seperti
    dengan

Sendi kata

Kata sendi kata ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata kerja, kata sifat dan kata tugas.

    bagi
    sambil
    selepas
    sebelum

Bentuk kata sendi

Kata sendi juga boleh dibahagikan mengikut bentuknya:

Sendi tunggal

    antara
    bagai
    demi
    di
    ibarat
    hingga
    kerana
    sejak

Sendi berimbuhan

    bagaikan
    berikut
    mengingat
    merupakan
    sehubungan
    seputar

Sendi majmuk

    atas sebab
    bagaimanapun
    dalam hal
    daripada
    di antara
    kepada
    oleh sebab
    selain daripada

Bacaan lanjut

Tags:

Bahasa Melayu Kata Sendi Fungsi kata sendiBahasa Melayu Kata Sendi Bahagian kata sendiBahasa Melayu Kata Sendi Bentuk kata sendiBahasa Melayu Kata Sendi Bacaan lanjutBahasa Melayu Kata SendiGolongan kata

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Penanda wacanaKelapa sawitNusantaraIdahOrang Melayu MalaysiaKementerian Dalam Negeri MalaysiaKasih Iris LeonaFauzi NawawiPiala Asia B-23 AFC 2024Nabila RazaliPerdana Menteri MalaysiaAisyah Abu BakarJabatan Perangkaan MalaysiaShah RezzaPuteri BalqisElly MazleinPiala Asia AFCAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaFadillah YusofMuaz ZabirJam 24 jamSearch (kugiran)Harvey NormanTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaRaysha RizrosePerkhidmatan awam di MalaysiaAdam CorrieGabenor Bank Negara MalaysiaAcryl Sani Abdullah SaniNelissa NizamLumut, PerakKhadijah binti KhuwailidDatuk (gelaran)Wan RajaLencana pangkat TLDMNadia BrianBank Negara MalaysiaPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Sepahtu Reunion LiveKristianRicheese FactoryPahangGol & Gincu (filem)Agensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaPemancutan maniTelefon bimbitPerang Dunia KeduaSarah SuhairiTentera Darat MalaysiaRindu Kasih 2Bintara KananKesultanan GowaPlayboy Itu Suami AkuBandaraya MelakaThe GadysBunga rayaAngeline TanNilai, Negeri SembilanNabi Nuh a.s.Bintara MudaDataran MerdekaZodiakTanda-tanda KiamatMuhammad Haziq Bin NadzliAliff AzizSingapura Dilanggar TodakHaidAzhar SulaimanSharifah HusnaThe Original GangsterCinta FatamorganaErma FatimaAssalamualaikumMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahFarah NabilahShah IskandarSultan Sharafuddin Idris Shah🡆 More