Dalam bidang tatabahasa, kasus atau kes bagi sesuatu kata nama atau kata ganti nama menandakan fungsi tatabahasa bagi kata berkenaan dalam sesuatu ungkapan atau klausa; seperti peranan subjek, objek langsung, atau pemilik.
Walaupun hampir semua bahasa mentakrifkan kasus dengan apa jua cara pun, namun kita selalu menyangka sesuatu bahasa itu jika menampakkan morfologi dalam kata namanya barulah ada kasus, iaitu jika kata nama berubah bentuk untuk mencerminkan kasus.
Biarpun tidak begitu ketara dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris, namun kasus-kasus sebegini lebih menonjol dalam pelbagai bahasa lain, seperti bahasa Latin, Yunani, Jerman, Sanskrit, dan Rusia.
Mengikut sejarah, kebanyakan bahasa-bahasa Indo-Eropah dahulunya ada lapan kasus bermorfologi, tetapi bahasa-bahasa moden pula kurang menggunakan kasus sedemikian, sebaliknya menggunakan kata depan dan susun kata untuk menyampaikan maklumat yang pernah disampaikan dengan menggunakan bentuk kata nama yang berbeza. Lapan kasus bersejarah adalah seperti berikut, disertakan contoh:
Semua contoh di atas sekadar huraian kasar; lain bahasa lain caranya menentukan kasus, apatah lagi lazimnya agak rumit. Biasanya kasus adalah berasaskan perubahan pada kata nama untuk menentukan peranan kata nama dalam ayat. Lain pula bagi bahasa Melayu, yang mana susun atur kata dan kata depan digunakan untuk menentukan peranan kata nama tersebut, oleh itu amat sukar untuk diterima bahawa contoh-contoh di atas boleh dianggap sebagai penggunaan kasus dalam bahasa Melayu.
Kasus tatabahasa jarang sekali dibincangkan dalam pengajian bahasa Melayu, namun wujudnya penggunaan kasus yang mengubah bentuk kata nama dalam bahasa Melayu, misalnya kata ganti nama "(d)aku", "kamu" dan "dia" digabungkan di akhir perkataan "rumah" bertukar menjadi bentuk kasus milik iaitu "-ku", "-mu" dan "-nya", maka membentuk kata terbitan "rumahku", "rumahmu" dan "rumahnya", serupa dengan kasus genitif yang dibincangkan tadi.
Berikut ialah contoh infleksi kasus dalam bahasa Latin, menggunakan pelbagai bentuk mufrad untuk perkataan yang bererti "pelaut," yang tergolong dalam deklensi pertama bahasa Latin.
Kasus tatabahasa atau karaka amat ketara dalam bahasa Sanskrit. Jurubahasa masyhur Pāṇini mengenal pasti enam kasus sedemikian, khususnya dari segi fungsi semantik, ditambah pula dengan hukum-hukum terperinci yang menentukan terbitan morfosintaktik yang bersamaan:
Contohnya:
vrikśh[at] | parṇ[am] | bhūm[au] | patati |
[dari] pokok | daun | [ke] tanah | gugur |
"daun gugur dari pokok ke tanah" |
Sistem kasus bahasa Tamil terdiri daripada sebilangan kasus yang tertentu.Biasanya sistem kasus bahasa Tamil (Arden 1942) dianggap terdiri daripada tujuh kasus, iaitu nominatif (kasus pertama), akusatif (kedua), perantian (ketiga), datif (fourth), ablatif (kelima), genitif (keenam), dan lokatif (ketujuh). Mengikut kupasan tradisional, sentiasa adanya perbezaan jelas antara morfem pasca-lingkungan dan akhiran kasus. Kasus vokatif adakalanya diberi tempat kelapan dalam sistem kasus Tamil, namun tidak membuat perubahan morfofonemik ataupun mengawal penggunaan pasca-lingkungan.
Tamil | Melayu | Erti | Akhiran |
---|---|---|---|
Kasus pertama | Nominatif | Subjek ayat, Pelaku perbuatan | [tiada] |
Kasus kedua | Akusatif | Objek langsung, Objek perbuatan | -ai |
Kasus ketiga | Perantian, Sosial | Kaedah perbuatan (Perantian), Persekutuan atau kaedah yang dilalui dalam perbuatan (Sosial) | -al, -otu |
Kasus keempat | Datif | Objek tidak langsung, Objek yang menerima kesan perbuatan | (u)kku,(u)kkàka |
Kasus kelima | Ablatif | Pergerakan dari objek hidup/tak hidup | -il, -ininru, -iliruntu, -iruntu, -itattiliruntu |
Kasus keenam | Genitif | Milikan | [tiada], -in, -utaiya, -inutaiya |
Kasus ketujuh | Lokatif | Tempat yang dihadiri orang atau benda hidup | -il,itam |
Kasus kelapan | Vokatif | Panggilan | e, a |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Kasus tatabahasa, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.