Ketutu

Ikan Ketutu atau haruan bodoh atau belontok atau ikan hantu (bahasa Inggeris: Marble Sleeper atau Marble Goby dan dalam bahasa Kantonis Soon Hock), nama saintifiknya Oxyeleotris marmorata adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara.

Habitat utamanya adalah di kawasan yang cetek seperti di gigi-gigi air iaitu berhampiran dengan tebing sungai, tasik dan lombong-lombong tinggal. Haiwan ini adalah dikategorikan sebagai ikan pemangsa, namun demikian ianya adalah ikan yang sangat malas untuk memburu mangsanya. Ia lebih suka menunggu mangsa yang berenang berhampiran lalu membahamnya apabila dikira sudah cukup hampir. Dengan warna dan coraknya yang berceloreng itu membuatkan ikan ini sangat pandai menyamar dan bersembunyi di balik atau bawah batu-batu atau dedaunan mahupun kayu. Ianya sangat aktif diwaktu malam, adakalanya ia keluar dari tempat persembunyian untuk mencari mangsa. Diet semulajadi ikan ini ialah ikan-ikan kecil termasuk anak-anak ikan, udang, cacing mahupun ulat. Ikan ini mempunyai sikap tamak yang menyebabkan ia mudah ditangkap apabila lokasinya telah dikenal pasti oleh pemburunya. Ikan ini boleh dijerat dengan menggunakan bubu tradisional atau pun bubu yang direka khas dengan menggunakan batang paip yang diletakkan umpan ikan hidup seperti anak-anak ikan koi di dalamnya.

Ikan Ketutu
Ketutu
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Eleotridae
Genus:
Oxyeleotris
Spesies:
O. marmorata
Nama binomial
Oxyeleotris marmorata
(Bleeker, 1852)

Rujukan

Tags:

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pemancutan maniPlagiatSenarai stesen radio di MalaysiaGua HiraRuhainiesBak kut tehNusyuz Berkiblat CintaRaja AzuraDaerah di SabahIftarSyed Mokhtar Al-BukharyNasi tangasChacha MaembongDewan Rakyat MalaysiaPuteri KhareezaMokhtar DahariPertubuhan Pribumi PerkasaAedy AshrafEtikaAdnan Abu Hassan (ahli politik)PerlisMohd Ridhuan TeeAmelia HendersonSultan Nazrin Muizzuddin ShahAbdullah bin Ahmad BadawiMeerqeenBank Negara MalaysiaTempoh haram puasaKelantanBank RHBMira FilzahAnna JoblingFasha SandhaPasukan Gerakan AmAdi PutraAisha RetnoNajib RazakLembah KlangPiala Dunia FIFA 2010Kuala Kubu BharuLaila NasirHarimauTauhid RububiyahUniversiti Utara MalaysiaIndonesiaFarah AhmadDaerah LangkawiFrekuensi radio di MelakaSharifah ShahirahIslamJenayah kolar biruAmir JahariAdat resam kahwin MelayuPenyelenggaraanElly ArifinKhairy JamaluddinIntan LadyanaHukum Kanun MelakaRejimen Askar Melayu DiRajaOrang Melayu MalaysiaNur (drama)AsertifSyafiq YusofCibaiNadia BrianRozita Che WanKobe Jae ChongTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahAzhar IdrusJam 24 jamSenarai negara mengikut keluasanMinal 'Aidin wal-FaizinInna lillahi wa inna ilaihi raji'unHarris AlifTunku Ismail ibni Sultan IbrahimCarles PuigdemontIpohKerajaan MataramSalasilah keturunan Nabi Muhammad🡆 More