Hari Kesyukuran

Hari Kesyukuran (bahasa Inggeris: Thanksgiving) adalah satu perayaan penting di Amerika Syarikat (sebagai suatu cuti am pada Khamis keempat November) dan Kanada (Isnin kedua Oktober).

Simbol utama perayaan ini ialah hidangan ayam belanda dan pertemuan sesama keluarga. Selain itu, perayaan ini juga disambut setiap tahun di Jepun, Korea Selatan, Filipina, Laos, Liberia, Puerto Rico, Guam, Grenada, dan Kepulauan Virgin.

Hari Kesyukuran
Bacaan doa sebelum memulakan makan malam Hari Kesyukuran di Neffsville, Pennsylvania, A.S., 1942

Sejarah perayaan

Di Amerika Syarikat

Perayaan hari Kesyukuran moden di Amerika Syarikat dipersetujui kebanyakan orang bersumberkan pendokumentasian jarang sebuah keraian yang bertarikh 1621 dan berlangsung di Plymouth (kini berada di negeri Massachusetts) atas meraikan sebuah penuaian yang berjaya. Golongan Puritan serta Pilgrim – yakni peneroka awal Koloni Plymouth – membawa tradisi puasa dan perayaan mereka dalam penghijrahan mereka dari England sekitar tahun 1620an dan 1630an ke kawasan New England. Menurut Jeremy Bangs, seorang ahli sejarah dan pengarah Muzium Pilgrim Leiden Amerika, golongan Pilgrim barangkali terpengaruh daripada keraian tahunan sempena memperingati Pengepungan Leiden oleh tentera Sepanyol ketika Perang Lapan Puluh Tahun semasa golongan ini mendiami sementara di Leiden, Belanda. Majlis kesyukuran yang berlangsung di kota tersebut pada musim luruh 1617 menjadi sasaran serangan sektarian yang tampak mempercepatkan rancangan-rancangan golongan ini berhijrah ke benua Amerika. Pengadaan pesta menuai tahunan tidak menjadi kebiasaan sehingga lewat tahun 1660an.

Di Kanada

Perayaan hari Kesyukuran di negara Kanada sering bersusul kembali kepada tahun 1578 dengan Martin Frobisher, seorang peneroka Inggeris yang berazam ingin mencari laluan baru ke Lautan Pasifik dari arah utara. Frobisher mengadakan perayaannya atas memanjatkan syukurnya kerana berjaya menghadapi perjalanan yang jauh dari England melintasi ribut-ribut dan aisberg. Keraian yang dilakukan beliau berlangsung semasa pengembaraan beliau ke kawasan jauh utara yang ketiga dan terakhirnya serta diketuai oleh seorang paderi Anglikan yang bernama Robert Wolfall di sebuah teluk (kini dinamai Teluk Frobisher sempena peneroka tersebut) di Pulau Baffin (kini berada dalam wilayah Nunavut).

Asal-usul keraian Kesyukuran di negara ini juga boleh diselidik kembali kepada ketibaan pendatang Perancis ke kawasan Perancis Baru yang diketuai Samuel de Champlain padal awal abad ke-17 bagi meraikan hasil penuaian mereka yang berjaya. Para pendatang Perancis di kawasan itu seringkali mengadakan pesta-pesta di penghujung musim menuai dan berterusan pada musim sejuk, bahkan mereka juga berkongsi makanan dengan masyarakat orang asli di kawasan tersebut.

Hari Kesyukuran kini merupakan cuti am di kebanyakan pemerintahan di Kanada melainkan negeri-negeri di sebelah lautan Atlantik iaitu Pulau Putera Edward, Newfoundland dan Labrador, New Brunswick serta Nova Scotia.

Negara-negara lain

Grenada meraikan suatu hari kesyukuran demi memperingati ketibaan tentera Amerika Syarikat di negara tersebut yang menggulingkan pemerintahan Maurice Bishop, Perdana Menteri Grenada pada ketika itu, serta membebaskan tahanan politik beliau.

Saint Lucia meraikan hari ini pada Isnin pertama bulan Oktober.

Filipina masih meneruskan perayaan hari ini selepas Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1965. Ferdinand Marcos menghidupkan semula sambutan tersebut sebagai menandakan pelantikannya sebagai Presiden Filipina setiap 21 September; walau bagaimanapun hari tersebut tidak lagi disambut setelah Revolusi Kuasa Rakyat yang kemudiannya menggulingkan pemerintahan Marcos pada tahun 1986.

Tradisi perayaan

Perayaan Kesyukuran di Amerika Syarikat biasanya diraikan dengan majlis makan besar-besaran yang dihadiri kesemua ahli keluarga. Makanan yang menjadi hidangan utama perayaan ini terdiri daripada ayam Belanda panggang, kentang lenyek, ubi keledek, sos kranberi dan sayur-sayuran musim luruh seperti labu. Hidangan besar ini diilhamkan suasana kenduri di antara golongan Wampanoag asli dan masyarakat peneroka Pilgrim pada tahun 1621 di Plymouth.

Hujung minggu berdekatan perayaan ini dijadikan tempoh cuti selama empat atau lima hari untuk sekolah dan universiti se-Amerika Syarikat, bahkan para pekerja am dan swasta turut mendapat cuti bergaji mereka pada keraian ini dan sehari selepasnya. Sejak dekad-dekad kebelakangan ini, banyak syarikat turut menggunakan peluang yang ada pada waktu tempoh cuti ini untuk mengadakan jualan hebat - Black Friday misalnya menandakan bermulanya musim membeli-belah Krismas yang berpanjangan di negara tersebut. Cyber Monday diadakan pada Isnin minggu berikutan perayaan ini di mana ia lebih ditumpukan kepada jualan beli-belah dalam talian.

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Hari Kesyukuran Sejarah perayaanHari Kesyukuran Tradisi perayaanHari Kesyukuran Lihat jugaHari Kesyukuran RujukanHari KesyukuranAmerika SyarikatKanada

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Terlanjur Cinta (drama web)Penjajahan Jepun di Tanah MelayuJep SepahtuPerang PadriBendera ThailandRukun NegaraMustaqim BahadonKota BharuPulau PinangAiman Hakim RidzaSalasilah keturunan Nabi MuhammadIkan bayanSi TanggangPerang Dunia KeduaRindu Kasih 2Kerajaan Bani AbbasiyahMahkamah MalaysiaTengku Zafrul Abdul AzizJoe FlizzowPerodua AxiaQistina KhaledSkop ProductionsUpin & IpinAbdul Razak HusseinKaum-kaum di MalaysiaKarbon dioksidaHantu Kak Limah Balik RumahSheriffPukimakLiberalismeSarimah IbrahimPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 VietnamSunan GresikKhadijah binti KhuwailidKadet Remaja Sekolah MalaysiaMega Movie (Slot TV3)Sijil Pelajaran MalaysiaFrekuensi radio di PahangFauziah NawiRacun RihannaRiezman KhuzaimiPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Peribahasa MelayuLabuanSenarai kaum di MalaysiaTeknologi hijauUthman bin AffanJambatan Pulau PinangIstinjakPemancutan maniSekolah Berasrama PenuhNasi kerabuPolemik kedudukan bahasa Melayu di MalaysiaKemahiran interpersonalMikroplastikTengku Permaisuri NorashikinMenteri Kesihatan MalaysiaHari Raya AidiladhaCibaiKucingHael HusainiAssalamualaikumIppo HafizFarajHannah DelishaPegawai Waran IIHelikopterTerengganuCinema (Slot TV3)Uqasha SenroseAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaKerajaan SalakanagaraHalim RadziHemoroidRemy IshakTengku Ismail Leon PetraPosisi seksualNatasya MahyanGerakan Aceh Merdeka🡆 More