Istinjak dari segi bahasa bermaksud selamat daripada penyakit. Dari segi istilah pula, ianya bermaksud perbuatan menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan cara menyucikan pada tempat terbitnya najis tersebut menggunakan air ataupun lain-lain benda yang dibolehkan. Yang diistinjak adalah sesuatu yang keluar daripada 2 jalan perlepasan, qubul dan dubur. Hukum melakukan istinjak adalah wajib.
Ada sebuah hadis:
Terjemahan:-
Anas bin Malik berkata, jika nabi keluar untuk qada hajat, maka aku dan budak suruhanku akan membawa bekas berisi air agar baginda dapat beristinjak dengannya.
(Bukhari)
Alat yang digunakan untuk beristinjak semestinya dari sesuatu yang diketahui suci. Istinjak tidak boleh dilakukan menggunakan sesuatu yang najis ataupun diketahui tidak suci.
Cara melakukan istinjak mestilah boleh mencapai matlamat untuk menghilangkan najis, dan menghilangkan bau najis dan seterusnya menghilangkan rasa (fisikal) najis. Perkara yang diwajibkan dan semestinya dilakukan di waktu beristinjak ialah memastikan segala sifat-sifat najis yang dihukum dari warnanya, baunya dan rasa fizikalnya telah dihilangkan dengan sempurna. Seandainya ada bau yang tidak dapat dihilangkan setelah di dilakukan istinjak maka perkara itu termasuk di dalam perkara-perkara yang dimaafkan.
Cara beristinjak boleh dibuat dengan cara berikut :
Beristinjak dengan benda-benda kesat mesti memenuhi beberapa syarat seperti berikut :
Terdapat bahan-bahan yang tidak boleh digunakan untuk melakukan istinjak seperti barang-barang yang dimakan oleh manusia seperti buah-buahan, ataupun bahan makanan yang lain.
Kita juga tidak boleh menggunakan tulang-tulang binatang untuk beristinjak. Ini diambil dari hadis Dari Ibnu Mas'ud bahawa Nabi saw pernah bersabda : “Janganlah kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan tulang-tulang kerana sesungguhnya tulang-tulang itu makanan saudaramu dari bangsa jin” HR At Tarmizi. Kita dilarang beristinjak menggunakan kertas atau sesuatu yang mempunyai tulisan ayat-ayat suci Al-Quran ataupun kertas yang tertulis di atasnya nama-nama Allah.
Hadis: Ibn Abbas berkata bahawa Rasulullah pernah melalui dua kubur lalu baginda bersabda, “Sesungguhnya kedua-dua orang dalam kubur ini sedang diseksa, dan mereka bukanlah diseksa kerana dosa besar. Seorang daripada mereka diseksa kerana selalu mengadu domba manakala yang seorang lagi tidak bersih daripada kencingnya”.
(Mutafaqqun Alaih)
Kepentingan beristinjak
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Istinjak, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.