Hari Kanada

Hari Kanada (B.

Inggeris: Canada day, B. Perancis: Fête du Canada), sebelum itu dikenali sebagai Hari Dominion ialah hari kebangsaan negara Kanada, hari cuti umum berkanun di peringkat persekutuan yang disambut pada 1 Julai setiap tahun oleh warganegara Kanada di dalam dan juga luar negara.

Hari Kanada
Hari Kanada
Kanak-kanak melihat perarakan Hari Kanada di Montreal
Juga dikenali sebagai
Fête du Canada;
sebelum ini Dominion Day
Diraikan oleh/di
Rakyat Kanada (Kanada)
JenisSejarah, kebudayaan, nasionalisme
SambutanBunga api, perarakan
Tarikh1 Julai

Peringatan

Perayaan ini, yang juga sering dikenali sebagai Hari Kelahiran Kanada terutamanya di dalam media massa, ialah satu peristiwa yang menandakan gabungan koloni-koloni British Nova Scotia, New Brunswick dan Wilayah Kanada menjadi sebuah persekutuan empat wilayah (Wilayah Kanada dibahagikan menjadi dua kepada Ontario dan Quebec) pada 1 Julai 1867. Namun begitu, walaupun Kanada menjadi negara beraja yang berdaulat pada tarikh itu, Parlimen British pada awalnya memiliki kawalan politik yang terhad ke atas negara baru itu. Kawalan itu dikurangkan berperingkat-peringkat sepanjang beberapa tahun sehinggalah sisa-sisanya ditamatkan pada tahun 1982 dengan Akta Perlembagaan yang mengiktiraf perlembagaan bagi negara Kanada. Oleh itu, Hari Kanada berbeza dengan perayaan Hari Kemerdekaan di negara-negara lain kerana tarikh yang disambut bukanlah tarikh mutlak kemerdekaan penuh Kanada dari British.

Sejarah

Hari Kanada 
Perayaan Hari Kanada di Jalan Wellington, di hadapan Château Laurier, di Ottawa.

Pada 20 Jun 1868, Lord Monck, yang merupakan Gabenor Jeneral pada waktu itu, mengeluarkan perisytiharan di raja meminta rakyat Kanada "meraikan ulangtahun gabungan." Walau bagaimanapun, cuti itu tidak diwujudkan melalui akta parlimen sehinggalah pada tahun 1897, apabila tarikh itu dinamakan sebagai Hari Dominion di dalam Akta Amerika Utara British 1867. Cuti ini pada awalnya adalah kurang menonjol di dalam kalendar kebangsaan Kanada atas anggapan kebanyakan rakyat Kanada sehinggalah pada permulaan abad ke-20 bahawa mereka adalah rakyat Britain dan sekaligus menunjukkan kurangnya minat untuk meraikan sebarang bentuk khusus semangat kebangsaan Kanada. Tiada perayaan rasmi diadakan sehingalah pada tahun 1917, yang diadakan semata-mata untuk meraikan ulangtahun keemasan Gabungan Kanada, dan kemudiannya tiada lagi sehinggalah sedekad berlalu.

Pengecualian

Di bawah Akta Cuti-cuti Umum Persekutuan, Hari Kanada disambut pada 1 Julai. Apabila tarikh itu jatuh pada hari Ahad, maka 2 Julai diisytihar sebagai cuti umum. Namun begitu, acara sambutan selalunya tetap diadakan pada 1 Julai walaupun tarikh itu bukanlah cuti umum. Jika tarikh itu jatuh pada hari Sabtu, hari Isnin berikutnya adalah turut menjadi hari cuti bagi perniagaan yang selalunya bercuti pada hari Sabtu

Nota

Tags:

Hari Kanada PeringatanHari Kanada SejarahHari Kanada PengecualianHari Kanada NotaHari Kanada1 JulaiBahasa InggerisBahasa PerancisHari KebangsaanKanadaNegaraPersekutuan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

HemoroidJesus ChristAin EdruceFrekuensi radio di PerakLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaRamadanAnak BapakSurah al-AlaqSiti Khadijah HalimAmir AhnafNajua NasirIsteri-isteri Nabi MuhammadKhairulaming18 Puasa di Kampong PisangKejuruteraan mekanikOsloBank RHBRokiah JaafarWudukSains aktuariSlot AkasiaUngku Ismail AzizBuah kerasRedza MinhatAmira OthmanUniversiti Utara MalaysiaSyatilla MelvinRakaatKejohanan Bola Sepak ASEAN 2022ObesitiAeril ZafrelNasabKedah TuaKhalid Mohamad JiwaUji RashidKhairy JamaluddinSejarah IslamKesumBaju kurungPuteri KhareezaKabungDoa IftitahNabi Ya'akub a.s.KhunsaSayu Yang SyukurHael HusainiMasjid Tuanku Mizan Zainal AbidinSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Ilmu hitamSiti HariesaM. NasirPeristiwa Kampung MedanSyamsul YusofKata ganti diriTikTokPuteri Gunung LedangKementerian Kesihatan MalaysiaTabbyNegara PalestinAbang Johari Tun OpengLiwatMaryamMedia sosialKelapaPaolo RossiCik ManggisKelapa sawitSiti NurhalizaSuso (pemain bola sepak)GombakIndonesiaAllahummaSharnaaz AhmadAiman Hakim RidzaFauzi NawawiGeografi Indonesia16 Lagu Lagu Hari Raya Aidil Fitri🡆 More