Ketua Biskop Canterbury (Rowan Williams) Mesyuarat Ketua Paderi Persidangan Lambeth Majlis Perunding Anglikan Biskop, Diosis, dan Politi Episkopal
Sebahagian daripada siri Golongan Anglikan | |
Pertubuhan | |
---|---|
Latar belakang | |
Kristian • Gereja Kristian | |
Teologi | |
Tritunggal (Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Roh Kudus) | |
Liturgi dan Penyembahan | |
Book of Common Prayer | |
Topik Anglikan Ecumenism • Monasticism | |
Portal Anglikanisme |
Mazhab Gereja England atau Gereja Anglikan ialah mazhab rasmi Kristian di England dan gereja utama golongan Anglikan. Gereja ini yang diketuai oleh raja Inggeris termasuk dalam tradisi Kristian Barat.
Mazhab ini mengumpulkan penganut dan gereja yang mengikuti tradisi agamawi yang telah dipupuk Gereja Inggeris. Perjamuan Anglikan mendasarkan hubungan Anglikan dengan Gereja Inggeris sebagai teologi yang luar rata dan kewujudan komuniti gereja-gereja yang pelbagai tradisi, tetapi memegang kukuh kepada gereja Inggeris sebagai ibu gereja. Penganut-penganut mazhab Anglikanisme kira-kiranya berapa puluh juta ramainya di seluruh dunia.
Isu afiliasi Katolik ataupun Protestan adakalanya membingungkan seseorang. Gereja Anglikan/Inggeris menganggapkan dirinya sebagai komuniti yang ada tali perhubungan dengan kegiatan keagamaan dan doktrin-doktrin Katolik Roma dan Protestan. Di sisi yang lain, posisi Gereja Inggeris yang rasmi jelas mengaku bahawa gereja memegang teguh pada kepercayaan Katolik. Kebaktian dan cara sembahyang yang memberi penumpuan kepada ekaristi sama taraf dengan tradisi liturgi Katolik, dan Perjamuan Anglikan mengaku teguh perjamuan kesuluruhan dengan Gereja Katolik Lama - sebuah komuniti gereja-gereja yang telah menceraikan hubungan gerejawi dengan Gereja Katolik Roma pada tahun 1870 oleh kerana doktrin kuasa maha benar Paus di Tahkta Suci Vatikan. Di sisi yang lain pula, asal usul Anglikanisme ada wujud dalam Reformasi Protestan pula.
Penganut-penganut Anglikan menoleh kearah Kitab Suci, Tradisi gerejawi dan Sebab-Sebab untuk memperolehkan undang-undang dalam hal-hal ehwal duniawi. Ada gereja dalam Perjamuan ini mengajarkan bahawa ketiga-tiga pasal in sebagai sama taraf (dengan menggunakan bangku berkaki tiga), formulariti Anglikan selalu menunjukkan pengutamaan Kitab Suci. Doktrin Anglikan yang terutama adalah Alkitab, ketiga-tiga Pengakuan Iman (Pengakuan Iman Rasuli, Pengakuan Iman Nicea, dan Pengakuan Athanasios), Tiga Puluh Sembilan Rencana-Rencana Agamawi dan Kitab Doa-Doa Umum (edisi 1662). Ia boleh dikatakan bahawa Gereja Anglikan masih menggunakan dan memegang kepada liturgi Gereja Katolik Roma, tetapi ia telah menjalani Reformasi kedoktrinan.
Wiki Commons mempunyai media berkaitan: Mazhab Gereja England. |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Mazhab Gereja England, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.