Gerard Piqué: Spanish footballer

Gerard Piqué i Bernabeu (Sebutan Sepanyol: ; lahir 2 Februari 1987) merupakan bekas pemain bola sepak Sepanyol yang pernah bermain untuk FC Barcelona dan pasukan kebangsaan Sepanyol.

Gerard Piqué
Gerard Piqué: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya
Maklumat peribadi
Nama penuh Gerard Piqué Bernabeu
Tarikh lahir (1987-02-02) 2 Februari 1987 (umur 37)
Tempat lahir Barcelona, Sepanyol
Ketinggian 1.92 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Barcelona
Nombor 3
Kerjaya remaja
1997–2004 Barcelona
2004–2005 Manchester United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2008 Manchester United 12 (0)
2006–2007Real Zaragoza (pinjaman) 22 (2)
2008–2022 Barcelona 397 (29)
Pasukan kebangsaan
2002–2003 Sepanyol B16 7 (2)
2004 Sepanyol B17 8 (3)
2006 Sepanyol B19 8 (3)
2007 Sepanyol B20 5 (1)
2006–2008 Sepanyol B21 12 (1)
2009–2022 Sepanyol 102 (5)
2004–2022 Catalonia 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 Disember 2014

Kerjaya kelab

Kerjaya awal

Piqué memulakan kerjayanya di pasukan remaja FC Barcelona sebelum beliau menandatangani kontrak profesional pertamanya untuk Manchester United. Liga Perdana Inggeris mengatakan mereka tidak perlu membuat bayaran kepada Piqué kerana beliau terlalu muda untuk menandatangani kontrak profesional.

Manchester United

Piqué membuat debut untuk Manchester United pada 2004, menang 3–0 ke atas Crewe Alexandrara pada perlawanan piala liga. Beliau menggantikan John O'Shea pada hujung perlawanan. Beliau membuat debut penuh pada 29 Mac 2006 menentang West Ham United pada perlawanan liga.

Beliau kemudian menandatangani kontrak baru pada Februari 2005, di mana beliau kekal bersama United sehingga musim panas 2009. Pada 4 Ogos 2006, Real Zaragoza ingin meminjam Piqué selama satu musim. Beliau kemudian membuat 22 penampilan untuk kelab La Liga itu.

Pada 5 Mei 2007, Piqué dilaporkan akan ke Old Trafford pada musim berikutnya. Sir Alex Ferguson berniat untuk menilai Pique di La Romareda pada 6 Mei sebelum mesyuarat di mana kedua-dua pihak akan membincangkan prospek masa depan Pique dengan kelab itu. Bagaimanapun, Ferguson tidak dapat hadir kerana masalah penerbangan.

Piqué kembali ke Old Trafford dan bermain sembilan perlawanan liga pada musim 2007–08. Beliau kemudian menjaringkan gol pada perlawanan Liga Juara-Juara, menang 4-0 ke atas Dynamo Kiev pada 7 November 2007.

Barcelona

Gerard Piqué: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya 
Piqué bersama Barcelona selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2008-09

Pada 27 Mei 2008, Piqué menandatangani kontrak empat tahun bersama FC Barcelona dengan bayaran 5 juta. Barcelona membayar £5 juta untuk pemain itu.

Piqué menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona pada 26 November 2008 ketika menang 5–2 ke atas Sporting pada perlawanan Liga Juara-Juara. Beliau menjaringkan gol liga pertamanya pada 29 Januari 2009 menentang Espanyol pada perlawanan Copa del Rey.

Pada 13 Mei 2009, beliau menjulang trofi pertamanya bersama Barcelona selepas membantu kelabnya menang 4-1 ke atas Athletic Bilbao pada perlawanan akhir Copa del Rey 2009. Tiga hari kemudian, Barcelona menjadi juara liga musim 2008-09 selepas Real Madrid tewas mengejut 3-2 kepada Villarreal.

Pada 19 Disember 2009, Piqué bermain untuk Barcelona pada perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2009 menentang Estudiantes de La Plata, 2-1. Beliau berjaya membuat hantaran kepada Pedro Rodríguez pada minit ke-89 dan berjaya mengheret ke masa tambahan.

Pada 26 Februari 2010, Piqué menandatangani kontrak baru bersama Barcelona dan beliau kekal sehingga musim panas 2015. Pada 28 Mei 2011, Piqué bermain pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara buat kali kedua. Barça menewaskan Manchester United 3–1 di Stadium Wembley. Pada 1 Mei 2013, Piqué menjaringkan gol sendiri untuk Bayern Munich, Bayern menang 2-0. Barca tewas memalukan 7-0 kepada Bayern secara agregat.

Pada 20 Mei 2014, Piqué menandatangani kontrak baru bersama Barcelona sehingga 2019.

Kerjaya antarabangsa

Gerard Piqué: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya 
Piqué di Palacio de la Moncloa untuk meraikan kejayaan Piala Dunia FIFA 2010.

Pada 6 Februari 2009, Piqué dipanggil oleh pasukan kebangsaan Sepanyol untuk perlawanan persahabatan menentang England pada 11 Februari, Sepanyol menang 2-0. Pada 28 Mac 2009, beliau dipanggil untuk menggantikan tempat Carles Puyol yang tercedera dan beliau menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010, 1-0 menang ke atas Turki.

Piqué bermain untuk Sepanyol pada kejohanan pertamanya pada Piala Konfederasi FIFA 2009. La Roja menduduki tempat ketiga pada kejohanan itu.

Piqué dan Puyol menjadi pilihan pertama pertahanan Sepanyol pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Sepanyol kemudian menewaskan Belanda, 1-0 pada perlawanan akhir.

Piqué bermain pada setiap perlawanan di UEFA Euro 2012 bersama Sergio Ramos yang bermain di pertahanan tengah. Beliau juga berjaya menyudahkan tendangan penalti ketiga pada peringkat kalah mati menentang Portugal. Pada perlawanan akhir, Sepanyol mudah menang 4-0 ke atas Itali. Piqué salah satu daripada tiga pemain pertahanan Sepanyol pada Pasukan Kejohanan.

Pada 30 Jun 2013 iaitu pada perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2013 menentang Brazil, Piqué dibuang padang selepas mengasari Neymar pada minit ke-68. Perlawanan itu menghancurkan rekod Sepanyol tanpa kalah 29 perlawanan pada kejohanan antarabangsa.

Statistik

Pasukan kebangsaan Sepanyol
Tahun Kmncln Gol
2009 13 4
2010 16 0
2011 8 0
2012 11 0
2013 9 2
2014 8 1
Jumlah 65 4

Gol antarabangsa

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
28 Mac 2009 Madrid, Sepanyol Gerard Piqué: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya  Turki
1–0
1–0
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
2
12 Ogos 2009 Skopje, Macedonia Gerard Piqué: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya  Macedonia Utara
2–2
2-3
Persahabatan
3
5 September 2009 La Coruña, Sepanyol Gerard Piqué: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya  Belgium
3–0
5–0
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
4
14 Oktober 2009 Zenica, Bosnia dan Herzegovina Gerard Piqué: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya  Bosnia dan Herzegovina
0–1
2–5
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010

Statistik kerjaya

Kelab

    Sehingga 22 Disember 2014
Kelab Musim Liga Piala Piala liga Eropah Other Jumlah
Bahagian Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Gerard Piqué: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya  Manchester United 2004–05 Liga Perdana Inggeris 0 0 1 0 1 0 1 0 0 0 3 0
2005–06 3 0 2 0 2 0 0 0 0 0 7 0
Gerard Piqué: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya  Zaragoza (pinjaman) 2006–07 La Liga 22 2 6 1 0 0 0 0 28 3
Jumlah 22 2 6 1 0 0 0 0 28 3
Gerard Piqué: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya  Manchester United 2007–08 Liga Perdana Inggeris 9 0 0 0 1 0 3 2 0 0 13 2
Jumlah 12 0 3 0 4 0 4 2 0 0 23 2
Gerard Piqué: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya  Barcelona 2008–09 La Liga 25 1 6 1 14 1 0 0 45 3
2009–10 32 2 1 0 11 2 5 0 49 4
2010–11 31 3 7 0 12 1 1 0 51 4
2011–12 22 2 8 0 5 0 3 0 38 2
2012–13 28 2 4 1 10 0 2 0 44 3
2013–14 26 2 2 0 9 2 2 0 39 4
2014–15 11 2 0 0 4 1 0 0 15 3
Jumlah 175 14 28 2 65 7 13 0 281 23
Jumlah kerjaya 209 16 37 3 4 0 69 9 13 0 332 28

Penghargaan

Kelab

Gerard Piqué: Kerjaya kelab, Kerjaya antarabangsa, Statistik kerjaya 
Piqué menjulang trofi Euro 2012
    Manchester United
    Barcelona

Antarabangsa

    Sepanyol

Individu

Dekorasi

  • Royal Order of Sports Merit: 2011

Rujukan

Tags:

Gerard Piqué Kerjaya kelabGerard Piqué Kerjaya antarabangsaGerard Piqué Statistik kerjayaGerard Piqué PenghargaanGerard Piqué RujukanGerard PiquéFC BarcelonaPasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Abdul Taib MahmudIntan LadyanaNora DanishKucingProton WajaProton PerdanaAtikah SuhaimeFarali KhanRedza RosliErra FaziraSiti SalehaSlot LestaryNusantaraFarah AhmadMaya KarinKata adjektifJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan MalaysiaAsia TenggaraEmelda RosmilaBuah kerasFrekuensi radio di Negeri SembilanKedah TuaPasukan Operasi Khusus MalaysiaWan RajaSiksa NerakaShah IskandarWings (kumpulan muzik Malaysia)Amar BaharinMahathir MohamadTimbalan Perdana Menteri MalaysiaBruneiBendera MalaysiaPrivate BodyguardAshraf SinclairGoogle ScholarRazarudin HusainHaidNegarakuPukimakJabatan Akauntan NegaraMohamad SabuSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiSunan DrajatHot FMCibaiPersekutuan Tanah MelayuPerodua AxiaSepahtu Reunion LiveSujud sahwiNadia BrianPang Sock TaoShahrulezad MohameddinMelakaCiri-ciri orang munafikTentang Hati DiaProton PersonaAmyra RosliMata anginPronoBidaraBruce GilleyCik ManggisUpin & IpinPulau PinangUngku Ismail AzizSurah al-FatihahSultan Iskandar ibni Sultan IsmailSultanah Nur Diana Petra AbdullahRemy IshakMimi LanaSijil Tinggi Agama MalaysiaMuhammad al-FatihKetumSepahtu Reunion Al-RayaDzulkefly Ahmad🡆 More