Francisco Franco

Jeneral Francisco Paulino Hermenegildo Teódulo Franco Bahamonde (4 Disember 1892 - 20 November, 1975) merupakan Ketua Negara (Jefe del Estado) Sepanyol dari Oktober 1936 hingga kematiannya pada 1975.

Francisco Franco
Ketua Negara Sepanyol
Dalam jawatan
1 April 1939 – 20 November 1975
Didahului olehManuel Azaña (Presiden Sepanyol)
Digantikan olehJuan Carlos I (Raja Sepanyol)
Ketua Kerajaan Sepanyol
Dalam jawatan
30 Januari 1938 – 8 Jun 1973
Didahului olehJuan Negrín
Digantikan olehLuis Carrero Blanco
Butiran peribadi
Lahir(1892-12-04)4 Disember 1892
Ferrol, Galicia, Sepanyol
Meninggal duniaNovember 20, 1975(1975-11-20) (umur 82)
Madrid, Sepanyol
KerakyatanSepanyol
Parti politikFET y de las Jons
PasanganCarmen Polo
ProfesionKetua Angkatan Tentera Sepanyol

Sebagai seorang berfahaman haluan kanan politik, Franco secara tidak langsung telah memberikan bantuan kepada Hitler dan Mussolini dalam Perang Dunia Kedua. Tindakan ini menyebabkan Sepanyol dipulaukan oleh warga dunia selepas perang itu. Namun, beliau telah menjalin hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat. Perikatan ini bertujuan menghapuskan rejim komunis di Eropah.

Awal hidup

Karier politik

Beliau dilantik berpangkat jeneral ketika zaman pemerintahan Miguel Primo de Rivera antara tahun-tahun 1923 dan 1930, pada usia 33 tahun, menjadikan beliau jeneral termuda di Eropah pada ketika itu.

Pemerintahan

Franco diiktiraf sebagai ketua negara Sepanyol oleh Britain dan Perancis pada bulan Februari 1939. Pada 26 Julai 1947, Franco mengisytiharkan Sepanyol sebagai sebuah kerajaan semula namun tidak menetapkan pewaris takhta demi meredakan keadaan antara puak-puak pendokong raja dalam Movimiento Nacional (baik dari puak Carlos mahupun Alfonso). Beliau tetap menggelarkan diri sebagai seorang "raja de facto seumur hidup", sehingga mengamalkan adat-adat yang seakan digunakan Raja Sepanyol sebelumnya.

Dekolonisasi

Setelah Maghribi Perancis merdeka pada 1956, Franco menyerahkan hampir semua kawasan jajahan Sepanyol yang berjiranan kepada Mohammed V. Mohammed V menjajah Sahara Sepanyol setahun selepas itu dalam Perang Ifni. Maghribi akhirnya dapat menguasai semua bekas jajahan Sepanyol di gurun Sahara setelah Maraan Hijau tahun 1975.

Jajahan Guinea Khatulistiwa dimerdekakan Franco atas desakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1968, eksklaf Ifni dikembalikan kepada Maghribi pada tahun berikutnya.

Memilih pewaris kerajaan Sepanyol yang baru

Masanya sebagai ketua negara masih merupakan isu kontroversi. Penyokongnya berpendapat bahawa Franco merupakan seorang pemimpin yang kukuh dan membawa stabiliti kepada Sepanyol, manakala penentangnya menuduhnya sebagai diktator yang kejam. Banyak musuh politiknya telah dijatuhkan hukuman mati semasa rejimnya.

Franco memutuskan mahu menamakan pemerintah penggantinya namun tidak menyenangi pertelingkahan antara puak-puak Carlista dan Alfonsoista. Beliau bercadang mahu melantik Otto von Habsburg atas dasar salasilah Habsburg yang pernah memerintah Sepanyol lama sebelum Perang Warisan Sepanyol berlaku, namun Otto menolak tawaran itu memandangkan rakyat Sepanyol melihatnya sebagai seorang Jerman bahkan beliau tidak mahu melepaskan asal-usulnya di Austria. Franco kemudiannya memilih Putera Juan Carlos de Borbón yang mendapat didikan oleh Otto.

By 1973 Franco had surrendered the function of prime minister (Presidente del Gobierno), remaining only as head of state and commander in chief of the military

Kematian

Pada akhir usia Franco, beliau mengalami banyak komplikasi kesihatan termasuk menghidap penyakit Parkinson yang berpanjangan. Beliau jatuh koma pada 30 Oktober 1975 lalu dipakaikan bantuan hayat padanya. Keluarga Franco bersetuju agar dihentikan bantuan hayat tersebut tidak lama kemudian. Beliau disytiharkan meninggal dunia beberapa minit selepas tengah 20 November 1975 pada usia 82 tahun, walau bagaimanapun, seorang sejarawan pula ada menyatakan beliau diberitahu sudah meninggal pada jam 6 petang hari sebelumnya.

Mayat Franco disemadikan di Valle de los Caídos, sebuah tugu besar dibina buruh paksa dalam kalangan tahanan politik sebagai memperingati Perang Saudara Sepanyol.

Selepas kematiannya, Sepanyol telah memulakan pemulihan demokrasi.

Rujukan

Bibliografi

  • Jensen, Geoffrey (2005). Franco. Soldier, Commander, Dictador. Dulles, VA: Potomac Books, Inc. ISBN 1-57488-644-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Jerez Mir, Miguel; Luque, Javier (2014). "State and Regime in Early Francoism, 1936–45: Power Structures, Main Actors and Repression Policy". Dalam António Costa Pinto & Aristotle Kallis (Eds.) (penyunting). Rethinking Fascism and Dictatorship in Europe. Palgrave Macmillan. m/s. 176–197. doi:10.1057/9781137384416. ISBN 978-1-349-48088-3.CS1 maint: extra text: editors list (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Payne, Stanley G. (1987). The Franco Regime. Madison, Wisconsin: University of Wisconsin Press. ISBN 0299110702.
  • Payne, Stanley G. (1999). Fascism in Spain, 1923–1977. University of Wisconsin Press. ISBN 0299165647.
  • Payne, Stanley G (2000). The Phoenix: Franco Regime 1936–1975. Phoenix Press. ISBN 1-84212-046-8.
  • Preston, Paul (1995). Franco. ISBN 0-00-686210-1.
  • Thomas, Hugh (1977). The Spanish Civil War. ISBN 0060142782..

Bacaan lanjut

Tags:

Francisco Franco Awal hidupFrancisco Franco Karier politikFrancisco Franco PemerintahanFrancisco Franco Memilih pewaris kerajaan Sepanyol yang baruFrancisco Franco KematianFrancisco Franco RujukanFrancisco Franco BibliografiFrancisco Franco Bacaan lanjutFrancisco Franco18921936197520 November4 DisemberSepanyol

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Menteri Besar PerlisHarvey NormanHantu Kak LimahKetupatSenarai sistem badan manusiaNegeri SembilanAman Ramli JaafarBola tamparJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahDarjah kebesaran MelayuGrup Gerak KhasBella AstillahAzhar IdrusKiesha AlvaroSlot AkasiaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailNabi Muhammad SAWAnwar IbrahimKhairy JamaluddinSolat hajatKuantanSyamsul YusofRukun ImanSenarai peribahasa (A–M)Carles PuigdemontOrang BanjarHulu SelangorAshraf SinclairAbang Long Fadil 3Khadijah binti KhuwailidPahangGunung JeraiMegat SharizalRacun RihannaHari Raya AidiladhaNabila HudaRadio Televisyen MalaysiaBendera Thailand7 Hari Mencintaiku (musim 3)Senarai mukim di PerakKanun KeseksaanSiksa KuburAbdul Razak HusseinPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaFalsafahSelawatNicol Ann DavidAnna JoblingMasya-AllahMeerqeenFarah AhmadKolej Islam Sultan Alam ShahRatu SofyaSunan MuriaAcryl Sani Abdullah SaniKerisFarah NabilahNasi goreng (Nusantara)Isteri-isteri Nabi MuhammadPenjajahan Jepun di Tanah MelayuMay (kugiran)Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaLee Chong WeiSurah al-FatihahRoti canaiMajapahitDe FamAngeline TanBuah pelagaKompleks piramid GizaNusantaraZahirah MacWilsonLoloqHaid🡆 More