Force India

1°01′46″W / 52.07583°N 1.02944°W / 52.07583; -1.02944

Sahara Force India Formula One Team, nama perdagangan untuk Force India Formula One Team Limited, ialah sebuah pasukan Formula Satu yang berpangkalan di Silverstone, United Kingdom yang kini memegang lesen India. Pasukan ini telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2007 apabila seorang ahli perniagaan India, Vijay Mallya dan Michiel Mol membeli pasukan Spyker F1 dengan harga € 90 juta.

India Force India-Mercedes
Force India
Nama penuhSahara Force India
Formula One Team
PangkalanSilverstone, Northamptonshire, United Kingdom
Ketua pasukanVijay Mallya
COOOtmar Szafnauer
Pengarah teknikalAndrew Green
Laman sesawangwww.forceindiaf1.com
Nama terdahuluSpyker F1 Team
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertamaGrand Prix Australia 2008
Perlumbaan terkiniGrand Prix Abu Dhabi 2023
Perlumbaan disertai105
Kejuaraan Pengeluar0
Kejuaraan Pemandu0
Kemenangan0
Petak pertama1
Pusingan terpantas2
Kedudukan 2012Ke-7 (109 mata)

Dengan penglibatan Force India dalam F1, Noida Raya menjadi tuan rumah untuk Grand Prix India pada tahun 2011. Fédération Internationale de l'Automobile mengesahkan pertukaran nama pasukan dari Spyker ke Force India pada 24 Oktober 2007.

Selepas 29 perlumbaan tanpa mata kejuaraan, Force India mendapat mata kejuaraan pertama mereka apabila Giancarlo Fisichella mendapat tempat kedua di Grand Prix Belgium 2009. Force India mendapat mata sekali lagi pada perlumbaan berikutnya apabila Adrian Sutil mendapat tempat keempat dan menetapkan pusingan terpantas pertama pasukan di Grand Prix Itali. Keputusan kejuaraan terbaik Force India ialah tempat keenam, pada tahun 2011.

Pada bulan Oktober 2011, syarikat India, Sahara India Pariwar, membeli 42.5% saham Force India F1 pada harga $US 100 juta.

Sejarah

Asal usul

    Jordan

Pasukan ini diasaskan oleh Jordan Grand Prix, yang menyertai Formula Satu pada tahun 1991, dan berpusat di litar perlumbaan Silverstone. Jordan memenangi empat perlumbaan dan mendapat tempat ketiga dalam kejuaraan pengeluar tahun 1999. Walau bagaimanapun, masalah kewangan menyebabkan prestasi pasukan menurun dan pemilik pasukan, Eddie Jordan, menjual Jordan Grand Prix kepada Midland Group pada tahun 2005.

    Midland F1 & Spyker

Jordan Grand Prix, yang kemudiannya dinamakan sebagai Midland F1 Racing, menamatkan dua musim di belakang petak permulaan, sebelum pemilik, Alex Shnaider, menjual pasukan kepada Spyker Cars pada pertengahan musim 2006. Spyker F1 mendapat satu mata pada tahun 2007 dan mendahului Grand Prix Eropah​​ untuk beberapa pusingan, namun pasukan itu sekali lagi melanda isu kewangan, dan menjual pasukan tersebut kepada ahli perniagaan India, Vijay Mallya dan Michiel Mol.

    Force India

Pasukan tersebut dibeli dengan harga € 80 juta, dan dinamakan semula sebagai Force India Formula One Team bagi musim 2008, dan mengekalkan ketua pasukan, Colin Kolles, Ketua Pegawai Teknologi, Mike Gascoyne dan pemandu, Adrian Sutil.

Permulaan dan pengunaan enjin Ferrari (2008)

Selepas mengekalkan Adrian Sutil untuk musim pertama, Force India menjalankan ujian musim sejuk untuk mengesahkan pemandu kedua dan pemandu ujian pasukan. Bekas pemandu Renault, Giancarlo Fisichella, telah dipilih sebagai pemandu kedua, dan Vitantonio Liuzzi menjadi pemandu ujian pasukan bagi musim 2008. Kereta Force India bagi musim 2008 ialah VJM01, iaitu versi yang dikemaskini daripada casis Spyker F8-VIIB yang dimuatkan dengan enjin Ferrari.

Force India 
Giancarlo Fisichella mendahului Adrian Sutil di Grand Prix Kanada 2008.

Perlumbaan di Melbourne adalah perlumbaan pertama untuk Force India. Kedua-dua kereta gagal menamatkan perlumbaan setelah bersara pada awal perlumbaan. Di Malaysia, Fisichella mendapat tempat ke-12. Selepas mengalami keputusan yang mengecewakan pada awal musim, Sutil hampir mendapat mata pertama Force India dalam keadaan hujan di Monaco, namun pemandu Ferrari, Kimi Räikkönen, hilang kawalan dan berlanggar dengan kereta Sutil yang menyebabkan beliau untuk bersara. Fisichella bermula dari tempat ke-12 di Itali, namun tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana mengalami kemalangan. Fisichella meneruskan prestasinya di Singapura, setelah berada pada tempat kedua pada satu masa dan kelima di Grand Prix Brazil. Force India menamatkan musim di tempat kesepuluh dalam Kejuaraan Pengeluar, dan Fisichella mendapat keputusan terbaik Force India di tempat kesepuluh di Grand Prix Sepanyol.

Enjin Mercedes dan kejayaan (2009)

Force India 
Vitantonio Liuzzi di Grand Prix Jepun 2009.

Force India mengekalkan pemandu yang sama bagi musim 2009. Di China, Sutil hampir mendapat mata pertama Force India dengan berada di tempat keenam, di hadapan Lewis Hamilton dan Timo Glock dengan baki enam pusingan apabila kereta beliau tergelincir dan terhempas keluar dari perlumbaan. Di Grand Prix Jerman, Sutil bermula dari tempat ketujuh dan berjuang untuk mendapat mata, dan berada pada tempat kedua pada satu masa sebelum berlanggar dengan Kimi Räikkönen selepas beliau keluar lorong pit dan dipaksa untuk memasuki pit sekali lagi untuk menukar sayap depan yang patah. Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-15.

Force India mendapat petak pertama yang pertama mereka dalam Formula Satu apabila Fisichella menetapkan masa pusingan kelayakan yang terpantas di Grand Belgium Prix di Spa. Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kedua, kurang daripada satu saat di belakang Kimi Räikkönen. Ketiadaan sistem KERS pada kereta Force India telah dipersalahkan selepas Fisichella gagal untuk memenangi perlumbaan tersebut.

Pada 3 September 2009, Force India mengumumkan bahawa mereka telah melepaskan Fisichella daripada kontraknya untuk membolehkan beliau berlumba dengan Ferrari untuk baki perlumbaan bagi musim ini. Ia telah diumumkan empat hari kemudian bahawa pemandu ujian, Vitantonio Liuzzi akan menggantikan Fisichella untuk baki perlumbaan musim ini.

Pada pusingan kelayakan di Grand Prix Itali di Monza, Sutil mendapat tempat kedua dan Liuzzi, pada penampilan sulung beliau untuk pasukan, mendapat tempat ketujuh. Pada hari perlumbaan, Sutil mendapat tempat keempat dan mencatatkan pusingan terpantas perlumbaan. Ketika berada di tempat keempat dalam perlumbaan, Liuzzi terpaksa bersara kerana kegagalan transmisi. Force India menamatkan musim di tempat kesembilan, di hadapan Scuderia Toro Rosso dengan 13 mata. Walau bagaimanapun, ini tidak mencerminkan peningkatan besar yang telah dibuat oleh Force India dari awal musim.

VJM02

VJM02 menggunakan enjin Mercedes-Benz dari musim 2009 selepas menandatangani perjanjian lima tahun pada 10 November 2008. Perjanjian itu juga termasuklah membekalkan kotak gear McLaren-Mercedes, sistem hidraulik dan sistem KERS kepada Force India. Kereta tersebut dilancarkan pada 1 Mac 2009. VJM02 ialah kereta Force India yang pertama untuk mendapat mata, petak pertama dan pusingan terpantas di Grand Prix Belgium 2009, tetapi perlumbaan tersebut dimenangi oleh pemandu Ferrari, Kimi Räikkönen.

Musim 2010

Force India 
Vitantonio Liuzzi di Grand Prix Bahrain 2012.

Pasukan mengumumkan pada 27 November 2009, bahawa Adrian Sutil dan Vitantonio Liuzzi akan terus berlumba untuk mereka bagi musim 2010. Pasukan menguji Paul di Resta dan J. R. Hildebrand di Jerez, dengan di Resta menetapkan masa yang lebih pantas. VJM03 merupakan casis yang digunakan oleh pasukan bagi musim 2010. di Resta telah disahkan sebagai pemandu ujian pada 2 Februari 2010. Pada 9 Februari 2010, Force India melancarkan kereta terbaru mereka, VJM03, yang akan digunakan untuk musim 2010.

Musim ini bermula di Bahrain, dengan Liuzzi mendapat tempat kesembilan. Sutil memulakan perlumbaan di tempat kesepuluh, namun beliau terlibat dalam sebuah kemalangan pada pertama pusingan dengan pemandu Renault, Robert Kubica. Beliau akhirnya pulih untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. Di Australia, Sutil bermula di tempat kesepuluh, dan Liuzzi di tempat ke-13. Liuzzi menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, manakala Sutil bersara dengan masalah enjin. Di Malaysia, Sutil mendapat sepuluh mata dengan mendapat kelima dan Liuzzi bersara awal kerana masalah pendikit. Ia merupakan persaraan pertamanya musim ini. Di Monaco, kedua-dua kereta menamatkan perlumbaan di tempat kelapan dan kesembilan setelah mengelakkan diri daripada insiden yang mengambil tempat pada perlumbaan tersebut. Di Turki, Sutil mendapat tempat kesembilan, manakala Liuzzi mendapat tempat ke-13. Pada perlumbaan berikutnya di Montreal, kedua-dua kereta mendapat mata, dengan Liuzzi mendapat tempat kesembilan dan Sutil mendapat tempat kesepuluh.

Musim 2011

Force India 
Adrian Sutil di Grand Prix Malaysia 2011.

Pada 26 Januari 2011, pasukan mengumumkan bahawa pemandu simpanan, Paul di Resta akan berlumba untuk mereka bagi musim 2011 dan menjadi rakan sepasukan Adrian Sutil. Pasukan melancarkan kereta terbaru mereka, VJM04, pada 8 Februari 2011. VJM04 merupakan kereta pertama yang dibangunkan oleh pengarah teknikal baru, Andrew Green, dan dibangunkan dengan menggunakan sumber-sumber dari McLaren Applied Technologies dan Mercedes-Benz HighPerformanceEngines. Pada perlumbaan pertama tahun ini di Australia, Sutil dan di Resta menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas dan kedua belas masing-masing tetapi kemudiannya dinaikkan ke tempat kesembilan dan kesepuluh selepas kedua-dua kereta Sauber disingkirkan dari perlumbaan kerana melanggar peraturan teknikal sukan tersebut.

Di Resta sekali lagi mendapat mata di Malaysia, namun terpaksa bersara di Turki. Sutil mendapat tempat ketujuh di Monaco, dan kesembilan di Valencia. Di Resta dijangka untuk mendapat mata di Grand Prix British sebelum berlanggar dengan Buemi, manakala Sutil mendapat tempat keenam di Jerman, di hadapan kereta Mercedes. Di Resta mendapat tempat ketujuh di Hungary, kelapan di Itali dan mendapat keputusan perlumbaan terbaiknya pada musim ini di tempat keenam di Singapura, manakala Sutil sekali lagi mendapat tempat ketujuh, kini di Belgium dan kelapan di Singapura. Di Resta mendapat satu lagi mata di Korea, manakala di Grand Prix India yang pertama, Sutil mendapat tempat kesembilan. Pada perlumbaan terakhir di Brazil, Sutil sekali lagi mendapat keputusan terbaik pasukan pada musim ini dengan mendapat tempat keenam, manakala di Resta mendapat tempat kelapan. Selepas tamatnya musim ini, Force India mendapat tempat keenam dalam Kejuaraan Pengeluar, hanya empat mata di belakang Renault yang menamatkan musim di tangga kelima.

Musim 2012

Force India 
Paul di Resta di Grand Prix British 2012.

Bagi musim 2012, Force India mengekalkan Paul di Resta dan mengantikan Adrian Sutil dengan pemandu ujian bagi tahun 2011, Nico Hülkenberg. Jules Bianchi kemudiannya dinamakan sebagai pemandu ujian pasukan dan akan memandu pada sesi latihan bebas pada hari Jumaat. Kereta Force India bagi musim 2012, VJM05, dilancarkan di Litar Silverstone pada 3 Februari.

Musim 2013

2013 menyaksikan Force India mengekalkan Paul di Resta, yang telah bersaing untuk mereka sejak tiga musim yang lepas. Musim ini juga menyaksikan Adrian Sutil kembali bersama Force India, dan mengantikan Nico Hülkenberg sebagai pemandu pemandu kedua. Kereta pasukan yang baru, VJM06, telah dilancarkan pada 1 Februari 2013 di Litar Silverstone.

Di Grand Prix Australia, Sutil mendapat tempat ketujuh, manakala di Resta mendapat tempat kelapan, sekaligus pasukan mendapat keputusan terbaik mereka pada sebuah perlumbaan pembukaan musim.

Keputusan lengkap Formula Satu

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Mata WCC
2008 Force India VJM01 Ferrari 056 V8 B AUS MAL BHR ESP TUR MON CAN FRA GBR GER HUN EUR BEL ITA SIN JPN CHN BRA 0 Ke-10
Force India  Adrian Sutil Ret Ret 19 Ret 16 Ret Ret 19 Ret 15 Ret Ret 13 19 Ret Ret Ret 16
Force India  Giancarlo Fisichella Ret 12 12 10 Ret Ret Ret 18 Ret 16 15 14 17 Ret 14 Ret 17 18
2009 Force India VJM02 Mercedes FO 108W V8 B AUS MAL CHN BHR ESP MON TUR GBR GER HUN EUR BEL ITA SIN JPN BRA ABU 13 Ke-9
Force India  Adrian Sutil 9 17 17 16 Ret 14 17 17 15 Ret 10 11 4 Ret 13 Ret 17
Force India  Giancarlo Fisichella 11 18 14 15 14 9 Ret 10 11 14 12 2
Force India  Vitantonio Liuzzi Ret 14 14 11 15
2010 Force India VJM03 Mercedes FO 108X V8 B BHR AUS MAL CHN ESP MON TUR CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR BRA ABU 68 Ke-7
Force India  Adrian Sutil 12 Ret 5 11 7 8 9 10 6 8 17 Ret 5 16 9 Ret Ret 12 13
Force India  Vitantonio Liuzzi 9 7 Ret Ret 15 9 13 9 16 11 16 13 10 12 Ret Ret 6 Ret Ret
2011 Force India VJM04 Mercedes FO 108Y V8 P AUS MAL CHN TUR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU BRA 69 Ke-6
Force India  Adrian Sutil 9 11 15 13 13 7 Ret 9 11 6 14 7 Ret 8 11 11 9 8 6
Force India  Paul di Resta 10 10 11 Ret 12 12 18 14 15 13 7 11 8 6 12 10 13 9 8
2012 Force India VJM05 Mercedes FO 108Z V8 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU USA BRA 109 Ke-7
Force India  Paul di Resta 10 7 12 6 14 7 11 7 Ret 11 12 10 8 4 12 12 12 9 15 19
Force India  Nico Hülkenberg‎ Ret 9 15 12 10 8 12 5 12 9 11 4 21 14 7 6 8 Ret 8 5
2013 Force India VJM06 Mercedes FO 108Z V8 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN GBR GER HUN BEL ITA SIN KOR JPN IND ABU USA BRA 61* Ke-6*
Force India  Paul di Resta 8 Ret 8 4 7 9 7 9 11 18 Ret Ret
Force India  Adrian Sutil 7 Ret Ret 13 13 5 10 7 13 Ret 9 16

Pemandu tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.

Rujukan

Tags:

Force India SejarahForce India Keputusan lengkap Formula SatuForce India RujukanForce India Pautan luarForce IndiaSistem koordinat geografi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

DollaWadi AnnuarMenara Berkembar PetronasJenis air untuk bersuci dalam Islam1SyahadahBukan Sekadar LafazThe Original GangsterKuala TerengganuHari Raya AidiladhaMichael (malaikat utama)Kedudukan Dunia FIFAArmeniaJohor BahruNabi Musa menyeberangi Laut MerahAnna JoblingLelaki ItuSarah SuhairiPantang larang MelayuKerajaan Persekutuan MalaysiaAngkor WatNabiFrekuensi radio di PerakSukanTurkiHuminodunHeliza HelmiNabi Sulaiman a.s.Saifuddin Nasution IsmailFasha SandhaSenarai stesen televisyen di MalaysiaBugisSharifah HaslindaObesitiBandar Raya MexicoKata adjektifKesumKanun KeseksaanHarris AlifPerikatan NasionalKetaminSurah Al-QadrSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirHari Kebangsaan MalaysiaOrang Cina MalaysiaMarissa YasminAlor SetarRuqyahNur Qistina RaisahAbdul Taib MahmudRuhainiesKota BharuAtikah SuhaimeBuah kerasJasmine Suraya ChinNabi Ya'akub a.s.Ruminah SidekKadazan-DusunAli bin Abi TalibKuala LumpurMuzik popBaju kurungBahasa ArabTepung pelitaPerjanjian PrespaFalsafahRosyam NorIzzue IslamProton SatriaPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSlot AkasiaIntan LadyanaJakartaSolat Sunat IstisqaKetumPerlisSerembanSenarai Saintis Islam🡆 More