Feeza

Hafiza Shaari, lebih dikenali sebagai Feeza ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.

Beliau meraih pengiktirafan meluas pada 1996 menerusi lagu "Ungkapan Kata Bernafas Cinta" yang merupakan single pertamanya. Kehadirannya dalam industri muzik sezaman dengan Siti Nurhaliza, Rozita Izlyn dan Krisya. Pada tahun 2019, beliau ialah salah seorang daripada 12 peserta Gegar Vaganza musim keenam.

Feeza
Nama lahirHafiza binti Shaari
Kelahiran1976 (umur 47–48)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1996–2000, 2005, 2019–kini
Syarikat rakaman

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya nyanyian pada 1996 dengan melancarkan single pertamanya, "Ungkapan Kata Bernafas Cinta" ciptaan Azmeer, seterusnya muncul dengan album studio pertama (dan terakhir), Kehadiran. Feeza pernah dipilih mewakili Malaysia di Festival Muzik Asia yang berlangsung di Yoshinogari, Jepun pada 4 dan 5 Oktober 1997. Bagaimanapun, hanya selepas empat tahun aktif dalam bidang muzik, pada 2000 beliau menamatkan kerjaya sebagai penyanyi dan menerima tawaran bekerja sebagai artis budaya di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Beliau seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Integriti biarpun masih aktif menjayakan persembahan majlis anjuran MPSJ termasuk menerima tawaran nyanyian di majlis korporat.

Pada tahun 2005, beliau membuat kemunculan semula dengan merakamkan dua lagu baru, "Antara Kasih" dan "Kasihan" hasil ciptaan Adnan Abu Hassan dengan menggunakan wang simpanan sendiri. Bagaimanapun, ia menjadi kegagalan komersial.

Gegar Vaganza 2019

Feeza merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim keenam pada 2019. Bagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepadanya apabila tersingkir di konsert minggu keenam berikutan mendapat markah terendah. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 6)
Konsert Tema Lagu tugasan Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Ungkapan Kata Bernafas Cinta" Dirinya sendiri Ke-10 SELAMAT
Minggu 2 Cari Makan "Cinta Tersimpul Rapi" Anis Suraya Ke-7 SELAMAT
Minggu 3 Yang Aneh Aneh "Temberang" Ayda Jebat Ke-4 SELAMAT
Minggu 4 Haa Tepuk "Bagaikan Sakti" (duet bersama Hafiz Suip) M. Nasir & Siti Nurhaliza Pertama SELAMAT
Minggu 5 Curahan Hati "Jutaan Purnama" Alyah Ke-6 SELAMAT
Minggu 6 Melets/Meletop "Terus Mencintai" Siti Nordiana Ke-3 TERSINGKIR

Kehidupan peribadi

Feeza berkahwin dengan Ahmad Zahid Hassan pada Oktober 2000 dan dikurniakan 4 anak – Muhd Hafizul Iqram, Nur Alesya Humaira, Muhd Zahirul dan Nur Zahirah. Pasangan ini bercerai pada 2010 dengan Feeza mendapat hak penjagaan terhadap anak sulungnya manakala tiga lagi anaknya tinggal bersama bekas suaminya.

Diskografi

Album

  • Kehadiran (1996)

Single

  • "Ungkapan Kata Bernafas Cinta" (1996)
  • "Antara Kasih" (2005)
  • "Kasihan" (2005)

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Feeza KerjayaFeeza Kehidupan peribadiFeeza DiskografiFeeza RujukanFeeza Pautan luarFeezaGegar VaganzaGegar Vaganza (musim 6)KrisyaMalaysiaRozita IzlynSiti Nurhaliza

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nasi lemakAbdul Rahman HashimNeelofaSabronzoNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaPendidikan di IndonesiaMierul AimanBumiputeraFalsafahWanita SyurgaAngkatan Tentera MalaysiaTauhid RububiyahMusa HassanPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaProton PerdanaSuhaimi IbrahimAnwar IbrahimSiksa KuburHantu Kak Limah Balik RumahSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahDaiyan TrishaSenarai kata pinjaman bahasa MelayuNusantaraProton ExoraTentera Laut Diraja MalaysiaKKN di Desa Penari (filem)Perang Dunia KeduaEyka FarhanaNorman HakimPahamin RajabTanah Melayu BritishZul AriffinPetronasXPDCRahsia (filem 2023)Surah al-BaqarahAl-QuranPulau RedangBella DallyHady MirzaAzad JasminAstro MalaysiaOman AirUndang-Undang Laut MelakaJam 12 jamCerita Rakyat MalaysiaCiri-ciri orang munafikPolis EVO 3Piramid Agung GizaJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahKhunsa (siri TV)Asmara (drama)KhairulamingSekali Lagi Cinta KembaliSalomaPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaHari Raya AidiladhaHari WesakNafiez ZaidiBola tamparKhulafa al-RasyidinDatuk (gelaran)Universiti Putra MalaysiaSenarai mukim di PerakSunan KalijagaSusukPeribahasa MelayuKompleks piramid GizaAmerika SyarikatJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaHaidSabahSophia AlbarakbahBuah kerasGunung KinabaluSumazauTabbyErra FaziraMohd Shuhaily Mohd Zain🡆 More