Ekinoderma

Ekinoderma (filum Echinodermata; dari bahasa Greek untuk kulit berduri) adalah sebuah filum haiwan laut yang mencakupi Tapak Sulaiman, Gamat dan beberapa keluarganya.

Kelompok haiwan ini boleh ditemukan di hampir semua kawasan laut dalam. Filum ini muncul pada tempoh awal Kambria dan terdiri dari 7,000 spesies yang masih hidup dan 13,000 spesies yang sudah pupus. Lima atau enam kelas (enam bila Concentricycloidea dikira bersama) yang masih hidup sekarang; ialah:

  • Asteroidea / Tapak Sulaiman: sekitar 1,500 spesies yang menangkap mangsa untuk makanan mereka sendiri
  • Concentricycloidea, dikenali kerana sistem pembuluh airnya yang unik dan terdiri dari hanya dua spesies yang baru-baru ini digabungkan ke dalam Asteroidea.
  • Crinoidea (lili laut): sekitar 600 spesies merupakan pemangsa yang menunggu mangsa.
  • Echinoidea (landak laut dan dolar pasir): dikenali kerana duri mereka yang mampu digerakkan; sekitar 1,000 spesies terdapat kini.
  • Holothuroidea (teripang atau mentimun laut juga dari keluarga Gamat): haiwan panjang menyerupai siput; sekitar 1,000 spesies.
  • Ophiuroidea (bintang ular dan bintang getas), secara fizikalnya merupakan ekinodermata terbesar; sekitar 1,500 spesies.
Ekinoderma
Julat zaman: Kambria–Kini
Ekinoderma
Diversiti ekinoderma
Pengelasan saintifik
Domain:
Alam:
Subalam:
Superfilum:
Filum:
Echinodermata

Klein, 1734
Subfilum dan Kelas
    • ?Helicoplacoidea †
    • ?Arkarua †
    • ?Homalozoa †
  • Eleutherozoa
  • Pelmatozoa
    • Crinoidea (540+ spesies)
    • Edrioasteroidea†
    • Blastoidea †
    • Cystoidea †
    • Eocrinoidea †

† = pupus

Bentuk haiwan yang sudah pupus dapat diketahui dari fosil termasuk Blastoidea, Edrioasteriodea, Cystoidea, dan beberapa haiwan Kambrium awal seperti Helicoplacus, Carpoidea, Homalozoa, dan Eocrinoidea seperti Gogia.

Echinodermata adalah filum haiwan terbesar yang tidak memiliki anggota yang hidup di air tawar atau darat. Haiwan-haiwan ini juga mudah dikenali dari bentuk tubuhnya: kebanyakan memiliki simetri radial, khususnya simetri radial pentameral (terbahagi lima). Walaupun terlihat primitif, Echinodermata adalah filum yang berkerabat relatif yang sangat hampir dengan Chordata (yang di dalamnya mencakupi Vertebrata), dan simetri radialnya berevolusi secara sekunder. Larva Tapak Sulaiman misalnya, masih menunjukkan keserupaan yang cukup besar dengan larva Hemichordata.

Banyak di antara anggotanya yang berperanan besar dalam ekosistem laut, terutama ekosistem litoral pantai berbatu, terumbu karang, perairan dangkal, dan palung laut. Spesies bintang laut Pisaster ochraceus misalnya, menjadi pemangsa utama di ekosistem pantai berbatu di pesisir barat benua Amerika Utara, spesifiknya mengendalikan populasi tiram biru (Mytilus edulis) sehingga spesies yang lain dapat menghuni pantai tersebut dan bivalvia tersebut tidak mendominansi secara berlebihan. Contoh lain adalah Acanthaster planci yang memakan polip karang di perairan Indo-Pasifik. Kendati sering dianggap desktruktif, ada beberapa teori yang mengatakan bahwa A. planci sebenarnya adalah pemangsa yang penting untuk ekosistem terumbu karang, sehingga terjadi rekruitmen karang baru yang menggantikan koloni-koloni tua, juga mengurangi tekanan kompetisi antara satu spesies karang dengan yang lain.

Echinodermata mempunyai kemampuan untuk melakukan regenerasi bagian tubuhnya yang hilang, contohnya timun laut. Apabila timun laut merasa dirinya terancam, maka timun laut akan menyemprotkan organ tubuhnya agar mendapatkan kesempatan untuk melarikan diri. Kelak, organ tubuh yang hilang akan tumbuh kembali.

Pengelasan

Echinodermata, seperti Chordata, adalah deuterostoma.

  • Domain Eukaryota
    • Filum Echinodermata
      • Subfilum Homalozoa Gill & Caster, 1960
        • Kelas Homostelea
        • Kelas Homoiostelea
        • Kelas Stylophora Gill & Caster, 1960
        • Kelas Ctenocystoidea Robison & Sprinkle, 1969
      • Subfilum Crinozoa
        • Kelas Eocrinoidea Jaekel, 1899
        • Kelas Paracrinoidea Regnéll, 1945
        • Kelas Cystoidea von Buch, 1846
        • Kelas Blastoidea
        • Kelas Crinoidea
      • Subfilum Asterozoa
      • Subfium Echinozoa

Pautan luar

Rujukan

Tags:

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sazali SamadRedza RosliNabi Yusuf a.s.Kota DamansaraMajapahitKuala TerengganuCibaiPulau PangkorMonyetKesultanan DemakKlangSubang JayaPerang Dunia PertamaFrekuensi radio di Negeri SembilanTwitterBurasAisyah Abu BakarAaron AzizPakatan HarapanPegawai Waran IIAhli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15Mira FilzahSlot MegaDramaKerajaan SalakanagaraPuncak AlamFrekuensi radio di SabahSyahadahPukimakHasnul RahmatTengku Zafrul Abdul AzizProton SagaUnifi TVSharifah AmaniSenarai raja-raja MelayuHulu LangatMenteri Besar PerlisFrekuensi radio di JohorSenarai Akta Parlimen MalaysiaProton PrevéPerodua KelisaTulisan JawiHawa RizwanaNabi Ibrahim a.s.Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013Pang Sock TaoSabah F.C. (Malaysia)Gen1esTengku Permaisuri NorashikinOmbak Rindu (filem)Plat pendaftaran kenderaan MalaysiaNeelofaPahangSenarai kata pinjaman bahasa MelayuKristianBatik Air MalaysiaLencana pangkat TLDMMasya-AllahKongkekTV3NoniswaraSurah al-FatihahWadi AnnuarEmpayar UthmaniyahPolis Diraja MalaysiaPerempuan Itu (drama)Muhamad Akmal SalehNur FazuraSenarai dail terus antarabangsaProfesionalismeFarah AhmadHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Sri Pahang FCGoogle ScholarKemamanSophia AlbarakbahWan Azizah Wan IsmailAmir NafisKecerdasan buatanBryan Domani🡆 More