Chen Shui-bian (Cina Tradisional: 陳水扁code: zh is deprecated ; pinyin: Chén Shuǐbiǎn, POJ: Tân Chúi-píⁿ), lahir 12 Oktober 1950) ialah ahli politik Taiwan yang merupakan mantan Presiden Republik China dari tahun 2000 hingga ke 2008.
Beliau dikenali dengan nama gelaran Ah-Bian (阿扁; Ābiǎn; bahasa Taiwan: 阿扁仔 A-píⁿkiáⁿ).
Chen Shui-bian Tân Chúi-píⁿ 陳水扁 | |
---|---|
Presiden Republik China | |
Dalam jawatan 20 Mei, 2000 – 20 Mei, 2008 | |
Naib Presiden | Annette Lu |
Didahului oleh | Lee Teng-hui |
Digantikan oleh | Ma Ying-jeou |
Datuk Bandar Taipei | |
Dalam jawatan 25 Disember, 1994 – 25 Disember, 1998 | |
Didahului oleh | Huang Ta-chou |
Digantikan oleh | Tsai Ing-wen |
Butiran peribadi | |
Lahir | Guantian, Tainan, Taiwan | 12 Oktober 1950
Kerakyatan | Republik China |
Parti politik | Parti Progresif Demokratik |
Pasangan | Wu Shu-chen |
Chen, yang Parti Progresif Demokratiknya (DPP) kuat menyokong kemerdekaan Taiwan, menyandang jawatan pada tahun 2000, lalu menamatkan lima puluh tahun perintah Kuomintang di Taiwan. Sungguhpun mengawal pendiriannya dan menunjukkan gamatan perdamaian, Chen masih amat berbelah-bagi bagi pendiriannya untuk kemerdekaan Taiwan.
Pada 11 September 2009, Chen dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan didenda TW$200 juta atas kesalahan menggelapkan wang, menerima rasuah, dan pelaburan wang haram, sebanyak $15 juta ketika memegang jawatan Presiden dari tahun 2000 hingga 2008.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Chen Shui-bian, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.