Cate Blanchett

Catherine Élise Cate Blanchett AC (/ˈblɑːn.tʃət/; lahir 14 Mei 1969) ialah seorang pelakon dan pengarah teater Australia.

Beliau telah menerima pujian meluas dan memenangi pelbagai anugerah termasuk dua Anugerah Akademi, tiga Anugerah Screen Actors Guild, tiga Anugerah Golden Globe dan tiga Anugerah Filem Akademi British. Blanchett mendapat perhatian antarabangsa selepas peranannya sebagai Elizabeth I dalam filem 1998, Elizabeth dimana beliau memenangi Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Golden Globe serta mendapat pencalonan buat pertama kali Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Peranan beliau sebagai Katharine Hepburn dalam filem 2004 arahan Martin Scorsese, The Aviator mendapatkan beliau pujian kritis dan pelbagai anugerah termasuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Pada tahun 2013, beliau membintangi sebagai Jasmine French dalam filem arahan Woody Allen, Blue Jasmine dimana beliau memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik.

Cate Blanchett

Cate Blanchett
Kelahiran
Catherine Élise Blanchett

(1969-05-14) 14 Mei 1969 (umur 54)
Melbourne, Victoria, Australia
KerakyatanAustralia
Pusat pendidikanInstitut Kebangsaan Seni Dramatik
Universiti Melbourne
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah teater
Tahun aktif1989–sekarang
PasanganAndrew Upton (k. 1997)
Anak-anak4

Blanchett adalah salah seorang daripada enam pelakon dan satu-satunya pelakon wanita untuk menerima pencalonan Anugerah Akademi dengan melakonkan watak yang sama dalam dua filem serta satu-satunya pelakon Australia untuk memenangi dua Oskar. Dicalonkan untuk Oskar sebanyak tujuh kali, beliau menerima pencalonan untuk Notes on a Scandal (2006), Elizabeth: The Golden Age (2007), I'm Not There (2007) dan Carol (2015). Antara filem beliau yang lain termasuk The Talented Mr. Ripley (1999), trilogi The Lord of the Rings (2001–03) dan trilogi The Hobbit (2012–14), Babel (2006), The Curious Case of Benjamin Button (2008), How to Train Your Dragon 2 (2014) dan Cinderella (2015).

Kehidupan awal

Blanchett dilahirkan pada 14 Mei 1969 di Ivanhoe. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik, mempunyai seorang abang yang bekerja sebagai jurutera sistem komputer dan seorang adik perempuan yang bekerja sebagai pereka teater. Ibu beliau, June (née Gamble), bekerja sebagai pemaju hartanah dan guru manakala bapa beliau, Robert DeWitt Blanchett, Jr. adalah seorang penduduk Texas, bekas pegawai tentera laut Amerika Syarikat yang kemudiannya bekerja sebagai eksekutif pengiklanan. Blanchett berketurunan Inggeris, Scotland dan Perancis.

Beliau menghadiri sekolah rendah di Sekolah Rendah Ivanhoe Timur. Untuk pendidikan menengah, beliau menghadiri Sekolah Grammar Perempuan Ivanhoe dan kemudiannya Kolej Methodist Perempuan. Beliau mempelajari ekonomi dan seni halus di Universiti Melbourne tetapi keluar selepas setahun untuk pergi luar negara. Semasa di Mesir, Blanchett diminta untuk menjadi pelakon tambahan sebagai ahli sorak Amerika dalam filem tinju Mesir, Kaboria dan kerana memerlukan duit, beliau menerima tawaran tersebut. Selepas kembali ke Australia, beliau berpindah ke Sydney dan mendaftar di Institut Kebangsaan Seni Dramatik (NIDA) untuk mengejar kerjaya lakonan. Beliau menamatkan pengajian dari NIDA pada tahun 1992.

Karier

1992–2000

Peranan pentas besar pertama Blanchett adalah dalam lakonan pentas tahun 1992, Oleanna untuk Syarikat Teater Sydney. Pada tahun itu, beliau dipilih untuk watak Clytemnestra dalam produksi Sophocles, Electra. Beberapa minggu selepas latihan, pelakon yang melakonkan peranan utama menarik diri dan pengarah, Lindy Davies memilih Blanchett untuk peranan tersebut. Lakonan beliau sebagai Electra menjadi salah satu peranan beliau yang dipuji secara meluas di NIDA. Pada tahun 1993, Blanchett dianugerahkan Anugerah Pendatang Baru Pengkritik Teater Sydney untuk lakonannya dalam Kafka Dances dan memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk lakonannya dalam Oleanna, menjadikan beliau pelakon pertama untuk memenangi kedua-dua kategori pada tahun yang sama. Blanchett melakonkan watak Ophelia dalam produksi tahun 1994–95, Hamlet diarahkan oleh Neil Armfield, dibintangi Rush dan Richard Roxburgh dan dicalonkan untuk Anugerah Green Room. Beliau muncul dalam minisiri TV tahun 1994, Heartland, minisiri tahun 1995, Bordertown dan dalam sebuah episod Police Rescue bertajuk "The Loaded Boy". Beliau juga muncul dalam filem pendek 50 minit, Parklands (1996) yang menerima pencalonan Institut Filem Australia (AFI) untuk Lakon Layar Asal Terbaik.

Blanchett membuat penampilan filem pertamanya sebagai seorang jururawat Australia yang ditangkap oleh Tentera Jepun semas Perang Dunia Kedua dalam filem 1997, Paradise Road yang dibintangi Glenn Close dan Frances McDormand. Peranan utama pertamanya, juga pada tahun 1997, merupakan sebagai Lucinda Leplastrier dalama Oscar and Lucinda. Blanchett menerima pujian meluas untuk lakonannya dan meneriman pencalonan Anugerah AFI pertamanya untuk Pelakon Wanita Terbaik tetapi tewas kepada Deborah Mailman. Beliau memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik AFI pada tahun yang sama untuk peranannya sebagai Lizzie dalam filem 1997, Thank God He Met Lizzie, juga dibintangi Richard Roxburgh dan Frances O'Connor.

Peranan antarabangsa berprofil tinggi pertamanya adalah sebagai Elizabeth I dari England dalam filem 1998, Elizabeth, diarahkan oleh Shekhar Kapur. Filem ini melonjakkan beliau menjadi terkenal dan lakonan beliau mendapat pengiktirafan yang meluas. Beliau memenangi Anugerah Golden Globe dan Anugerah Filem Akademi British (BAFTA) serta menerima pencalonan Anugerah Screen Actors Guild (SAG) dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Pada tahun berikutnya, Blanchett muncul dalam Bangers, sebuah filem pendek Australia sebahagian daripada Stories of Lost Souls. Beliau juga muncul dalam filem komedi, Pushing Tin, juga dibintangi Billy Bob Thornton dan Angelina Jolie serta The Talented Mr. Ripley bersama-sama Matt Damon, Gwyneth Paltrow, Jude Law dan Philip Seymour Hoffman. Beliau menerima pencalonan BAFTA keduanya untuk lakonannya dalam The Talented Mr. Ripley.

2000–2007

Sudah menjadi seorang pelakon terkenal, Blanchett menerima ramai peminat baru apabila beliau muncul dalam trilogi The Lord of the Rings, melakonkan watak Galadriel dalam ketiga-tiga filem. Trilogi ini memegang rekod sebagai filem trilogi dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Sebagai tambahan kepada The Lord of the Rings, tahun 2001 juga menyaksikan Blanchett mempelbagaikan portfolio beliau dengan pelbagai peranan dalam Charlotte Gray, The Shipping News dan Bandits dimana beliau menerima pencalonan kedua Anugerah Golden Globe dan Anugerah SAG. Pada tahun 2002, Blanchett muncul bersama-sama Giovanni Ribisi dalam Heaven. Tahun 2003 sekali lagi menyaksikan Blanchett melakonkan pelbagai peranan; Galadriel dalam filem ketiga dan terakhir trilogi Lord of the Rings (yang memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik), The Missing, Coffee and Cigarettes dimana beliau menerima pencalonan Anugerah Independent Spirit dan Veronica Guerin yang mendapatkan beliau pencalonan Anugerah Golden Globe.

Pada tahun 2005, beliau memenangi Anugerah Akademi pertamanya untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk peranan beliau sebagai Katharine Hepburn dalam filem arahan Martin Scorsese, The Aviator. Pada tahun itu, Blanchett memennagi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Institut Filem Australia untuk peranannya sebagai Tracy Heart dalam filem Australia, Little Fish. Walaupun kurang dikenali di peringkat global berbanding filem-filem beliau, Little Fish menerima pujian kritis di negara asal beliau, Australia dan dicalonkan untuk 13 anugerah Institut Filem Australia.


Pada tahun 2006, beliau membintangi bersama-sama Brad Pitt dalam Babel, diarahkan oleh Alejandro González Iñárritu yang menerima tujuh pencalonan Anugerah Akademi, The Good German bersama-sama George Clooney dan Notes on a Scandal bersama-sama Judi Dench. Blanchett menerima pencalonan Anugerah Akademi ketiga beliau untuk lakonan dalam Notes on a Scandal.

Pada tahun 2007, Blanchett dinamakan oleh majalah Time sebagai salah seorang daripada 100 Orang Paling Berpengaruh di Dunia dan salah seorang pelakon wanita paling berjaya oleh majalah Forbes. Blanchett membuat penampilan kameo sebagai Janine, seorang saintis forensik dan bekas teman wanita karakter Simon Pegg dalam Hot Fuzz (2007).

Beliau menyambung wataknya sebagai Ratu Elizabeth I dalam filem sekuel tahun 2007, Elizabeth: The Golden Age dan melakonkan watak Jude Quinn dalam I'm Not There. Beliau memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Piala Volpi di Festival Filem Venice, Anugerah Independent Spirit dan Anugerah Golden Globe untuk lakonan beliau sebagai Jude Quinn. Di Anugerah Akademi ke-80, Blanchett menerima dua pencalonan Anugerah Akademi—Pelakon Wanita Terbaik untuk Elizabeth: the Golden Age dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk I'm Not There—menjadikan beliau pelakon kesebelas untuk menerima dua pencalonan pelakon pada tahun yang sama. Untuk pencapaian beliau pada tahun itu, Roger Ebert berkata, "Blanchett boleh muncul dalam Festival Filem Toronto yang sama melakonkan watak Elizabeth dan Bob Dylan, kedua-duanya dengan baik sekali merupakan satu keajaiban lakonan".

2008–2011

Beliau muncul dalam filem arahan Steven Spielberg, Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull sebagai penjahat ejen KGB Col. Dr. Irina Spalko, dan dalam filem arahan David Fincher yang menerima pencalonan Oskar, The Curious Case of Benjamin Button, juga dibintangi Brad Pitt. Pada 5 Disember 2008, Blanchett telah dianugerahkan dengan bintang di Hollywood Walk of Fame. Blanchett menyuarakan karakter Granmamare dalam versi Bahasa Inggeris Ponyo, dikeluarkan pada bulan Julai 2008.

Blanchett kembali ke teater pada tahun 2009 menerusi produksi Syarikat Teater Sydney, A Streetcar Named Desire, diarahkan oleh Liv Ullmann. Beliau membintangi sebagai Blanche DuBois bersama-sama Joel Edgerton sebagai Stanley Kowalski. Ia menerima kejayaan kritis serta komersial dan Blanchett menerima pujian meluas unuk lakonan beliau sebagai Blanche DuBois. Blanchett memenangi Anugerah Teater Sydney untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama. Produksi itu dan Blanchett menerima Anugerah Helen Hayes.

Blanchett muncul bersama-sama Russell Crowe dalam filem arahan Ridley Scott, Robin Hood pada tahun 2010. Pada tahun 2011, beliau melakonkan watak ejen CIA, Marissa Wiegler dalam filem aksi thriller arahan Joe Wright, Hanna.

Pada tahun 2011, Blanchett mengambil bahagian dalam dua produksi Syarikat Teater Sydney. Beliau melakonkan watak Lotte Kotte Groß und klein (Big and Small), diarahkan oleh Benedict Andrews. Selepas persembahan di Sydney, produksi itu menjelajah ke London, Paris, Festival Vienna dan Ruhrfestspiele. Blanchett dan produksi itu menerima pujian meluas. Blanchett dicalonkan untuk Anugerah Evening Standard London untuk Pelakon Wanita Terbaik,, memenangi Anugerah Teater Sydney untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama dan Anugerah Helpmann untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau kemudiannya melakonkan watak Yelena dalam Uncle Vanya. Produksi itu dan Blanchett menerima pujian kritis.

2012–sekarang

Blanchett menyambung watak beliau sebagai Galadriel di dalam filem The Hobbit (2012–14), prekuel kepada siri filem The Lord of the Rings. Beliau menyuarkaan watak "Penelope" dalam sebuah episod Family Guy bertajuk "Mr. and Mrs. Stewie" dan Ratu Elizabeth II di dalam episod "Family Guy Viewer Mail 2". Blanchett kembali dalam filem Australia dengan muncul dalam The Turning (2013), sebuah filem antologi berdasarkan koleksi cerita pendek oleh Tim Winton. Beliau merupakan ketua juri Festival Filem Antarabangsa Dubai pada tahun 2012 dan 2013.

Pada tahun 2013, Blanchett melakonkan watak Jasmine French, watak utama dalam filem arahan Woody Allen, Blue Jasmine, juga dibintangi Alec Baldwin dan Sally Hawkins. Beliau menerima ulasan hangat untuk lakonan beliau dengan beberapa pengkritik menggelarkan ia sebagai peranan terbaik dalam kariernya (mengatasi peranan beliau dalam Elizabeth). Lakonan beliau mendapatkannya lebih daripada 40 anugerah industri dan pengkritik termasuk Anugerah LAFCA, Anugerah NYFCC, Anugerah NSFC, Anugerah Critics' Choice, Anugerah Lakonan Luar Biasa Tahunan Festival Filem Antarabangsa Santa Barbar, Anugerah Akademi Australia (AACTA), anugerah SAG, anugerah Golden Globe, anugerah BAFTA, Anugerah Independent Film Spirit dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Kemenangan Blanchett menjadikan beliau pelakon wanita keenam untuk memenangi Oskar dalam kedua-dua kategori lakonan, pelakon ketiga untuk memenangi Pelakon Wanita Terbaik selepas Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan pelakon Australia pertama untuk memenangi lebih daripada satu Oskar bagi kategori lakonan.

Pada tahun 2014, Blanchett membintangi bersama-sama Matt Damon dan George Clooney dalam The Monuments Men. Filem ini juga dibintangi John Goodman, Bill Murray, Hugh Bonneville dan Jean Dujardin. Beliau menyuarakan watak Valka dalam filem 2014, How to Train Your Dragon 2. Blanchett utga muncul dalam siri TV Australia, Rake sebagai Cleaver.< Pada 29 Januari 2015, beliau mengacarakan Anugerah AACTA ke-4 bersama-sama AACTA Deborah Mailman.

Pada tahun 2015, Blanchett membintangi lima filem. Beliau melakonkan watak Nancy dalam filem arahan Terrence Malick, Knight Of Cups yang ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin pada bulan Februari 2015. Beliau melkonkan watak Lady Tremaine, ibu tiri Cinderella dalam filem Disney, Cinderella. Beliau membintangi bersama-sama Rooney Mara dalam Carol, sebuah filem adaptasi Patricia Highsmith, The Price of Salt. Blanchett merupakan penerbit eksekutif filem ini. Beliau juga melakonkan watak Mary Mapes dalam Truth, sebuah filem tentang kontroversi dokumen Killian. Syarikat produksi Blanchett merupakan rakan kongsi penerbit untuk filem ini. Blanchett juga muncul dalam Manifesto.

Blanchett dijadual akan muncul dalam filem arahan Malick, Weightless. Beliau juga akan membintangi sebagai Marisa Acocella Marchetto dalam filem HBO, Cancer Vixen, ditulis dan diarahkan oleh Julie Delpy. Blanchett akan menyuarakan watak Kaa dalam Jungle Book: Origins. Blanchett akan menyuarakan salah satu daripada dua versi dokumentari arahan Terrence Malick, Voyage of Time, dijadual ditayangkan pada tahun 2016.

Blanchett akan membangun dan mengarah siri drama Australia, Stateless. Projek ini dibiayai oleh Screen Australia dan diterbitkan oleh syarikat produksi Blanchett dan Andrew Upton. Pada bulan September 2015, ia telah diumumkan bahawa Blanchett akan melakonkan watak Lucille Ball dalam sebuah filem biografi yang belum mempunyai tajuk. Pada bulan November 2015, ia telah dilaporkan bahawa Blanchett berada dalam perbincangan untuk muncul dalam filem adaptasi dari buku, Where'd You Go Bernadette yang akan diarahkan oleh Richard Linklater. Pada bulan Disember 2015, ia telah diumumkan bahawa Blanchett berada dalam perbincangan untuk melakonkan salah satu watak wanita utama dalam Thor: Ragnarok.

Sehingga tahun 2015, filem-filem Blanchett telah mengutip lebih daripada 9 bilion dolar di box-office seluruh dunia. Sehingga tahun 2015, Blanchett telah muncul dalam tujuh filem yang dicalonkan Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik: Elizabeth (1998), trilogi The Lord of the Rings (2001, 2002 dan 2003), The Aviator (2004), Babel (2006) dan The Curious Case of Benjamin Button (2008).

Kehidupan peribadi

Suami Blanchett adalah seorang penulis drama dan skrip, Andrew Upton. Mereka berjumpa pada tahun 1996 di set sebuah rancangan TV, dan berkahwin pada 29 Disember 1997. Blanchett dan Upton mempunyai empat orang anak: Dashiell John (l. Disember 2001), Roman Robert (l. April 2004), Ignatius Martin (l. April 2008), dan anak angkat, Edith Vivian Patricia.

Filmografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Nota
1990 Kaboria Pelakon tambahan
1996 Parklands Rosie Filem pendek
1997 Paradise Road Susan Macarthy
1997 Thank God He Met Lizzie Lizzie
1997 Oscar and Lucinda Lucinda Leplastrier
1998 Elizabeth Ratu Elizabeth I
1999 An Ideal Husband Lady Gertrude Chiltern
1999 Bangers Julie-Anne Filem pendek; penerbit
1999 Pushing Tin Connie Falzone
1999 The Talented Mr. Ripley Meredith Logue
2000 The Gift Annabelle "Annie" Wilson
2000 The Man Who Cried Lola
2001 The Shipping News Petal Quoyle
2001 Charlotte Gray Charlotte Gray
2001 Bandits Kate Wheeler
2001 The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring Galadriel
2002 Heaven Philippa
2002 The Lord of the Rings: The Two Towers Galadriel
2003 Coffee and Cigarettes Diri sendiri & Shelly
2003 Veronica Guerin Veronica Guerin
2003 The Missing Magdalena "Maggie" Gilkeson
2003 The Lord of the Rings: The Return of the King Galadriel
2004 The Life Aquatic with Steve Zissou Jane Winslett-Richardson
2004 The Aviator Katharine Hepburn
2005 Little Fish Tracy Heart
2006 Babel Susan Jones
2006 The Good German Lena Brandt
2006 Notes on a Scandal Sheba Hart
2007 Hot Fuzz Janine Kameo tidak dikredit
2007 In the Company of Actors Diri sendiri Dokumentari
2007 Elizabeth: The Golden Age Ratu Elizabeth I
2007 I'm Not There Jude Quinn (Bob Dylan)
2008 Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull Kolonel-Doktor Irina Spalko
2008 The Curious Case of Benjamin Button Daisy Fuller
2009 Ponyo Granmamare Suara dalam versi Bahasa Inggeris
2010 Robin Hood Lady Marian
2011 Hanna Marissa Wiegler
2012 The Hobbit: An Unexpected Journey Galadriel
2013 Blue Jasmine Jeanette "Jasmine" Francis
2013 The Turning Gail Lang
2013 The Galapagos Affair Dore Strauch Dokumentari; suara
2013 The Hobbit: The Desolation of Smaug Galadriel
2014 The Monuments Men Claire Simone
2014 How to Train Your Dragon 2 Valka Suara
2014 The Hobbit: The Battle of the Five Armies Galadriel
2015 Knight of Cups Nancy
2015 Cinderella Lady Tremaine
2015 Carol Carol Aird Penerbit eksekutif
2015 Truth Mary Mapes
2015 Manifesto 13 peranan
2016 Weightless
2016 Voyage of Time Pencerita Dokumentari
2017 Jungle Book: Origins Kaa Suara

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Nota
1993 Police Rescue Pn. Haines Episod: "The Loaded Boy"
1994 Heartland Elizabeth Ashton 13 episod
1995 Bordertown Bianca Minisiri
2012 Family Guy Penelope / Ratu Elizabeth II Suara; 2 episod
2014 Rake Clarice Greene (dalam filem) Episod 3.3

Anugerah utama

Pencalonan dan anugerah
Fail:Cate Blanchett Deauville 2014 3.jpg

Blanchett pada tahun 2014

Anugerah
Menang
Pencalonan
Akademi 2 7
AACTA 6 7
BAFTA 3 7
Critics' Choice 3 12
Golden Globe 3 9
Independent Spirit 3 5
Screen Actors Guild 3 14
Tahun Filem Kategori Keputusan
Anugerah Akademi
1999 Elizabeth Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
2005 The Aviator Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
2007 Notes on a Scandal Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
2008 Elizabeth: The Golden Age Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
I'm Not There Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
2014 Blue Jasmine Pelakon Wanita Terbaik Menang
2016 Carol Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
Institut Filem Amerika
2002 Bandits Pelakon Tahunan — Wanita Tercalon
Anugerah AACTA
1998 Thank God He Met Lizzie Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
1999 Oscar and Lucinda Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
2006 Little Fish Pelakon Wanita Terbaik Menang
Anugerah Pilihan Pembaca News Limited Menang
2008 Elizabeth: The Golden Age Pelakon Wanita Terbaik — Antarabangsa Menang
2014 Blue Jasmine Pelakon Wanita Terbaik — Antarabangsa Menang
2016 Carol Pelakon Wanita Terbaik — Antarabangsa Menang
Anugerah Filem Akademi British
1999 Elizabeth Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama Menang
2000 The Talented Mr. Ripley Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu Tercalon
2005 The Aviator Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu Menang
2008 Elizabeth: The Golden Age Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama Tercalon
I'm Not There Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu Tercalon
2014 Blue Jasmine Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama Menang
2016 Carol Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama Tercalon
Institut Filem British
2016 BFI Fellowship Menang
Anugerah Golden Globe
1999 Elizabeth Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Drama Menang
2002 Bandits Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Komedi atau Muzikal Tercalon
2004 Veronica Guerin Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Drama Tercalon
2005 The Aviator Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem Tercalon
2007 Notes on a Scandal Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem Tercalon
2008 Elizabeth: The Golden Age Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Drama Tercalon
I'm Not There Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem Menang
2014 Blue Jasmine Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Drama Menang
2016 Carol Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Drama Tercalon
Anugerah Independent Spirit
2005 Coffee and Cigarettes Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
2008 I'm Not There Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
Anugerah Robert Altman Menang
2014 Blue Jasmine Pelakon Wanita Terbaik Menang
2016 Carol Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
National Board of Review
2002 The Man Who Cried
The Shipping News
The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
2004 The Lord of the Rings: The Return of the King Lakonan Terbaik oleh Barisan Pelakon Menang
Anugerah Screen Actors Guild
1999 Elizabeth Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama Tercalon
2002 Bandits Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Pembantu Tercalon
The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem Tercalon
2003 The Lord of the Rings: The Two Towers Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem Tercalon
2004 The Lord of the Rings: The Return of the King Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem Menang
2005 The Aviator Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Pembantu Menang
Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem Tercalon
2007 Notes on a Scandal Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Pembantu Tercalon
Babel Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem Tercalon
2008 Elizabeth: The Golden Age Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama Tercalon
I'm Not There Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Pembantu Tercalon
2009 The Curious Case of Benjamin Button Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Filem Tercalon
2014 Blue Jasmine Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama Menang
2016 Carol Lakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama Tercalon

Rujukan

Tags:

Cate Blanchett Kehidupan awalCate Blanchett KarierCate Blanchett Kehidupan peribadiCate Blanchett FilmografiCate Blanchett Anugerah utamaCate Blanchett RujukanCate Blanchett Bacaan lanjutanCate Blanchett Pautan luarCate BlanchettAnugerah AkademiAnugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita TerbaikAnugerah Akademi untuk Pelakon Wanita TerbaikAnugerah Filem Akademi BritishAnugerah Golden GlobeAnugerah Screen Actors GuildBantuan:IPA/EnglishElizabeth (filem)Elizabeth I dari EnglandKatharine HepburnMartin ScorseseThe Aviator (filem 2004)Woody Allenen:Order of Australia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perodua MyViPronoMydinPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaSemenyihFasha SandhaLelaki ItuAstro ShawAb Rauf YusohSejarah al-QuranAshraf SinclairSurah Al-InsyirahWan Azizah Wan IsmailUniversiti Putra MalaysiaAli bin Abi TalibWanita SyurgaKera bekantanCiri-ciri orang munafikAyob Khan Mydin PitchayPerkahwinan menurut IslamRizky NazarBahasa Melayu BruneiFrekuensi radio di SabahSultan PahangPasukan Khas LautMalariaJanna NickDa Di DuFattah AminEda EzrinNajua NasirFauziah NawiSekolah Menengah Kebangsaan TebobonPerlembagaan MalaysiaZed ZaidiNabi Lut a.s.Laluan Kelana JayaRawang, SelangorKata ganti diriTentang Hati DiaSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaJohor Darul Ta'zim F.C.Negeri-negeri Melayu Tidak BersekutuHael HusainiSiti Khadijah HalimKerajaan Bani AbbasiyahSabronzoTalbis IblisBuah kerasRatu SofyaSenarai poskod di MalaysiaNur FazuraAmy SearchSurah al-BaqarahJam 24 jamPiala Sumbangsih 2024FarajRujukan kehormatGen1esIskandar ChempakaTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahFrom Saga With LoveBandar TaipingAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamMustapha KamalPuteri Sarah LiyanaKodi RasheedFuckAznil NawawiSharifah HusnaZUS CoffeeSultanah Nur ZahirahLee Chong WeiBank Negara MalaysiaElizabeth TanNasi lemak🡆 More