Roger Ebert

Roger Joseph Ebert (18 Jun 1942 – 4 April 2013) merupakan seorang pengkritik filem, sejarawan, wartawan dan penulis dari Amerika Syarikat.

Beliau menulis terutamanya untuk akhbar Chicago Sun-Times dari 1967 sehingga kematiannya pada 2013. Beliau mempopularkan rancangan pengulasan filem dalam bentuk media TV melalui rancangan yang dihoskan bersama Gene Siskel iaitu Sneak Previews produksi PBS dan At the Movies produksi Disney-ABC Domestic Television.

Roger Ebert
Ebert dalam suatu wawancara tahun 2006
Ebert dalam suatu wawancara tahun 2006
LahirRoger Joseph Ebert
(1942-06-18)18 Jun 1942
Urbana, Illinois, Amerika Syarikat
Meninggal duniaApril 4, 2013(2013-04-04) (umur 70)
Chicago, Illinois, Amerika Syarikat
PekerjaanPengkritik filem, wartawan, penulis
Bahasabahasa Inggeris
PendidikanUrbana High School
Alma materUniversity of Illinois at Urbana–Champaign
SubjekFilem
Tahun aktif1967–2013
Karya terkenal
AnugerahHadiah Pulitzer Penulisan Kritikan
PasanganChaz Hammelsmith (k. 1992)
Tandatangan
Roger Ebert
Laman web
rogerebert.com

Beliau dianggap sebagai pengkritik filem paling dikenali dan berpengaruh di Amerika Syarikat.

Biografi

Awal hidup dan pendidikan

Roger Joseph Ebert dilahirkan di Urbana, Illinois, dan merupakan anak tunggal Annabel (née Stumm; 1 Mei 1911 - 1 Jun 1987), seorang penjaga buku, dan Walter Harry Ebert (20 November 1901 - 22 September 1960), seorang juruelektrik. Keturunan nenek moyangnya adalah pendatang Jerman dan keturunannya adalah orang Ireland dan Belanda. Beliau dibesarkan dalam anutan agama Kristian mazhab Katolik Romawi di mana beliau menghadiri sekolah gereja St. Mary dan berkhidmat sebagai anak altar di Urbana High School.

Minat Ebert dalam kewartawanan bermula sejak beliau belajar di sekolah tersebut di mana beliau merupakan penulis sukan untuk akhbar "The News-Gazette" di Champaign, Illinois; Walau bagaimanapun, beliau memulakan kerjayanya dengan menulis surat komen kepada peminat sains fiksyen pada era tersebut. Pada tahun yang sama, beliau adalah presiden kelas dan ketua editor akhbar sekolah tinggi, The Echo. Pada tahun 1958, beliau memenangi kejohanan pertandingan persatuan Illinois dalam "pengacaraan radio", sebuah acara yang menyerupai berita baru radio.

Kerjaya mengulas di TV

Senja hidup

Pendekatan mengulas filem

Ebert menjelaskan pendekatan kritisnya terhadap filem bersifat "relatif, tidak absolut". Ia memberikan empat bintang untuk filem berkualitas sangat tinggi dan setengah bintang untuk filem bermutu sangat rendah, kecuali jika ia menganggap filem tersebut "tidak artistik" dan/atau "tidak bermoral", filem tersebut tidak diberi bintang.

Saat kamu bertanya kepada kawan, 'apakah Hellboy cukup bagus', kamu tidak bertanya apakah Hellboy bagus jika dibandingkan dengan Mystic River; justeru kamu bertanya apakah Hellboy bagus jika dibandingkan dengan The Punisher. Jawaban saya begini: dalam skala satu sampai empat, jika Superman mendapat empat bintang, Hellboy tiga, dan The Punisher dua. Sama halnya jika American Beauty mendapat empat bintang, The United States of Leland dua bintang.

Apabila beliau berdepan filem-filem yang menyentuh agama Kristian Katolik Rom dianutinya sebagai topik utama, maka Ebert akan mengulas berdasarkan pemahaman ilmu agama yang diajar kepadanya agar segala unsur-unsur agama ditonjolkan semasa tontonnya sahih. Meskipun Ebert menyatakan dirinya sebagai seorang yang berfahaman agnostik, beliau tetap akan mengkritik kuat filem yang diyakini sangat acuh atau menghina agama Katolik yang mempengaruhi pemikirannya seperti Stigmata dan Priest. Namun, beliau juga akan memberi penilaian positif terhadap filem-filem berkontroversi bertemakan Yesus dan Katolik seperti The Passion of the Christ, The Last Temptation of Christ dan filem satira Dogma karya Kevin Smith.

Ebert pernah berseloroh Citizen Kane merupakan filem kegemarannya yang "rasmi", namun beliau lebih memilih La Dolce Vita sebagai filem yang benar-benar disukainya. Robert Mitchum dan Ingrid Bergman merupakan pelakon-pelakon paling digemarinya. Ebert lazimnya tidak berapa suka menyenaraikan filem-filem terbaik", namun beliau akan lakukan sedemikian untuk tujuan tertentu misalnya untuk Sight and Sound Directors' Poll 2012. Sesuai abjad, filem-filem tersebut adalah 2001: A Space Odyssey, Aguirre, the Wrath of God, Apocalypse Now, Citizen Kane, La Dolce Vita, The General, Raging Bull, Tokyo Story, The Tree of Life dan Vertigo.

Ebert telah menyusun senarai filem "terbaik tahun ini" sejak 1960-an yang selalu dijadikan patokan penilaian kncendenungan pengulasannya sepanjang hayatnya:

  • 1982: Sophie's Choice
  • 1983: The Right Stuff
  • 1984: Amadeus
  • 1985: The Color Purple
  • 1986: Platoon
  • 1987: House of Games
  • 1988: Mississippi Burning
  • 1989: Do the Right Thing
  • 1990: Goodfellas
  • 1991: JFK
  • 1992: Malcolm X
  • 1993: Schindler's List
  • 1994: Hoop Dreams
  • 1995: Leaving Las Vegas
  • 1996: Fargo

Senarai karya penulisan

  • An Illini Century: One Hundred Years of Campus Life (1967)
  • A Kiss Is Still a Kiss (1984)
  • The Perfect London Walk (1986), bersama Daniel Curley
  • Two Weeks In Midday Sun: A Cannes Notebook (1987)
  • The Future of The Movies (1991) bersama Gene Siskel
  • Behind the Phantom's Mask (1993)
  • Ebert's Little Movie Glossary (1994)
  • Roger Ebert's Book of filem (1996)
  • Questions for the Movie Answer Man (1997)
  • Ebert's Bigger Little Movie Glossary (1999)
  • I Hated, Hated, Hated This Movie (2000)
  • Siri The Great Movies
    • The Great Movies (2002)
    • The Great Movies II (2005)
    • The Great Movies III (2010)
    • The Great Movies IV (2016)
  • Awake in the Dark: The Best of Roger Ebert (2006)
  • Your Movie Sucks (2007)
  • Roger Ebert's Four-Star Reviews 1967–2007 (2007)
  • Scorsese by Ebert (2008)
  • The Pot and How to Use It: The Mystery and Romance of the Rice cooker (2010)
  • Life Itself: A Memoir. (2011) New York: Grand Central Publishing.
  • A Horrible Experience of Unbearable Length (2012)

Filemografi

Filem

Siri televisyen

  • Sneak Previews (1975-1982) - sebagai pengacara bersama
  • At the Movies (1982-1986, 1986-2006) - sebagai pengacara bersama
  • Ebert Presents: At the Movies (2010-2011) - sebagai pengacara

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Roger Ebert BiografiRoger Ebert Pendekatan mengulas filemRoger Ebert Senarai karya penulisanRoger Ebert FilemografiRoger Ebert RujukanRoger Ebert Pautan luarRoger EbertDisney-ABC Domestic TelevisionKritikan filemPBS

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

RuhainiesKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKMCibaiKementerian Pendidikan MalaysiaTV3Jam 24 jamRaja AzuraEKata ganti nama (bahasa Melayu)DollaM.O.BPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaFahmi FadzilNuzul QuranSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiMona FandeyHari WesakKementerian Dalam Negeri MalaysiaKucingTauratSabahP. RamleeTunku Aminah Maimunah IskandariahTempoh haram puasaBruneiPerakRita RudainiSyariat IslamDasar Ekonomi BaruPerdana Menteri MalaysiaDe FamBabiBumiputera di SabahKugiran MasdoDunia IslamPerang Dunia KeduaMuhamad Akmal SalehKadazan-DusunNabi Yusuf a.s.Maktab Rendah Sains MARARaihanHulu LangatSejarahSurah Al-IkhlasDaerah di SabahYang di-Pertuan AgongTanda-tanda KiamatMohamed Fadzli HassanSukanPerang AhzabSenarai universiti di MalaysiaNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahSalasilah keturunan Nabi MuhammadNur FazuraNasi kandarAmira OthmanBendaharaMazhab SyafiiNabi Musa a.s.BadarPolitik balas budiKeputusan perlawanan pasukan bola sepak MalaysiaKitab suci IslamJohan GhazaliUngku Ismail AzizBumiputeraHassanal BolkiahOne Cent ThiefCiri-ciri orang munafikMalaysia MadaniFalsafahRejimen Askar Melayu DiRajaTrisha OoiJustin BieberLembah BujangSarawak🡆 More