Matt Damon: Pelakon, penulis dan penerbit filem Amerika Syarikat

Matthew Paige Matt Damon (/ˈdeɪmən/; lahir 8 Oktober 1970) ialah seorang pelakon, penerbit dan penulis filem Amerika Syarikat.

Damon dan Ben Affleck menulis lakon layar yang memenangi Anugerah Akademi, Good Will Hunting (1997) yang juga dibintangi olehnya. Beliau merupakan salah seorang daripada 40 pelakon lelaki dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa. Sebagai tambahan kepada banyak anugerah yang diterima oleh Damon termasuk Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe, beliau menerima satu bintang di Hollywood Walk of Fame pada tahun 2007 untuk kerjanya dalam industri filem.

Matt Damon
Matt Damon: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Damon pada tahun 2015
Kelahiran
Matthew Paige Damon

(1970-10-08) 8 Oktober 1970 (umur 53)
PekerjaanPelakon, penerbit, penulis
Tahun aktif1988–kini
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)
PasanganLuciana Bozán Barroso (k. 2005)
Anak-anak4

Damon dikenali sebagai pelakon versatil, membintangi dalam filem-filem yang mencapai kejayaan komersial dan kritis seperti siri Bourne, Ocean, The Talented Mr. Ripley (1999), Dogma (1999), Saving Private Ryan (1998) dan The Martian (2015). Beliau mendapat pujian kritis untuk lakonannya dalam Syriana (2005) dan The Good Shepherd (2006) serta The Departed (2006).

Kehidupan awal

Damon dilahirkan di Cambridge, Massachusetts, anak kepada Kent Telfer Damon dan Nancy Carlsson-Paige. Bapanya berketurunan Inggeris dan Scotland manakala ibunya berketurunan Finland dan Sweden. Damon dan keluarganya berpindah ke Newton untuk dua tahun. Ibu-bapanya bercerai ketika beliau berumur dua tahun dan kembali bersama ibunya ke Cambridge. Beliau menghadiri Sekolah Alternatif Cambridge (sekarang Graham and Parks) dan kemudiannya Sekolah Latin dan Cambridge Rindge. Damon berlakon dalam beberapa produksi teater sekolah tinggi. Damon menghadiri Universiti Harvard tetapi meninggalkan universiti itu untuk berlakon dalam School Ties.

Kerjaya

1988–1996

Damon menghadiri Universiti Harvard pada tahun 1988 dimana beliau muncul dalam lakonan teater pelajar seperti Burn This dan A... My Name is Alice. Beliau membuat penampilan filem pertamanya ketika berumur 18 tahun dalam Mystic Pizza. Sebagai seorang pelajar di Universiti Harvard, beliau berlakon sebagai peranan kecil seperti dalam Rising Son dan School Ties. Beliau meninggalkan universiti itu pada tahun 1992 untuk berlakon dalam Geronimo: An American Legend Damon kemudiannya muncul dalam Courage Under Fire.

1997–2000

Matt Damon: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi 
Damon dan Rino Barillari di Rome pada tahun 1999

Pada awal tahun 1990an, Damon dan Affleck menulis lakon layar Good Will Hunting (1997). Ia menerima sembilan pencalonan Anugerah Akademi, mendapatkan Damon dan Affleck Oskar dan Golden Globes untuk Lakon Layar Terbaik. Damon juga dicalonkan Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem itu. Beliau dan Affleck dibayar gaji $600,000 manakala filem itu mengutip lebih daripada $225 juta di seluruh dunia. Kedua-dua mereka kemudiannya membuat parodi watak dari filem itu dalam Jay and Silent Bob Strike Back.

Juga pada tahun 1997, Damon merupakan watak utama dalam The Rainmaker. Selepas berjumpa Damon di set Good Will Hunting, Steven Spielberg memilih Damon untuk berlakon dalam Saving Private Ryan. Beliau melakonkan watak Tom Ripley dalam The Talented Mr. Ripley (1999). Beliau juga mempunyai peranan dalam Dogma (1999). Peranan Damon sebagai watak utama dalam filem romantik seperti All the Pretty Horses dan The Legend of Bagger Vance gagal mencapai kejayaan komersial dan kritis.

2001–2007

Matt Damon: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi 
Brad Pitt, George Clooney, Damon, Andy García dan Julia Roberts (barisan pelakon Ocean's Eleven), bersama pengarah, Steven Soderbergh pada bulan Disember 2001

Dari tahun 2001 sehingga 2007, Damon mula lebih dikenali di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada dua francais filem. Beliau membintangi sebagai Linus Caldwell dalam Ocean's Eleven; disusuli dengan dua sekuel, Ocean's Twelve (2004) dan Ocean's Thirteen (2007). Beliau melakonkan watak Jason Bourne dalam The Bourne Identity (2002), The Bourne Supremacy (2004) dan The Bourne Ultimatum (2007).

Matt Damon: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi 
Damon dan Robert De Niro di Berlin pada bulan Februari 2007 untuk pembukaan filem The Good Shepherd

Damon melakonkan watak kembar siam dalam Stuck on You (2003) yang menerima skor 60% di Rotten Tomatoes dan ulasan bercampur . Beliau melakonkan watak Wilhelm Grimm dalam The Brothers Grimm (2005) yang gagal mencapai kejayaan komersial. Kemudiannya pada tahun itu, beliau muncul dalam Syriana.

Pada tahun 2006, Damon menyertai Robert De Niro dalam The Good Shepherd sebagai pegawai CIA dan mempunyai peranan dalam The Departed. The Departed mendapat skor 92% di Rotten Tomatoes dan menerima ulasan positif. Damon membuat penampilan kameo tidak dikredit dalam Youth Without Youth (2007) dan satu lagi penampilan kameo dalam Che.

2009–kini

Beliau membuat penampilan tetamu dalam musim keenam Entourage sebagai dirinya sendiri. Peranan seterusnya adalah dalam The Informant! (2009). Juga pada tahun 2009, Damon melakonkan watak François Pienaar dalam Invictus. Invictus mendapatkan Damon pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik.

Pada tahun 2010, beliau bekerjasama semula dengan pengarah, Paul Greengrass untuk filem aksi thriller, Green Zoneyang gagal mencapai kejayaan komersial dan menerima skor 53% di Rotten Tomatoes. Beliau muncul sebagai bintang tetamu dalam sebuah episod Arthur bertajuk "The Making of Arthur" sebagai dirinya sendiri. Semasa Musim 5 30 Rock, beliau muncu sebagai bintang tetamu dalam episod "I Do Do", "The Fabian Strategy", "Live Show" dan "Double Edged Sword". Projek 2010 Damon termasuk Hereafter dan True Grit.

Pada tahun 2011, beliau membintangi dalam The Adjustment Bureau, Contagion dan We Bought a Zoo. Pada bulan April 2012, Damon menjalani pengambaran Promised Land, diarahkan oleh Gus Van Sant. Damon mempunyai peranan dalam Behind the Candelabra yang ditayangkan di HBO pada Mei 26, 2013.

Damon membintangi filem sains fiksyen, Elysium (2013) dimana beliau berlakon sebagai Max DeCosta. Beliau juga muncul dalam The Zero Theorem pada tahun 2013. Pada tahun 2014, beliau membintangi The Monuments Men, dan mempunyai peranan kecil sebagai Dr. Mann dalam Interstellar. Beliau melakonkan watak Mark Watney dalam The Martian (2015), berdasarkan novel Andy Weir dengan tajuk yang sama. Beliau telah menandatangani untuk membintangi filem Downsizing.

Kehidupan peribadi

Damon mempunyai hubungan dengan bintang bersama Good Will Hunting, Minnie Driver. Beliau kemudiannya mempunyai hubungan selama dua tahun bersama pelakon, Winona Ryder. Dari tahun 2001 sehingga 2003, beliau mempunyai hubungan dengan Odessa Whitmire, bekas pembantu peribadi Billy Bob Thornton dan Ben Affleck.

Damon berkahwin dengan Luciana Bozán Barroso pada Disember 9, 2005. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak perempuan: Isabella (l. 2006), Gia Zavala (l. 2008) dan Stella Zavala (l. 2010). Beliau juga mempunyai seorang anak tiri, Alexia Barroso (l. 1999) menerusi perkahwinan Luciana sebelum itu. Sejak tahun 2012, mereka tinggal di Pacific Palisades, Los Angeles, dimana sebelum ini mereka tinggal di Miami dan New York.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1988 Mystic Pizza Steamer
1988 The Good Mother Pelakon tambahan
1989 Field of Dreams Peminat besbol di Fenway Park Tidak dikredit
1992 School Ties Charlie Dillon
1993 Geronimo: An American Legend Lt. Britton Davis
1996 Glory Daze Edgar Pudwhacker
1996 Courage Under Fire Specialist Ilario
1997 Chasing Amy Shawn Oran – Eksekutif #2
1997 The Rainmaker Rudy Baylor
1997 Good Will Hunting Will Hunting Juga penulis
1998 Saving Private Ryan Private James Francis Ryan
1998 Rounders Mike McDermott
1999 Dogma Loki
1999 The Talented Mr. Ripley Tom Ripley
2000 Titan A.E. Cale Tucker (suara)
2000 The Legend of Bagger Vance Rannulph Junuh
2000 Finding Forrester Steven Sanderson Kameo
2000 All the Pretty Horses John Grady Cole
2001 Jay and Silent Bob Strike Back Dirinya Sendiri Kameo
2001 Ocean's Eleven Linus Caldwell
2001 The Majestic Luke Trimble (suara)
2002 Gerry Gerry Juga penulis dan editor
2002 Stolen Summer Penerbit
2002 Spirit: Stallion of the Cimarron Spirit (suara)
2002 The Third Wheel Kevin Penerbit Eksekutif; Juga Kameo
2002 The Bourne Identity Jason Bourne/David Webb
2002 Confessions of a Dangerous Mind Matt, Bachelor #2 Kameo
2003 Stuck on You Bob Tenor
2004 EuroTrip Donny Kameo
2004 Jersey Girl PR Exec #2 Kameo
2004 The Bourne Supremacy Jason Bourne/David Webb
2004 Ocean's Twelve Linus Caldwell
2004 Howard Zinn: You Can't Be Neutral on a Moving Train Pencerita Dokumentari
2005 Magnificent Desolation: Walking on the Moon 3D Al Shepard (suara) Dokumentari
2005 The Brothers Grimm Wilhelm Grimm
2005 Syriana Bryan Woodman
2005 Feast Penerbit Eksekutif
2006 The Departed Staff Sergeant Colin Sullivan
2006 The Good Shepherd Edward Wilson
2007 Ocean's Thirteen Linus Caldwell
2007 The Bourne Ultimatum Jason Bourne/David Webb
2007 Youth Without Youth Wartawan Majalah Life
2007 Running the Sahara Pencerita Dokumentari; penerbit eksekutif
2008 Che: Part Two Fr. Schwarz
2008 Ponyo Koichi (suara) Dub Bahasa Inggeris
2009 The Informant! Mark Whitacre
2009 Invictus Francois Pienaar
2010 Green Zone Pegawai Roy Miller
2010 Hereafter George Lonegan
2010 True Grit La Boeuf
2010 Inside Job Pencerita Dokumentari
2011 The Adjustment Bureau David Norris
2011 Contagion Mitch Emhoff
2011 Margaret Encik. Aaron
2011 Happy Feet Two Bill the Krill (suara)
2011 We Bought a Zoo Benjamin Mee
2012 Promised Land Steve Butler Juga penulis dan penerbit
2013 Behind the Candelabra Scott Thorson
2013 Elysium Max Da Costa
2013 The Zero Theorem Management
2014 The Monuments Men James Granger
2014 The Man Who Saved the World Dirinya sendiri Dokumentari
2014 Interstellar Dr. Mann
2015 The Martian Mark Watney
2016 Manchester by the Sea Penerbit
2016 Jason Bourne Jason Bourne/David Webb Juga penulis dan penerbit
2016 The Great Wall William Garin
2017 Bending The Arc Dokumentari; penerbit eksekutif
2017 Downsizing Paul Safranek
2017 Surburbicon Gardner Lodge
2017 Thor: Ragnarok Pelakon Loki Kameo
2018 Unsane Detektif Ferguson Kameo
2018 Deadpool 2 Redneck #1 Kameo; dikreditkan sebagai "Dickie Greenleaf"
2018 Ocean's 8 Linus Caldwell Kameo; adegan dipadam
2019 Ford v Ferrari Carroll Shelby
2019 Jay and Silent Bob Reboot Loki Kameo
2021 No Sudden Move Mike Lowen/Mr. Big Kameo
2021 Stillwater Bill Banker
2021 The Last Duel Jean de Carrouges Juga sebagai penulis dan penerbit
2022 Thor: Love and Thunder Pelakon Loki Kameo
2023 Air Sonny Vaccaro Juga sebagai penerbit
2023 Oppenheimer Leslie Groves

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1990 Rising Son Charlie Robinson Filem
2001–2005, 2015 Project Greenlight 33 episod
Juga penerbit eksekutif
2002 Saturday Night Live Diri sendiri (hos) Episod: "Matt Damon/Bruce Springsteen & The E Street Band"
2002 The Bernie Mac Show Diri sendiri Episod: "Keep It on the Short Grass"
2002 Will & Grace Owen Episod: "A Chorus Lie"
2003–2009 Journey to Planet Earth Pencerita 8 episod
2007 Arthur Diri sendiri (suara) Episod: "The Making of Arthur/Dancing Fools"
2009 Entourage Diri sendiri Episod: "Give a Little Bit"
2010–2011 30 Rock Carol Burnett 4 episod
2011 Saturday Night Live Penagih dadah yang kacak Tidak dikredit
Episod: "Katy Perry/Robyn"
2013 Jimmy Kimmel Live! Diri sendiri (hos) Episod: "Jimmy Kimmel Sucks!"
2013 House of Lies Diri sendiri Episod: "Damonschildren.org"
2013 Behind the Candelabra Scott Thorson Filem
2014 Years of Living Dangerously Diri sendiri Episod: "A Dangerous Future"
2015 Galaxy World of Alisa Ber dan Ik Dub Bahasa Inggeris British dan Amerika

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Altman, Sheryl and Berk, Sheryl. Matt Damon and Ben Affleck: On and Off Screen. HarperCollins Publishers, 1998. ISBN 0-06-107145-5.
  • Bego, Mark. Matt Damon: Chasing a Dream. Andrews Mcmeel Pub, 1998. ISBN 0-8362-7131-9.
  • Diamond, Maxine and Hemmings, Harriet. Matt Damon a Biography. Simon Spotlight Entertainment, 1998. ISBN 0-671-02649-6.
  • Nickson, Chris. Matt Damon: An Unauthorized Biography. Renaissance Books, 1999. ISBN 1-58063-072-3.

Pautan luar

Tags:

Matt Damon Kehidupan awalMatt Damon KerjayaMatt Damon Kehidupan peribadiMatt Damon FilemografiMatt Damon RujukanMatt Damon Bacaan lanjutMatt Damon Pautan luarMatt Damon

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

SaleemHari DeepavaliGolongan kata (bahasa Melayu)Jenis air untuk bersuci dalam IslamInfrastrukturNabiKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaPasukan bola sepak kebangsaan ChinaFahmi FadzilTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahBani IsraelNabi Ya'akub a.s.Revolusi PerindustrianNegara-Negara KomanwelJasmine Suraya ChinPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalPemikiran bawah sedarHutan bakauSejarah MelakaKumpulan Wang Simpanan PekerjaAtomAngkorAlhamdulillahRiena DianaAzizulhasni AwangCik ManggisParti Komunis MalayaHedonismePemboleh ubahKumpulan Rock MalaysiaShahril Sufian HamdanJins ShamsuddinPerayaan QingmingDaerah di MalaysiaTawauAzam AzmiBumiputera di SabahJata MalaysiaPerodua MyViMuhyiddin YassinSistem pembiakan manusiaMustapha KamalSenarai negara berdaulatAbdul Hadi AwangOrang BanjarNegeri-Negeri SelatLompat tikamSurah al-AlaqSolat tarawihSainsPasukan bola sepak kebangsaan BangladeshAbdul Razak HusseinNasabSonu SoodPersekutuan Pengakap MalaysiaMohd Safee Mohd SaliUsul al-FiqhSharnaaz AhmadPasukan bola sepak kebangsaan bawah-20 Taipei CinaZoey RahmanJuvana (drama)BuayaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia17 RamadanProtokol Madrid 1885P. RamleeMuhamad Akmal SalehSimpulan bahasaBukit Kepong (filem)Senarai universiti di MalaysiaCampaKuantanUndang-undangBetty RahmadKuala Kubu Bharu12 Dewa OlympusSelangorNadia Aqilah🡆 More