Azzam Sham: Penyanyi lelaki Malaysia

Muhammad Azzammuddin Lop Hisham atau lebih dikenali sebagai Azzam Sham (lahir 29 Jun 1997) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.

Beliau ialah Naib Juara bagi rancangan realiti nyanyian kanak-kanak Idola Kecil musim kedua 2009 dan Idola Kecil Ultra pada 2014 di TV9. Pada tahun 2020, Azzam merupakan salah seorang peserta Big Stage musim ketiga di mana beliau berjaya merangkul gelaran juara.

Azzam Sham
Kelahiran
Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham

(1997-06-29) 29 Jun 1997 (umur 26)
PendidikanDiploma Muzik (Vokal)
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2009–kini
PasanganSheryl Shazwanie (k. 2022)
Anak-anak1
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait

Kehidupan awal

Azzam Sham dilahirkan pada 29 Jun 1997. Dibesarkan di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi, Azzam merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik kepada pasangan Lop Hisham Piai dan Yusnita Yusop. Adik-beradik beliau ialah Muhammad Azim Ramdan, Intan Noraziean, Siti Nurazwani, Muhammad Azryzham dan Nur Azreen Yusrina. Hobinya ialah menyanyi dan melukis. Semasa melanjutkan pelajarannya di ASWARA dalam Diploma Muzik (Vokal), Azzam berjaya menjadi Pelajar Terbaik Fakulti dan mendapat Anugerah Dekan.

Kerjaya

Pada usia 12 tahun, Azzam menyertai pertandingan Idola Kecil 2 pada 2009 yang disiarkan di TV9 dan berjaya mara ke peringkat akhir. Di peringkat akhir, Azzam menyanyikan lagu sulungnya yang bertajuk "Kekasihku" dan berjaya mendapat tempat kedua. Pada 2012, Azzam meneruskan kerjayanya dengan menyertai kumpulan The BeeSings yang dianggotai bersama Haqiem Rusli, Fimie Don, Didi Astillah dan Aida Ross. The BeeSings telah berjaya menghasilkan dua single yang bertajuk "Luar Biasa" dan "Pentas Dunia".

Pada tahun 2014, Azzam mengikuti pertandingan Idola Kecil Ultra yang mana pertandingan ini menampilkan bekas juara Idola Kecil dari musim pertama hingga musim keenam. Dalam pertandingan ini, Azzam sekali lagi berjaya mara ke peringkat akhir dan membawa lagunya sendiri yang bertajuk "Dengar" yang dinyanyi bersama tetamu jemputan Awi Rafael. Azzam berjaya mendapat tempat kedua dan telah menerima Anugerah Idola Ultra Paling Popular.

Azzam juga mengeluarkan beberapa single antaranya single keduanya pada tahun 2015 yang berjudul "Cinta Sejatiku". Selepas itu, pada tahun 2017, Azzam sekali lagi mengeluarkan single ketiganya yang berjudul "Cinta Gila". Azzam juga mempertaruhkan single seterusnya pada Mac 2019 iaitu "Biar Saja" yang menjadi OST Setelah Ku Dimiliki. Lagu duet beliau bersama Ai Wahida yang pertama bertajuk "Selamat Pengantin Baru" dikeluarkan pada Ogos 2019. Pada April 2020, Azzam mempersembahkan lagu duetnya yang terbaharu bersama Sheryl Shazwanie yang bertajuk "Jika Ini Takdirnya". Lagu ini ialah kesinambungan daripada Rusa After Class Series.

Selain bernyanyi, Azzam juga berlakon dalam Idola Kecil The Series yang menampilkan peserta-peserta Idola Kecil musim 1 dan 2. Azzam juga turut berlakon dalam drama Elly & Epit pada sebanyak dua musim yang disiarkan di Astro Ceria. Beliau juga pernah terlibat dalam bidang lakonan dalam drama siri popular iaitu Destinasi G4 lakonan bersama Afieq Shazwan, Harris Alif dan Danial Chuer yang ditayangkan di TV9 dan sebuah rancangan pendidikan bersiri popular iaitu Oh My English! Class of 2015 yang ditayangkan di Astro TVIQ dan Astro Maya HD.

Persembahan

Idola Kecil (musim 2)

Azzam memulakan kerjaya muziknya dalam bidang nyanyian dengan menyertai pertandingan Idola Kecil Musim 2 pada 2009. Alif Satar selaku pengacara dengan juri tetap ialah Atilia Haron. Di konsert akhir, Azzam menyanyikan lagu sulungnya yang bertajuk "Kekasihku" yang dicipta oleh Ajai dan lirik oleh Rumie Booty.

Persembahan dan keputusan Idola Kecil (Musim 2)
Minggu Konsert Lagu Penyanyi Asal Kedudukan
Minggu 1 Rahsia Pohon Cemara Exists Ke-9
Minggu 2 Lagu Untukmu Meet Uncle Hussain Ke-5
Minggu 3 Matahariku Agnes Monica Ke-3
Minggu 4 Cek Mek Molek M. Daud Kilau Ke-3
Minggu 5 Pelangi Petang Sudirman Ke-3
Minggu 6 Keliru (duet bersama Nurul IK2) Ajai & Nurul Ke-4
My Heart (duet bersama Jiha IK2) Irwansyah & Acha Septriasa
Minggu 7 Azura Jamal Abdillah Ke-3
Minggu 8 (Separuh Akhir) Malam Pesta Muda Mudi Saloma Ke-2
Minggu 9 (Akhir) Aku Rindu Sayang Kamu Black Naib Juara
Kekasihku Dirinya sendiri

Idola Kecil Ultra

Idola Kecil Ultra menampilkan 12 peserta terbaik daripada bekas pemenang Idola Kecil dari musim pertama hingga musim keenam. Ujibakat pertama telah dijalankan pada 26 Mac 2014 dan ujibakat kedua dijalankan pada 29 Mac 2014. Pengacara: Alif Satar. Antara barisan juri adalah Akim Ahmad, Tomok dan Elfira Loy. Di pentas final, Azzam menyanyikan lagunya sendiri yang bertajuk Dengar yang dikompos oleh AG Coco. Azzam berjaya merebut tempat kedua atau naib johan dalam pertandingan ini.

Persembahan Idola Kecil Ultra
Konsert Lagu Penyanyi Asal
Minggu 1 Kesedihanku Sammy Simorangkir
Akhiri Penantianku (vs Haqiem Rusli) Alif Satar
Minggu 2 Setelah Kau Tiada (vs Danial Chuer) Cakra Khan
When I Was Your Man Bruno Mars
Minggu 3 (Separuh Akhir) Salam Terakhir (vs Syuhada) Sudirman
Hanya Aku Hyper Act
Minggu 4 (Akhir) Kelibat Si Penyair Azlan & The Typewriter
Dengar (duet bersama Awi Rafael) Dirinya sendiri

Big Stage (Musim 3)

Beliau juga merupakan salah seorang peserta Big Stage musim ketiga pada tahun 2020. Beliau telah dinobatkan sebagai Juara Big Stage Musim 3, sekaligus memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Persembahan dan keputusan Big Stage (Musim 3)
Konsert Tema Lagu Penyanyi Asal Keputusan
Minggu 1 Starter Pack Salam Sejahtera Samudera Pertama
Minggu 2 Hype Beat Sinar Megat Rahim Kedua
Minggu 3 Duominasi Canggung (duet bersama Khai Bahar) Wany Hasrita Ketiga
Minggu 4 Baby Bash Mengintai Dari Tirai Kamar Exists Ketiga
Minggu 5 (Tribute) #SandraDalamKenangan Salam Terakhir Dato' Sudirman
Minggu 6 (Suku Akhir) Rotasi 36T Numb Linkin Park Ke-4
Battle Round Merisik Khabar (vs Qody Rany) Dato' Sudirman
Minggu 7 (Separuh Akhir) Duominasi Platinum Gundah (duet bersama Bob Yusof) Ernie Zakri Pertama
Veto Juri Tak Mungkin Bersama Judika
Minggu 8 (Konsert Akhir) Ultimatum Slow Beat: Aku Bidadari Syurgamu Dato' Sri Siti Nurhaliza JUARA
Fast Beat: Grenade Bruno Mars

Kehidupan peribadi

Ia telah dihebahkan di media pada awal 2020 bahawa Azzam telah menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Sheryl Shazwanie (yang kemudian menjadi peserta Big Stage musim kedua), namun bersepakat untuk tidak berahsia mengenai hubungan mereka.

Beliau dan Sheryl mengikat tali pertunangan pada 30 September 2021. Pasangan ini berkahwin pada 1 Januari 2022.

Pada 27 November 2022, Azzam dan Sheryl dikurniakan cahaya mata perempuan, Azzalea Safiyya.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 8 Jam Bojen Filem pertama
2023 Mami Jarum Kembali Azim Pos-produksi
Pukul Mersing Jazlan

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Tanah Kubur (Musim 9) Sham Astro Oasis Episod: "Taksub Syurga"

Televisyen

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Misteri Rumah Tua Azzam Utama
2010 Idola Kecil The Series
2011 Elly & Epit (Musim 1) Khairil Sampingan
2013 Elly & Epit (Musim 2)
2015 Destinasi G4 Azzam Utama
Oh My English! (Class of 2015) Sayur Sampingan
2021 All Together Now Malaysia - Juri Tetap
2022 Sayap Bagimu Azzam Ditayangkan di YouTube AEON Malaysia
2023 Celebrity Family Feud Malaysia - Sebagai peserta mewakili rancangan Big Stage
TBA Elly & Epit (Musim 3) Khairil Sampingan

Iklan

Tahun Tajuk Catatan
2008 Kempen Kejiranan FINAS
2010 Konsert Suarasa TV9 TV9
2012 Enak Bersama Ramly Daripada Chef Liza TV3
2013 Konsert Anak Dunia RTM TV1
Cutipedia Astro TVIQ
2014 Program Alhamdulillah TV AlHijrah
2020 MeleTOP Astro Ria
Karpet Merah #AME2020
2022 Masak Apa Tu? TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Matilah Nak Pontianak Ayub Astro Citra
2021 Matilah Nak Kembali

Diskografi

Single

  • Kekasihku (2009)
  • Luar Biasa (2012)
  • Pentas Dunia (2012)
  • Dengar (2014)
  • Damaikan Rusuh Hati (2015)
  • Cinta Sejatiku (2016)
  • Cinta Gila (2017)
  • Biar Saja (Mar 2019)
  • Selamat Pengantin Baru (ft. Ai Wahida) (Aug 2019)
  • Jika Ini Takdirnya (ft. Sheryl Shazwanie) (Apr 2020)
  • Dikir Joget Cinta (ft. Ai Wahida) (Aug 2020)
  • Cinta Jangan Pergi (Oct 2020)
  • Baby BamBam (2021)
  • Bila Cinta Di Dusta (2021)
  • Kembali (ft. Andika) (2022)
  • Pusara Kasih (2022)
  • Menahan Luka (ft. Sheryl Shazwanie) (2022)
  • Jesnita (ft. Ariff Bahran & Ammar Nobita) (2022)
  • Tak Sama (2023)

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 My Kids Awards TV3 Favourite Kids Male Singer Menang
2014 Idola Kecil Ultra Anugerah Idola Ultra Paling Popular Menang
2020 Big Stage Musim 3 BBNU Paling Gempak Menang
2021 Era Digital Music Award 2021 Artis Baru Baek Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Anugerah MeleTOP ERA 2021 BBNU MeleTOP Tercalon
Artis Baru MeleTOP Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Azzam Sham Kehidupan awalAzzam Sham KerjayaAzzam Sham Kehidupan peribadiAzzam Sham FilemografiAzzam Sham DiskografiAzzam Sham AnugerahAzzam Sham RujukanAzzam Sham Pautan luarAzzam ShamBig Stage (musim 3)Idola KecilMalaysiaTV9

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

ManatiTunku Abdul RahmanSharifah ShahirahSenarai negara mengikut sistem kerajaanNabi Harun a.s.SemenyihMacRazarudin HusainUniversiti Putra MalaysiaAzan dan iqamatLembah BujangAtikah SuhaimeKhunsaBank RHBHannah DelishaZarina ZainuddinSibuPemancutan maniPukimakGantangSultan Sharafuddin Idris ShahShazia RozainiTrisha OoiA. Samad SaidPutrajayaP. RamleeIsrafilBukan Sekadar LafazPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Masjid al-AqsaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahLaila NasirAdi PutraButakMenteri Besar JohorKobe Jae ChongJabatan Kastam Diraja MalaysiaRedza RosliPulau PangkorTerengganuSyamsul YusofPendidikan di IndonesiaCopa América 2021Bola tamparBola jaringBanserUnited KingdomDollaPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaMahkamah MalaysiaTV3Fadlan HazimPerang Dunia KeduaAlat kebesaran diraja MalaysiaAn-Nuayman bin AmrAliff Dalam 7 DimensiDarah yang keluar dari rahim wanitaJuventus F.C.1Sunan KalijagaTakwim HijrahSultan Muhammad VSahurZul AriffinJangan Menangis Cinta (drama)Perdana Menteri MalaysiaSifat-sifat AllahMaktab Rendah Sains MARAJep SepahtuFarajJessica MilaHukum madNekbatInflasiGeografi IndonesiaEngland🡆 More