All Together Now Malaysia ialah rancangan televisyen realiti versi Malaysia yang diadaptasikan dari rancangan All Together Now dari United Kingdom.
Rancangan ini adalah yang pertama seumpamanya di Asia. Ia mula disiarkan pada 6 Jun 2021 yang dihoskan oleh Sherry Alhadad dan dibintangi oleh 50 juri yang diketuai oleh Dato' AC Mizal (musim 1) & Datuk Syafinaz Selamat (musim 2).
All Together Now Malaysia | |
---|---|
Pengarah | Haniq Halim |
Pengacara | Sherry Alhadad |
Juri | Dato' AC Mizal (musim 1) Datuk Syafinaz Selamat (musim 2) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 10 + 3 episod khas (sehingga 24 April 2023) |
Penerbitan | |
Lokasi | Putrajaya, Malaysia |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 90 minit |
Syarikat penerbitan | Banijay Asia |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Format gambar | 16:9; 1080i HDTV |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 6 Jun 2021 | – 5 Februari 2023
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Berbanding dengan versi asalnya, versi Malaysia hanya mempunyai 50 juri untuk musim ini disebabkan sekatan pandemik COVID-19. Juri terdiri daripada ketua juri, yang dikenali sebagai kapten, yang diketuai oleh Dato AC Mizal, diikuti oleh 49 juri yang lain. Setiap juri mewakili dua markah untuk memilih peserta didalam setiap pusingan dengan menekan buzzer.
Pada pusingan ini, peserta harus mengatasi pesaing mereka untuk mendapatkan tempat di tiga podium teratas. Setiap kali peserta mendapat markah yang tinggi daripada para juri, peserta yang berada di podium ketiga akan disingkirkan. Dari setiap pusingan ini, cuma dua peserta yang layak beraksi di pentas akhir. Pada hujung pusingan ini, peserta yang mendapat markah tertinggi dan berada di podium pertama secara automatik layak ke pentas akhir. Peserta yang berada di podium kedua dan ketiga akan berentap di pusingan seterusnya untuk melayakkan diri berada di kedudukan dua teratas. Sekiranya peserta berada dikedudukan seri, keputusan hanya boleh dibuat oleh Kapten untuk memilih salah seorang peserta yang terbaik. Jika Kapten memilih peserta yang baru, maka peserta yang berada di podium akan digantikan dan begitu juga sebaliknya.
Pada pusingan ini, markah akan ditetapkan semula kepada 0 dan peserta yang berada di kedudukan kedua dan ketiga akan membuat persembahan dengan lagu pilihan peserta itu sendiri. Peserta yang mendapat markah tertinggi di pusingan ini akan melayakkan diri ke pentas akhir.
Musim | Mula | Tamat | Juara | Naib Juara | Tempat Ketiga | Pengacara |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 6 Jun 2021 | 14 November 2021 | Idris Brown | Dem Lepak Boyz | Pancit Sitaya | Sherry Alhadad |
2 | 11 Disember 2022 | 5 Februari 2023 | Khairul Nizam | Jazper Nimoi | Lazarul |
Episod sulung rancangan ini mendapat perhatian negara kerana memperlihatkan para juri tidak memakai pelitup muka dalam suasana pandemik COVID-19 di Malaysia serta ketiadaan penjarakan fizikal. Di samping itu, kritikan ramai juga dihalakan kepada seorang juri dalam episod itu, Dafi yang juga merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan negara, Ismail Sabri Yaakob; Ismail dianggap berperanan penting dalam perlaksanaan langkah-langkah pencegahan COVID-19 negara. Hal ini menyebabkan rancangan diletakkan di bawah siasatan Majlis Keselamatan Negara serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia lalu menyebabkan rancangan ini perlu ditunda secara seketika. Sementara itu, pihak penerbit rancangan berkata bahawa langkah-langkah penjagaan telahpun dilakukan seperti peletakan penghadang lut sinar di antara juri dan ujian saringan pihak terlibat.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article All Together Now Malaysia, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.