Anton Chekhov

Anton Pavlovich Chekhov (Rusia: Антон Павлович Чеховcode: ru is deprecated , disebut ; 29 Januari 1860 – 15 Julai 1904) merupakan pakar perubatan, dramatis dan pengarang Rusia yang dianggap sebagai antara penulis cerita pendek teragung dalam sejarah.

Kerjayanya sebagai seorang dramatis menghasilkan empat klasik dan cerita pendek terbaiknya dihormati oleh penulis dan pengkritik. Anton Chekhov praktis sebagai doktor hampir sepanjang kerjaya sasteranya: "Ilmu perubatan ialah isteri saya yang sah", beliau pernah berkata, "dan sastera ialah perempuan simpanan saya."

Anton Chekhov
Chekhov seated at a desk
5 Mei, 1889
LahirAnton Pavlovich Chekhov
(1860-01-29)29 Januari 1860
Taganrog, Russian Empire
Meninggal dunia15 Julai 1904(1904-07-15) (umur 44)
Badenweiler, Empayar Jerman
PekerjaanPakar perubatan, penulis cerita pendek, penulis drama
WarganegaraRusia
Tandatangan
Anton Chekhov

Biografi singkat

Lahir di Taganrog. Sejak kecil menolong ayahnya bekerja di toko (“Pada masa kecil aku tidak mempunyai masa kecil”). Pada tahun 1879 masuk Fakulti Perubatan Universiti Moscow dan mulai menulis cerpen jenaka yang diterbitkan di majalah dan akhbar. Kumpulan cerpen yang pertama "Skazki Mel’pomeni" (Dongeng Melpomena) diterbitkan pada tahun 1884 bersamaan dengan tamatnya Universiti. Bekerja sebagai doktor sambil menyumbangkan karyanya ke akhbar “Novoe Vremya” (Masa Baru). Karyanya mendapat sambutan baik dan pada tahun 1887 dia memperoleh Hadiah Pushkin: buku "V Sumerkakh" (Dalam Gelap). Pada tahun 1895, Chekhov menerbitkan buku "Ostrov Sakhalin" (Pulau Sakhalin) yang mengisahkan lawatannya ke pulau itu pada tahun 1890. Dia juga masyhur sebagai dramawan: teater "Chayka" (Burung Camar) 1896; "Dyadya Vanya" (Paman Vanya), 1897; "Tri Sestri" (Tiga Adik-Beradik Perempuan), 1901; "Vishneviy Sad" (Kebun Ceri), 1904. Semua teaternya dipentaskan di Teater Seni Moscow. Pada tahun 1900, dia dipilih sebagai Anggota Kehormatan Akademi Ilmu Pengetahuan.

Bakat Chekhov dinilai tinggi oleh Leo Tolstoy. “Chekhov ialah Pushkin dalam bidang prosa” – katanya. Kritikus Indonesia Wilson Nadeak pernah menilai cerpen Chekhov sebagai berikut: “Membaca satire Anton Chekhov dalam cerpen-cerpennya, kita terenyak karena lakon kehidupan manusia ini tampaknya “kekeliruan” melulu. Cerpen-cerpennya sarat dengan filosofi kehidupan, yang “pas” dengan bentuknya yang pendek!” (Kompas, 28.3.2004)

Terjemahan karya Chekhov ke bahasa Melayu

  • Anton Chekhov. Kegembiraan; Matinya seorang pekerja; Bunglon. Karya seni; Drama. - in: Mawar Emas. Bunga Rampai Sastera Rusia. Penyelenggara dan Penterjemah Victor Pogadaev. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009, h. 73-90.
  • Anton Chekhov. Anna di leher. Bahagian I, 2. Diterjemahkan oleh Victor Pogadaev. - in: "Dewan Sastera", N 10, 11 2018.

Rujukan

Pautan luar

Biographical

Tags:

Anton Chekhov Biografi singkatAnton Chekhov Terjemahan karya Chekhov ke bahasa MelayuAnton Chekhov RujukanAnton Chekhov Pautan luarAnton ChekhovBahasa RusiaRusia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai bank di MalaysiaJamrahSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaEda EzrinAziz M. OsmanYasmin NapperKhairul Azhari SautNegeri-negeri Melayu BersekutuSunan Gunung JatiDe FamPenguatkuasaan undang-undang di MalaysiaRawang, SelangorJamal AbdillahAmyra RosliMat KilauJangan Menangis Cinta (drama)Da Di DuBank Negara MalaysiaShah AlamPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaUniversiti Putra MalaysiaPiala Asia B-23 AFCMata anginRedza RosliSearch (kugiran)Senarai buahBaju MelayuJenis darahSolat Sunat JumaatPerang Dunia PertamaTerlanjur Cinta (drama web)Wings (kumpulan muzik Malaysia)Sarimah IbrahimDini SchatzmannSepahtu Reunion Al-RayaNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaPenggunaBabiJeslina HashimKiesha AlvaroJawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan KampungSelawatAssalamualaikumKodi RasheedPerkahwinan menurut IslamGenting HighlandsMimi LanaTulisan JawiRuhainiesUmie AidaHamzah bin Abdul MuttalibPembentukan MalaysiaKhairy JamaluddinGajusSultan Nazrin Muizzuddin ShahTanda-tanda KiamatSenarai Kementerian di MalaysiaKebudayaan MalaysiaMaya KarinAerofonBumiputera di SabahCarles PuigdemontCuti umum di MalaysiaRatu SofyaSarawakCibaiPasukan Khas LautThe GadysJambatan Angkat Kuala TerengganuPerlisRogolPilihan raya umum India 2024Marissa YasminKementerian Dalam Negeri MalaysiaSijil Tinggi Agama MalaysiaAlif SatarHubungan seks🡆 More